Sementara belum dapat lot kedai, saya menjaja di Stesen LRT Bandar Tun Razak dari jam 5 hingga 7 petang.
Produk terlaris yang saya jual adalah:
Sosej Bun - harga RM1.20 dan
Red Bean Bun - harga RM1.00
Semalam saya baru selesai mencuba satu produk baru.
Diberi nama 'Egg Tart Sri Kota' yang akan dijual dengan harga cuma RM0.80 satu.
Monday, August 29, 2005
Monday, August 15, 2005
The Baker's Place -rebranding
Saya akan berehat sebentar dari meng-update blog ini sementara waktu bagi memberi laluan fokus terhadap progress meng-upgrade The Baker's Place secara besar-besaran. Daftar perniagaan The Baker's Place sudahpun diluluskan. Oven, proving cabinet dan dough devider telahpun menelan belanja RM11k. Beberapa kelengkapan lagi harus diuruskan. Hari ini lepas kerja saya akan ke Sg. Buluh untuk menempah tray dengan rack nya sekali. Kelengkapan gerai masih belum disediakan. Harap semuanya dah ready sebelum saya berkursus pada 19~23hb Ogos nanti. Blog ini juga tak terkecuali dari kerja-kerja upgrading. Nantikan kemunculannya semula dalam siri musim kedua.
The Baker's Place-rebranding
The Baker's Place-rebranding
Tuesday, August 09, 2005
Better start somewhere
Rancangan untuk membuka gerai roti disokong oleh kakak yang kedua yang tinggal di Sri Kota sekaligus dia setuju untuk jadi pekerja membuka gerai dari jam 3pm hingga jam 7pm. Lokasinya ialah di Sri Kota juga. Seorang penjaja yang menjaja air di depan stesen LRT BTR juga dah setuju untuk meletakkan roti di gerainya dengan komisyen 20%.
Bila nak mula? Dijangka bermula pada 25hb. Ogos nanti iaitu selepas saya balik dari kursus Strategi Pemasaran anjuran MARA Selangor di Sepang. Dalam tempoh itu bahagian pengeluaran akan diupgrade secukupnya. Rancangan bulan puasa juga akan menyusul kemudian. Any good idea for bulan puasa?

Monday, August 08, 2005
Persatuan
Atas kesedaran peri pentingnya berpersatuan maka saya dengan rasminya telah menyertai Persatuan Penjaja & Pekedai Bumiputera Wilayah Persekutuan. Dah lama saya cari persatuan macam ni tapi baru kelmarin saya berjumpa. Harap semua penjaja dan pekedai bumiputera di KL ini dapat bersatu dalam satu persatuan.
Bersembang dengan rakan persatuan petang semalam. Bercerita tentang orang Melayu yang dibantu oleh persatuan untuk mendapatkan lesen perniagaan dan tapak berniaga kemudian menjualnya kepada orang lain untuk mengaut keuntungan segera. Cerita-cerita macam ni sememangnya menyirapkan darah saya ke tahap angin satu badan. Persatuan sendiri tidak akan memberikan peluang kedua kepada malaun yang menghancurkan bangsa sendiri macam tu. Disebabkan penderhaka-penderhaka yang macam itulah banyak tapak rezab Melayu jatuh ke tangan orang lain. Merdeka lama dah, tapi spesis parasit ni masih mengemis sogokan duit segera orang lain. Apa kita boleh buat dengan orang macam ni?

Friday, August 05, 2005
August Planning
Semalam (Khamis) saya ambil cuti sebab nak siapkan roti dan cookies yang ditempah oleh seorang kawan. Cookies 200pcs dan roti 180pcs. Sebenarnya tak berapa berbaloi dengan penat membuatnya tetapi saya buat juga sebab saya nak tau kemampuan pengeluaran dan juga nak jadikannya satu study case saja.
Masa yang minimum diambil untuk menyediakan satu adunan 2 kilo:
1. Timbang bahan, gaul dan uli : 30 minit
2. First proving (rehatkan doh): 15 minit
3. Dividing & Rounding(75pcs): 15 minit(kerja 2 orang)
4. Intermediate proving : 5 minit
5. Shaping (roti kosong bentuk bujur): 15 minit (kerja 2 orang)
6. Final proving : 45 minit
7. Baking : 45 minit (8pcs/tray = 10 tray & 2 oven = 4 tray/15minit)
Total : 170 minit
Saya sedar kapasiti pengeluaran sedia ada tak mencukupi. Untuk menyudahkan 180pcs roti saya terpaksa menguli 6kg resepi dengan 3 kali bancuhan juga mengambil masa yang lama untuk dividing dan shaping. Tempoh pembakaran juga sebenarnya boleh dikurangkan. Cadangan upgrade adalah seperti berikut:
item-3. Dividing. Potong dan timbang doh kepada 60 gram setiap satu. Cadangan: beli mesin divider. 36pcs sekali boleh siap dalam seminit je.
penjimatan masa: 10 minit
item-7. Oven elektrik sedia ada cuma mampu menampung 8pcs X 4tray per 15minit
Cadangan: beli oven gas yang lebih besar. 15pcs X 4tray per 15minit
penjimatan masa: 30 minit
Anggaran kos untuk upgrade: RM12,500
Cadangan upgrade ini perlu datang sekali dengan cadangan pemasaran yang berkesan. Production yang tinggi tapi kalau sales rendah ini bermakna ianya satu pembaziran. Oleh itu satu rancangan pemasaran sedang dibangunkan dengan mengambil kira beberapa faktor lain terutamanya faktor tenaga kerja.