Kelmarin saya setuju untuk membekalkan roti dan biskut kepada satu syarikat makanan kesihatan yang akan menyertai pameran pengguna di Mid Valley Convention Center pada 4hb hingga 8hb Ogos nanti. Saya minta produknya untuk saya buat ujian untuk jadikannya bahan tambahan kedalam resepi roti saya. Produk grain powder tu yang sebenarnya adalah untuk dibuat minuman cereal, tapi nak di promosikan sebagai produk yang bukan saja dibuat minuman tapi juga boleh di buat sebagai bahan roti dan biskut.
Petang semalam batch pertama ujian, saya masukkan 16% produk tersebut kedalam resepi 1kg roti. Hasilnya bagus tapi belum cukup memuaskan hati saya. Walaubagaimanapun hari ini saya bawa juga sampel-sampel roti untuk dicuba oleh client saya itu.
Hari ini isteri saya di rumah mencuba gunakan produk tersebut untuk membuat biskut. Oleh kerana produk ini produk makanan kesihatan, maka resepinya tak boleh lah ada bahan yang tak mesra kesihatan. Maka resepi biskut pun saya ambil dari resepi yang paling simple. Resepi biskut nestum dan biskut oat. Petang ni balik kerja, saya akan cuba ubahsuai lagi resepi roti supaya kesannya lebih memuaskan.
Ada sesiapa orang Bandar Tun Razak nak cuba rasa sampel tu...? hehe.. Yang jauh maaf ye tak dapat hantar..
Thursday, July 28, 2005
Wednesday, July 27, 2005
Saya dan Roti - 4
sambungan
Dengan alasan nak berniaga roti, saya berpindah dari Subang Jaya ke Bandar Tun Razak. Saya harus bermula dengan market medium level dulu. Saya masih tak mampu lawan market high level Subang Jaya tu, lagipun saya kenal sangat dengan Bandar Tun Razak ni.
Sekarang ni saya menunggu hasil permohonan pinjaman dengan HSBC untuk mengambil alih sebuah kedai bakeri yang di tawarkan kepada saya oleh seorang sifu roti. Kalau jumlah yang saya perlukan tu tak dapat, maka saya akan terus kepada plan-B. Saya akan dapatkan satu mesin dough divider dan satu industrial double deck gas oven untuk meningkatkan pengeluaran. Warga Bandar Tun Razak akan menyaksikan menantu pak Salleh ini menjual roti dengan caranya sendiri.

Monday, July 25, 2005
Saya dan Roti - 3
sambungan
Bila dah tambah mahir buat roti dan dah ada mesin uli serta oven, saya mencabar keupayaan diri sendiri dengan membuat keputusan untuk menjual roti dari rumah ke rumah; macam bai roti. Punya lah susah nak mencari hon yang macam bai roti guna tu. Saya mencari hon sampai ke Emkay Sg. Buloh baru lah jumpa. Cari punya cari rupa-rupanya baru tau hon macam tu hanya dijual di kedai basikal.
Pengalaman pertama menjaja bermula pada 16 April 2005. Pelik tapi benar; sikitpun saya tak rasa tebal muka. Rileks je, selamber je jalan bawa roti dengan troli sambil membunyikan hon. Agaknya inilah yang dinamakan keserasian dengan jenis perniagaan. hehe. Yelah siapa sangka Bahtiar yang dulunya ada status lah kata orang, sekarang ni pi jadi bai roti. Apa barang kau ni pi jadi bai roti Bahtiar? Itu lah sebenarnya cabaran mental yang perlu saya lulus. Kalau tak lulus ujian ni bermakna pergi mimpi lah saya dengan roti saya tu.
Satu lagi cabaran ialah dari pihak keluarga, "kau jangan berenti kerja Bahtiar.." berkali-kali amaran keras macam ni direct masuk ke telinga. Mak mertua, pak mertua, ayah, mak tiri, kakak-kakak, termasuklah isteri saya, mereka ni cukup risau kalau saya buat kerja gila berenti kerja dan pergi menjaja jual roti. Saya berjanji saya takkan hampakan kalian semua.
bersambung

Friday, July 22, 2005
Saya dan Roti - 2
sambungan
Selepas kelas roti dengan Chef Liza pada 11hb Mac 2005 tu saya memang bersemangat sungguh-sungguh; makan roti, tidur roti, cakap roti segalanya roti. Saya memang bertekad nak buat dan jual roti, tetapi saya merasakan ada sesuatu kekurangan. Takkanlah dengan sekali belajar dah boleh bisnes roti? Ni mesti ada yang tak cukup ni.
Saya pun ke kedai buku mencari buku-buku resepi. Saya jumpa buku pastry tulisan Chef Wendy Khor. Saya belek-belek buku tu ada pula nombor telefon kedainya. Saya cari kedainya di Kelang. Memang dia juga ada mengajar buat roti, kek dan pastri. Kelas pertama saya dengan Chef Wendy ialah pada 22hb Mac. Kelasnya singkat, 4 jam sahaja tetapi padat dengan kaedah dan tips penting mengenai roti. Pelajarnya kebanyakan nyonya dan amoi-amoi Kelang. Ada juga dua ke tiga orang makcik datang belajar. Saya jugalah lelaki melayu terakhir dalam kelas.. hehehe. Seminggu kemudian saya ambil lagi kelas dengan Chef Wendy. Setakat ni rasanya dah 6 atau 7 kali saya belajar dengannya. Belum lagi masuk kelas kek sebab saya nak mahir dengan pelbagai jenis roti dulu.
Sementara itu saya beli satu buku resepi roti tulisan Chef Alex Goh. Secara kebetulan semasa saya mencari bahan roti di kedai Baguz di Shah Alam, saya lihat dalam jadual kelasnya ada nama Chef Alex. Maka saya pun ambil kelas sehari bersama Chef Alex. Pelbagai gaya, pelbagai teknik dan tips saya dapat dari tiga orang pakar ini. Teknik asasnya sama tetapi ada style yang berbeza dan sudah tentu yuran kelas pun tak sama kan.. haha. Kekurangan dalam penyampaian seorang Chef dapat saya tampung dengan penerangan chef yang lagi dua tu. Saya paling rapat dengan Chef Wendy sebab dia punya kelas bersiri dan saya ikut siri kelasnya sampai habis. Chef yang lain tu cuma buat kelas sekali saja. Seperti biasa dengan neng pembantu indon chef pun saya berkawan. Kenkadang diorang ni pun banyak juga tips yang berguna.

Thursday, July 21, 2005
Saya dan Roti - 1
Saya mula makan roti setiap hari ialah sejak mula menjejak kaki ke Korea pada 1992. Disebabkan sukar mendapatkan makanan halal maka roti lah makanan pengalas perut semasa di kolej mahupun di university. Itupun cuma 2 atau 3 jenis roti sahaja yang diyakini boleh dimakan kerana bahan minyaknya daripada lemak sayuran. Kebanyakan roti yang nampak sedap-sedap tu ada shortening; lemak sayuran ke lemak haiwan ke tidak dinyatakan.
Minat untuk membuat roti bermula selepas seorang kawan memberitahu yang isterinya telah menghadiri kursus membuat roti dengan Chef Liza. Siap buat roti dan bagi saya sekeluarga mencuba rasanya. Sebelum itu kawan tersebut telah memperkenalkan buku Menjejaki Jutawan Senyap tulisan Chef Li (Chef Hj.Rusly). Sebabkan geram dengan mamat ni 56 kali sembang cerita pasal buku Jutawan Senyap ni, serta-merta saya mengajaknya pergi cari buku ni. Geram punya pasal, kalau aku tak jadi jutawan baca buku ni siap lah kau!! Itulah permulaannya bagaimana semangat keusahawanan saya dibakar. Selepas membaca buku itu saya mencari-cari apa yang saya boleh buat dan jual untuk dijadikan duit.
Macam-macam idea timbul. Nak buat karipap frozen lah, nak buat aiskrim lah; akhirnya saya kembali kepada ROTI. Pikir punya pikir saya hubungi kawan saya tu bertanyakan kelas roti Chef Liza. Kebetulan hujung minggu tu ada pulak kelas roti. Seronok sungguh buat roti ni. Perasaan puas yang tak terkata dirasai bila tengok roti-roti tersusun di atas meja. Inilah bisnes yang aku nak buat nanti, kata hati saya. Selesai kelas roti saya pun balik rumah terus ajak isteri pergi cari oven. Duit takde guna dulu kad kredit. Takpe kita ni beli benda yang boleh buat duit, jadi duit nanti bayar ler utang... dan saya terus mencuba buat roti. Chef Liza tu ajar gunakan mesin uli tepung; yang saya ni main hentam je uli guna tangan. Nah seminggu sakit urat seluruh tangan, roti pulak tak kembang macam yang di ajar. Tangan sakit hati pun sakit. Tak boleh jadik. Tunggu gaji 2 bulan (sebulan je sebenarnya tapi di advance dari sumber lain hehe..) baru saya dapat beli satu mesin uli buatan China berharga RM1400. Cuba lagi buat roti. Gembiranya hati Allah saja yang tahu. Roti menjadi, sedap, lembut, tahan lama dan yang paling penting BOLEH DIJUAL.
bersambung..

Wednesday, July 20, 2005
Pinjam sikit duit boleh..?
Tengahari semalam dengan niat untuk bertanya-tanya, saya ke bank HSBC di bandar PJ. Dengar khabarnya bank ni boleh bagi personal loan dengan tanpa penjamin mahupun sebarang cagaran.
Kata pegawai bank tu mengikut kelayakan saya, dia jamin saya boleh dapat pinjaman dua puluh lima ribu sahaja tetapi dia akan cuba meyakinkan pihak atasan untuk memberikan jumlah penuh lima puluh ribu berdasarkan potensi pembayaran balik yang baik. Sebenarnya saya dah berjaya yakinkan dia tentang potensi perniagaan yang ingin saya ambil alih tu. Jadinya dia yakinlah yang saya mampu bayar hutang tu nanti.
Mulanya cuma nak bertanya-tanya tetapi terus isi borang. hehehe.
Jawapan kelulusannya dalam tempoh 7 hari dan pengeluaran wangnya dalam tempoh 10 hari dari tarikh lulus.

Monday, July 18, 2005
Ada duit?
Tokey: "saya nak jual outlet tu kalau Bahtiar nak beli. Tak payah susah-susah nak buka kedai lagi. Semua dah ada. Sale tiap bulan average dalam dua puluh ribu. Dalam setahun dah boleh dapat return. Ada duit?"
Saya: "Hehe.. Saya mana ada duit. Kalau pinjam kat Prosper ke bank ke boleh la kot... Berapa tu?"
Tokey: "Saya nak jual lima puluh ribu je."
* kena buat paperwork la ni untuk mendapatkan dana.

Friday, July 15, 2005
Cuti lagi
Minggu ni saya tak berniaga lagi lah nampak gayanya. Sabtu belajar di bakery. Ahad ni pulak saya dah book kelas kek. Ni pertama kali saya masuk kelas kek. Belajar kek yang asas dulu ler; Sponge Cake.
Petang semalam lepas kerja saya terus ke tempat Chef Nor untuk register masuk kelas kek. Mujurlah sempat, Chef Nor belum tutup pintu kedai lagi. Suami Chef Nor pun ada. Satu jam setengah saya bersembang dengan Chef Nor & husband. Orangnya peramah dan mudah mesra; berasal dari P.Pinang. Kelas ialah pada hari Ahad jam 10pagi.

Thursday, July 14, 2005
Gelatin - Halal atau Haram?
rujukan dari http://www.halaljakim.gov.my
Tarikh aduan: 03 November 2004 - 16:10:24
Aduan: Banyak masakan pada hari ini menggunakan gelatin. Apakah gelatin halal?
Jawapan: Gelatin adalah bahan yang diperbuat sama ada dari khinzir atau lembu, gelatin yang berasaskan lembu disebut sebagai beef bovine, persoalannya ialah sama ada lembu tersebut disembelih mengikut syarak atau tidak adalah menjadi persoalan utama dalam menentukan kehalalan pengeluaran gelatin. Di Malaysia, JAKIM hanya menerima gelatin yang dibekalkan oleh syarikat HalalGel dan Hagecaps sahaja kerana kedua-dua syarikat ini mendapatkan sumber gelatin lembu yang disembelih mengikut syarak.

Wednesday, July 13, 2005
Sewa kedai
Petang semalam saya meronda-ronda sekitar Taman Mulia BTR. Saja je membuat sedikit tinjauan. Nak dijadikan cerita saya dapat tau ada sebuah bank yang akan berpindah dan lot tersebut akan disewakan. Saya dapatkan nombor telefon agen dan bertanyakan tentang lot kedai tersebut. Kedainya bersebelahan dengan kedai mamak yang sentiasa ramai orang. Dekat pasar, dekat supermarket, populasi penduduk yang padat, sangat strategik.
Sewa bulanannya RM4000 + deposit RM8000 + deposit utility RM1000 = RM13000
Ini baru tinjauan sahaja. Saya belum cukup bersedia dari segi modal dan saya masih belum habis menuntut ilmu lagi. Sabar.. sabar...

Tuesday, July 12, 2005
Berguru - minggu pertama
9 Julai 2005
Hari pertama ni saya belajar di sebuah kedai cawangan. Sampai di sana pun dah jam 10 pagi. Abang senior baker pada mulanya agak macam keberatan nak mengajar, akhirnya kami jadik kawan sebab dia tak susah payah ajarpun sebab saya memang dah tau buat roti cuma teknik dan resepi saja berbeza. "Nanti kalau dah bukak kedai boleh le panggil aku ye... gaji tak banyak RM2000 je jadi ler.." sempat tu dia submit verbal resume.. hahaha.
apa yang dipelajari hari ini:
- bahan utama untuk roti. Brand dan jenis.
- uli doh yang besar, 8kg tepung. Mesin pun besar..huhu.
- cara mengendalikan Dividing & rounding Machine.
- cara mengendalikan industrial oven yang menggunakan gas.
- sempat juga bertanyakan sikit maklumat penting pasal pengurusan bakery. Pasal pekerja, turn over, utility dsb.
roti yang sempat dibuat bersama:
- Sosej Bun
- Sosej Roll Bun
- Fried Sosej Roll
- Pizza Bun
- Cheese Stik
- Cheese Bun
- Tuna Bun
- Chocolate Bun
- Pandan Bun
- Vanila Cream Bun
- Donut (Donut Pintal dan Donut Salut Cokelat)
Saya dihantar semula ke HQ pada jam 3 petang sambil ikut membuat penghantaran order ke sebuah sekolah berasrama penuh. Setakat jam 3 petang tu saya cuma sempat ikut buat 22 kilo tepung jer....

Thursday, July 07, 2005
Bantuan Kewangan PUNB ( skim PROSPER )
1) Pembiayaan Ekuiti
Di bawah pakej ini, PUNB menyediakan pembiayaan ekuiti sehingga 30% daripada keseluruhan kos projek berlandaskan prinsip Syari'ah, Musyarakah Mutanaqisah. Musyarakah Mutanaqisah bermaksud perkongsian kearah pengurangan pemilikan dalam syarikat usahawan. Pakej ini terbuka kepada usahawan yang memerlukan pembiayaan kewangan peruncitan yang melebihi RM 200,000. Buat masa ini, skop pembiayaan PROSPER terhad kepada pembangunan perniagaan peruncitan tidak melebihi RM 1 juta.
Contoh :-
Kos Keseluruhan Projek : RM300,000
Usahawan : RM 30,000 (10%)
PUNB ___ : RM 90,000 (30%)
----------------------------
Jumlah Ekuiti : RM120,000
Pinjaman : RM180,000 (60%)
----------------------------
Jumlah Besar : RM300,000 (100%)
2) Kemudahan Pinjaman
Baki kos projek sehingga maksimum 60% akan dibiayai melalui pinjaman oleh institusi kewangan yang dilantik dan dijamin sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Berhad (CGC).
3) Khidmat Kenalpasti Premis Perniagaan
Usahawan dengan bantuan TPPT Sdn Bhd (syarikat hartanah kelolaan Bank Negara Malaysia) akan mengenalpasti lokasi premis yang strategik. Sekiranya sesuai dan premis ditawar untuk jualan, TPPT boleh membeli premis tersebut dan menyewakannya kepada usahawan pada separuh kadar sewaan semasa untuk tempoh tiga (3) tahun. Usahawan boleh membeli premis tersebut dari TPPT apabila perniagaan mereka sudah stabil.
Contoh Kiraan belian balik premis :-
Harga belian asal : RM200,000
Harga pasaran semasa Pada tahun ke 6: RM250,000
Kadar sewa pasaran: RM2,000 sebulan
Kadar sewaan TPPT bagi 3 tahun pertama: RM1,000 sebulan
Tempoh _ Kadar Sewa _ Sewa Tahunan _ Pendahuluan
Tahun 1 ___ 1/2 ______ RM12,000 ____ RM10,800 (90%)
Tahun 2 ___ 1/2 ______ RM12,000 ____ RM9,600 (80%)
Tahun 3 ___ 1/2 ______ RM12,000 ____ RM8,400 (70%)
Tahun 4 ____ 1 _______ RM24,000 ____ RM14,400 (60%)
Tahun 5 ____ 1 _______ RM24,000 ____ RM12,000 (50%)
Jumlah Besar _________ RM84,000 ____ RM55,200
Formula pengiraan harga belian balik premis
((Nilai pasaran + kos asal) - pendahuluan )/2
((RM250,000 + RM200,000) - RM55,200)/2 = RM 169,800
4) Kemahiran Keusahawanan
PUNB menyediakan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran keusahawanan seperti kursus kesedaran, motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan, kemahiran memantau operasi dan tadbir urus korporat dari masa kemasa.
5) Pengurusan Perakaunan
PUNB menyediakan perkhidmatan pengurusan perakaunan dan aliran tunai melalui panel firma-firma akauntan Bumiputera yang dilantik.
Rujukan dari www.punb.com.my

Wednesday, July 06, 2005
Kawan baru
Hari ni tak moh cakap pasal roti lagi lah... (loh dah cakap pun...)
Bulan Julai ni saya dapat 2 orang kawan Korea yang baru. Yang sama team dengan saya ialah seorang jejaka Korea yang baik dan sederhana saja orangnya. Dia ni dah 4 tahun di Malaysia. Sebelum ni bekerja di Hewlet Packard. Disebabkan HP nak alihkan call center Korean mereka ke negara asal maka kawan ni pun keluar dari HP. Dia tak mau balik Korea pasal makwe dia orang Malaysia hehehe..
Seorang lagi kawan baru ni seorang gadis Korea, (cun giler beb..) tapi dia join team lain di barisan sebelah. Tak sempat kenal lagi sebab agak sibuk sejak seminggu ni.
Di sebabkan team kami dah cukup orang maka waktu kerja pun di normalkan semula kepada 9 jam. Sebelum ni 10 jam; ada 1 jam OT. Saya masuk kerja jam 7am balik 4pm; ada masa ler nak bikin roti sebelah petang yek... (cakap pasal roti gak...)

Monday, July 04, 2005
Berguru
Minggu lalu dengan satu niat tersembunyi saya ke satu kedai roti tak jauh dari BTR. Disebabkan terlalu nak tau sangat sayapun secara spontan meng'interview' lelaki yang menjaga di kaunter. Maka hasilnya dapatlah satu nombor telefon seseorang yang perlu saya hubungi. Maka sayapun menghubungi nombor itu dan menetapkan hari Sabtu pagi untuk berjumpa ditempatnya di Taman Melawati KL.
Hari Sabtu pagi tu sayapun ke Taman Melawati. Saya menjalani interview (macam sembang kedai kopi je hehehe) selama 1 jam. Yelah kan bukan senang orang nak ajar segala-galanya dari belakang dapur bakery sampailah kepada pengurusan bakery termasuklah dengan supplier contact sekali secara hands-on praktikal. Akhirnya kata putus dipersetujui. Saya diambil untuk berguru di bakery tersebut setiap hari Sabtu pagi selama 5 minggu. Yahoooo..!!! terasa macam dapat masuk universiti pulak gembiranya..