date: 30th. April 2005
location: Sri Kota Bandar Tun Razak KL
sale qty target: 150 pcs
berusaha..!!
Friday, April 29, 2005
Wednesday, April 27, 2005
Consignment - 3
Alhamdulillah.... pencapaian jualan semalam 100%. Semuanya habis dijual.
Anney: "Besok angkat mari 30, kasi macam-macam jenis taruk aaa.."
Saya: "30? wokey no problem, esok saya bawa macam-macam ada punya"
Hari ni saya bawa 4 jenis bun. Terbaru ialah Sosej Roll Bun.
Cadangnya esok saya nak buat Braided Raisin Bun.
Harap ada peningkatan. InsyaAllah.

Tuesday, April 26, 2005
Consignment - 2
Semalam hari pertama menghantar roti ke gerai Mapley di SS13 PJ. 20 biji Red Bean Bun sebagai permulaan. Sehingga petang ada berbaki 8 biji lagi. Pencapaian 60%.
Hari ini saya tambah lagi 25 biji bun. Ada dua jenis bun; Coconut Butter Bun dan satu lagi Cherry Blossom Bun - berbentuk bunga dengan ceri merah diletak ditengah bun, fillingnya saya masukkan inti kacang+kaya pandan berwarna hijau.
Harap dapat hasil yang baik hari ini.

Monday, April 25, 2005
Hari Kedua ku
Hari Sabtu kali ini Produksi sebanyak 105 bun dihasilkan bermula jam 9 pagi. Jualan di Flat Sri Kota bermula jam 5 petang. Alhamdulillah jualan kali kedua selama satu setengah jam ini menunjukkan peningkatan 35%.
Thursday, April 21, 2005
Consignment
lokasi: di gerai Mapley ss13 PJ.
Isnin,
saya: "Anney.. saya letak roti jual sini bole tak?"
anney: "Bole. Taruk saja la"
Rabu,
saya: "Anney.. hari ni takde beehun ke? Nak beli satu" sambil membelek bungkusan nasi lemak diatas meja.
anney: "Itu orang semalam hantar ini hari tada hantar. Sandwich pon sama. Itu macam mau meniaga ka apa? You punya roti mana? Bila mau taruk sini?"
saya: "Nanti hari Isnin saya mula taruk sini"
anney: "Sini taruk hari-hari misti mau ada tau.. Kita hari-hari meniaga punya. Mau meniaga bikin cara meniaga la.."
saya: "Wokey.."

Tuesday, April 19, 2005
Hari Pertama ku
Sabtu (16 April 2005) adalah merupakan hari bersejarah dalam hidup saya, hari pertama menjual roti secara direct selling. Yelah direct sampai ke pintu rumah pembeli. Cumanya direct selling ni bukan MLM je la...
Produksi roti bermula seawal jam 7 pagi sesudah subuh, selesainya petang lepas Asar. Ambil masa juga nak buat roti ni, maklumlah mass production lah katakan. Jam 6 petang saya memulakan langkah pertama di rumah saya di Pangsapuri Sri Tanjung USJ16.
Berbekalkan troley pasar yang dipenuhi roti yang saya hasilkan, gantung juga roti pada troley tu macam bai roti gantung kat tong roti tu. Paling ngam sekali saya gunakan juga horn yang juga macam bai roti punya.. pet pot pet bunyinya...
Saya naik lif ke tingkat 10 dan bermulalah jualan tanpa sebarang pembelian dari mana-mana pihak. Sampailah ke tingkat satu... Sokongan pertama datang dari jiran depan rumah.... hahaha. Teruskan juga, saya parking troley kat depan lif di ground floor. Dapatlah jual 20 biji roti sampai magrib. Tak boleh jadi.. Roti penuh lagi dalam troley. Pakat dengan isteri, jom pi KL. Maka lepas magrib tu teruslah ke rumah mertua di Flat Sri Kota Bandar Tun Razak. Saya terus ke tingkat 16 dan mulakan horn pot pet pot pet. Tak dan dua rumah dah ada pelanggan. Fuhh semangat tuh... Rancaknya berjualan cuma ambil masa satu jam selesai Blok-98 tu roti dalam troley tinggal kurang dari 10 biji saja...
Alhamdulillah. Saya berjaya melepasi ujian hari pertama. Ujian anjakan paradigma, ujian buang rasa malu dan ego, lupakan soal status dan misti mau mulut manis maaa... Begitulah hari pertamaku menjaja roti.
Saya punya nama pun suda tukarr laa... ROTI..!! ROTI..!!

Monday, April 18, 2005
Coconut Butter Bun
Keharuman aroma kelapa parut dan mentega yang terserlah menjadikan bun ini disukai oleh penggemar Butter Bun.
Rasa manis yang sederhana menggambarkan kesederhanaan yang tidak melampau. Lipatan dan potongan yang kreatif membentuk bun ini menjadi lebih menarik dan luarbiasa.
Selera pasti tergoda.

Thursday, April 14, 2005
Sardine Mayo Love Bun
Ini resepi dan rekaan terbaru aku..
Menggunakan resepi dan teknik sponge dough yang gebu dan diisi dengan filling resepi khas isteri kesayanganku, 'Sardine with Mayonese' membuka selera dan membuka lubang hidung sesiapa saja yang terhidu keharuman bun berbentuk LOVE ini...
Harga? Normal price RM1.60 sahaja. Tapi harga istimewa sempena pelancaran produk cuma RM1.00 sahaja.
Gambar?.. hehehe.. mintak mahap le saya belum ada digicam.. lagipon tengok gambar dengar cerita je tak cukup.. misti mau cuba punya...

Wednesday, April 13, 2005
Meluahkan perasaan melalui roti
Cinta, kasih, sayang......
Suka, gembira, riang......
Ceria, bahagia, senang....
akan ku luahkan melalui ROTI.
Suka, gembira, riang......
Ceria, bahagia, senang....
akan ku luahkan melalui ROTI.