Kata Chef Li, antara kemungkinan yang bakal dihadapi jika anda memilih untuk menjadi usahawan jalanan ialah:-
1-Perlu komitmen 100%, lupakan siapa anda atau personaliti anda sebelum ini.
2-Cemuhan daripada kawan, saudara, keluarga yang tidak memahami tindakan anda.
3-Sesekali anda dilanda kekesalan.
4-Anda merasa tidak sabar, sensitif dan mudah jengkel.
5-Apa yang dirancang tidak menjadi.
6-Strategi yang diatur tidak mendatangkan hasil.
7-Semakin lama semakin kelam, kejayaan masih jauh seperti sebuah fatamorgana.
8-Kejayaan dirasakan masih lambat dan terlalu jauh.
9-Merasa sangat letih dan tidak ada upaya lagi.
10-Anda mulai rasa benci kepada tempat berniaga dan barang-barang yang kena mengena dengan perniagaan anda.
Jika semua atau sebahagian dari fenomena ini berlaku, JANGAN BERHENTI tetapi bercutilah. Buat analisa atau 'review' ke atas bisnes anda. Kaji kelemahan dan kekurangan. Pergi berkursus, ceramah motivasi atau baca buku motivasi. Cari kawan-kawan yang positif, makanlah dengan berselera dan ceriakan hati anda. Mulakan kembali perniagaan insyaAllah kemungkinan yang seterusnya akan menggembirakan hati anda.
Wednesday, December 28, 2005
Friday, December 23, 2005
Tempoh bertenang
Bukan dalam akta MLM saja ada tempoh bertenang, jual roti tepi jalan pun kena gak tempoh bertenang. Mula hari ni saya akan berehat seketika. Year end closing lah katakan ye. Jumpa lagi tahun depan... *wink*
Wednesday, December 21, 2005
Market Study - Baker's point of view
-catatan sendiri-
Hari: Isnin 19/12/05
Lokasi: Stesen LRT Bdr Tasik Selatan
Masa: 5.30pm ~ 6.30pm (1 jam saja)
Produk: 24pcs Egg Tart, 15pcs Pizza Bun
Hasil: Egg Tart habis, Pizza Bun baki 2pcs
Catatan:
Prospek customer yang lebih bagus - Ramai orang & ada hentian bas, ada bas dan ada orang tunggu bas (kalau setakat ada bus stop saja tak guna la).
Persaingan - Ada pakcik jual Pau, aci jual kacang putih dan makcik jual kuih & nasi lemak berlauk.
Specific Location - Kawasan lapang antara kacang putih dan pau, redup petang tapi takde bumbung.
Logistik - Naik LRT saja. Bawa tray & kerusi lipat naik LRT? Selamber..... hahaha. Boleh kalau nak bawa kereta tapi masa balik nanti confirm jalan jem giler kat jalan masuk BTR.
Rancangan susulan - Next time nak cuba bawa kereta. Bawa payung, meja, kerusi lipat dan barang dagangan.
Hari: Selasa 20/12/05
Lokasi: Pasar Malam Selasa Jln Makmur BTR
Masa: 5.30pm ~ 9.00pm (3.5 jam)
Produk: 24pcs Egg Tart, 20pcs Pizza Bun, 6pcs Red Bean Bun
Hasil: Egg Tart habis, Pizza Bun baki 1pc, Red Bean Bun baki 3pcs
Catatan:
Prospek customer - memang ramai lalu lalang.
Persaingan - ramai peniaga makanan lain
Logistik - dekat ngan rumah, jalan kaki pun boleh
Egg Tart dilihat menarik waktu terang sebelum maghrib ramai beli. Malam saya tak pasang lampu, cuma tumpang cahaya lampu gerai sebelah; sebab tu tak menarik.
Catatan: Tempoh masa panjang (petang sampai malam), takde tapak kosong (tumpang selit kat tapak orang je), pakcik AJK tak 'mesra' dan penat esok nak kerja; itulah antara faktor yang membimbangkan.
Rancangan susulan - Tangguh
nota:
kapasiti pengeluaran sekarang - Egg tart meningkat dari 1kg/day(52pcs) kepada 1.5kg/day(78pcs). Kaedah pembuatan telah dikemaskinikan. Pastry disediakan siap dengan acuan dan disimpan didalam peti sejuk. Esok cuma nak bancuh egg castard filling saja dan sedia untuk dimasak.
Roti masih 2kg/day(65pcs). (Mrs Baker kata dia boleh bikin roti 3kg/day dengan syarat mesti mau kasi jual habis. Huh inilah cabarannya....

Monday, December 19, 2005
Sponge Cake
Sponge Cake banyak digunakan sebagai asas pelbagai kek. Kaedah penyediaan Sponge Cake juga ada beberapa cara.
Salah satu cara ialah dengan menggunakan Sponge Cake Mix yang boleh dibeli di kedai bahan kek. Saya sarankan supaya belilah yang lokal dan diyakini halal contohnya dari Kuantan Flour Mill Boleh tanya di kedai bahan dia guna brand apa.
Lagi satu cara ialah kaedah Emulsified Sponge Cake. Yang ni menggunakan bahan emulsi kek yang macam minyak gris warna oren tu. Sekali lagi tanya dulu pada si penjual tu.
Cara yang paling asas sekali ialah Traditional Sponge Cake. Nah resepinya saya tampilkan disini ya. Kalau nak cuba silakan.
Bahan:
5 biji telur gred-B
150g gula halus
120g tepung gandum
80g mentega cair (boleh guna margerin cair, minyak jagung mahupun minyak masak biasa)
Cara: putar telur dan gula hingga kembang, lembut dan gebu. Masukkan tepung dan putar perlahan supaya sebati. Masukkan mentega cair dan kacau hingga rata. Tuang ke dalam acuan dan bakar dengan suhu 180 darjah-C
*cara sediakan acuan: sapukan margerin pada dasar acuan. Potong kertas minyak ikut saiz & bentuk acuan. Alas dasar acuan dengan kertas.

Friday, December 16, 2005
Resepi Pizza
Petang semalam ada seorang sahabat tanya pasal resepi pizza. Saya cari semula resepi pizza yang saya belajar dengan Wendy Kor dulu; tapi pizza dia lebih kurang sama je dengan resepi Amy Beh. Resepi Amy Beh ada banyak ditampilkan di www.kuali.com
Sebenarnya buat pizza ni taklah susah sangat. Cincai macam manapun akan jadi pizza juga. Macam buat bubur lambuk. Lambuk lah apa saja akan jadi bubur lambuk juga ia.
Resepi ini saya ambil dari kuali
CHICKEN PIZZA
Ingredients
Pizza dough:
120g plain flour
120g high protein flour
1 tsp easy blend instant yeast
Combine:
1 tbsp olive oil
150-160ml lukewarm water
1/4 tsp salt
Topping:
200g minced deboned chicken meat
1/2 a green capsicum, thinly sliced
1 onion, cut into rings
1 tomato, cut into rings
5 stuffed olives, cut into rings
2-3 tbsp tomato puree (canned or bottled tomato puree)
100g grated mozzarella cheese
Grated Parmesan cheese (guna mozarella saja pun boleh)
Herb seasoning:
pinch of thyme
pinch of rosemary
dash of Italian seasoning
parsley flakes
Method:
Sift plain flour and high protein flour into a mixing bowl. Fit machine with a dough blade. Add in yeast and combined water mixture. Beat mixture for two to three minutes or until a smooth dough is formed. (Takde mesin uli dengan tangan je pun boleh)
Cover the dough and set aside to proof for 35 to 40 minutes. Knock down the dough and place it on a lightly floured tabletop. Knead by hand for two to three minutes.
Roll out dough to fit a 28-30cm pizza tray or pan and brush the surface with a little olive oil.(guna minyak masak je..)
Bake in preheated oven at 180 ºC for eight to 10 minutes. Remove dough out to cool slightly. Spread tomato puree on dough base. Arrange some mozzarella cheese evenly over the tomato puree.
Top up with cooked chicken meat and the rest of the ingredients. Sprinkle herb seasoning for extra flavouring.
Top with parmesan cheese and mozzarella cheese. Bake in preheated oven at 200 ºC or until dough is golden and the cheese melts. Serve hot.

Thursday, December 15, 2005
Lokasi baru
Beberapa hari ini saya berusaha mencari lokasi baru untuk menjaja roti; sebagai persediaan sekiranya berlaku penguatkuasaan larangan menjaja di stesen LRT Bandar Tun Razak. Setelah ditinjau beberapa kali maka satu lokasi baru dikenalpasti iaitu stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Mungkin minggu depan saya akan mula test market di sana.
Tuesday, December 13, 2005
Malam pertama
Sabtu 10 Disember adalah hari bermulanya sejarah saya di pasar malam. Malam pertama berniaga di pasar malam. Saya dan isteri membuat roti sekadar 100 biji sahaja. Perlu test market dulu. Egg tart tak buat sebab risiko nya terlalu tinggi. Biarlah test dengan roti dulu. Bila dah mantain nanti baru ler kita akan tampilkan egg tart.
Jualan dari jam 5 petang tu berjalan lancar walaupun agak slow sebab hujan renyai sekali-sekala. Menjelang jam 7 malam barulah ramai orang. Jam 7.30 isteri saya datang membantu untuk cover waktu maghrib. Pukul 10 kami pun tutup kedai. Jualan hari pertama ini tak lah banyak macam jualan di stesen LRT. Pencapaian jualan RM73 dalam masa 5 jam di pasar malam walaupun tak banyak tapi pengalaman di pasar malam cukup membuatkan saya seronok. Dan saya sedar pasar malam ada keistimewaannya sendiri. Beberapa pelajaran telah saya dapat dalam tempoh 5 jam itu.
Saya buat perbandingan dengan menjaja di stesen LRT antaranya:
LRT- Pelanggan baru balik kerja, rushing, takde niat asal untuk berbelanja, tapi lapar.
Pmlm- Pelanggan datang santai, memang datang untuk berbelanja.
LRT- Pelanggan lalu dan terus pergi.
Pmlm- Pelanggan boleh lalu ulang-alik banyak kali. Bersiar-siar?
LRT- Pelanggan ramai dari wanita berkerjaya.
Pmlm- Pelanggan ramai campur aduk lelaki pompuan dan keluarga.
LRT- Produk tertentu saja yang jadi pilihan selera pelanggan.
Pmlm- Apa jenis produk pun akan dibeli orang.
LRT- Suasana aman takde kecoh-kecoh
Pmlm- Suasananya masyaAllah hingaq bingaq....

Wednesday, December 07, 2005
Jurujual yang baik
Dah dua hari pekerja baru tu bekerja dengan saya. Saya dapati jualan di meja dia melebihi jualan di meja saya. Ini menguatkan lagi teori yang mengatakan 'wanita adalah jurujual yang paling baik'. Mungkin ada faktor-faktor lain juga, faktor produk juga penting kan. Boleh dikatakan 80 ke 90 peratus pembeli ialah wanita. Yang keluar dari stesen LRT tu rata-rata wanita sahaja. Lelaki tak ramai. Ada buku yang pernah saya baca mengatakan wanita akan lebih tertarik untuk membeli dari jurujual wanita. Lelaki? Sudah tentu lelaki lebih tertarik kepada wanita juga kan... Muka hensem macam 'pakcik' ni tak menarik ke? Menarik... kanak-kanak ler yang suka beli roti ngan pakcik.. huhuhu
"Jantan tau, pompuan tak tau..." (dialog pilem Masam-masam Manis)

Monday, December 05, 2005
Pasar Malam
Sabtu lalu saya melakukan tinjauan dan survey di pasar malam. Kawan yang jual popiah tu ler ajak datang. Katanya pasar malam ni ada lagi tapak kosong. Kalau datang boleh ler bincang dengan orang pengurusan pasar malam tu. Di pendekkan cerita malam tu juga confirm saya dapat satu tempat di Pasar Malam Sabtu Bandar Tun Razak. Sabtu nanti(10hb December) saya akan mula berniaga di pasar malam.
Friday, December 02, 2005
Pekerja baru
Sambil berjaja petang semalam ada lah dua orang budak perempuan menjaga gerai rojak buah di sebelah meja saya. Yang seorang tu memang saya kenal lah, anak tokey rojak; tapi yang seorang lagi ni macam pernah nampak. Anak orang Sri Kota gak ni.
Saya tegur budak tu.
"Sekolah lagi ke dik?"
"ha ah"
"Tingkatan berapa?"
"Tingkatan dua"
"Cuti-cuti sekolah ni takde buat apa-apa ke?"
"Takde.. ni tolong-tolong kawan jer.."
"Nak kerja jual roti tak?" (saya cuba buka iklan kerja)
"hihihi..." (gelak pulak.. dia ingat saya gurau ke)
"laaa.. betul ni. jaga gerai kat sini"
"Jual roti pakcik ni?" (cis... dia panggil aku pakcik. Tua sangat ker aku ni?)
"Iyee.. sehari sepuluh ringgit, dari pukul 5 sampai pukul 7"
Dia berbisik-bisik dengan kawannya si anak tokey rojak tu.
Lalu anak tokey rojak pun cakap, "Dia tolong sini pun bayar jugak pakcik"
"oooo.. ye ke.. ingatkan saja tolong-tolong jer.."
"ha ah pakcik. Sepuluh ringit jugak tapi dari pukul 11 pagi lah"
"oooo... gitu. Tapi dengan abang ni kerja dua jam jer la. Kalau ada kawan lain ke nak kerja...?" (sambil iklan tu cuba la nak tukar pakcik kepada abang..hehe.)
"errr... boleh lah pakcik" (pakcik lagi...)
"Betul boleh? Tapi ni tokey tak marah ke?"
"Takde lah... Boleh jugak teman-temankan, lagipun kat sebelah je."
"Ok. Hari Isnin nanti boleh mula"

Thursday, December 01, 2005
Tukar menu
Dah dua hari ni kami tukar menu jualan. Sebabnya? Nak cuba jual barang seringgit. Pizza Bun dijual dengan harga RM1.00 menggantikan Sausage Bun berharga RM1.20. Guna doh roti yang sama saja tapi dibuat ala-ala pizza gitu, tapi takde la cheese nya. Cuma susunkan beberapa kepingan sosej, taburkan sedikit sayur campur dan paipkan sos cili dan mayonese kemudian dibakar pada suhu 180 degreeC sehingga ianya masak sepenuhnya dan aroma yang menyelerakan memenuhi seluruh ruang rumahku.. (melalut la tu..)
Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Pencapaian jualan semalam; Pizza Bun 52pcs, Red Bean Bun 20pcs dan Egg Tart 60pcs habis dijual dari jam 5.10petang hingga jam 6.50petang.
"Iya pak.. Barang satu ringgit enggak bisa ditawar lagi pak"