Alhamdulillah, selamat berpindah ke Bandar Tun Razak, satu tempat yang dulunya lebih dikenali sebagai Kampung Konggo. Dulu-dulu dengar saja nama Kampung Konggo orang dah takut nak pergi; ntah hulu ceruk mana ntah. Sekarang Kampung Konggo tersebut dah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Rumah teres kos rendah 2 bilik yang dulunya berharga RM18,000 sekarang dinilai sehingga RM100,000. Itupun berebut orang nak beli. Sewa? Mahalpun orang sanggup sewa. Lokasi yang sungguh strategik ditambah dengan kemudahan yang ada serta suasana persekitaran menguatkan sebab mengapa BTR menjadi pilihan; sebab saudara-mara ada di BTR pun ye juga... hehe.
Siap pindah barang tapi semua belum berkemas lagi. Balik kerja nanti sambung berkemas. Minggu ni belum boleh buat roti. Minggu depan pula ada Kursus Pengurusan Kewangan anjuran Mara; oleh kerana saya tak boleh cuti seminggu maka isteri saya gantikan tempat saya. Dah lama sangat tak buat roti ni; menuntut ilmu pun penting juga.
Monday, May 30, 2005
Wednesday, May 25, 2005
Roti Canai
Dulu masa di Korea, saya pernah buat roti canai. Tengah boring-boring takde apa nak buat. Housemate ntah mana pergi semua. Timbul pulak idea nak buat roti canai. Ntah macammana boleh dapat resepi. Zaman tu mana ada internet macam sekarang ni. Nak search kat mana? Hah hentam je la.. Asal ada tepung gandum, telur, susu, margerin dengan minyak masak. Bikin punya bikin bancuh uli ntah berapa sukatan bahan main hentam jadi pulak.. Sementara memerap doh saya masak kari ayam.
Dah cukup masa dah lapar ni nak mencanai pulak. Alas meja dengan plastik.. hah atas meja tu jugak mencanai. Baik punya canai... Goreng garing-garing. Perghhh.. sedap..
Selebihnya saya goreng separuh masak dan lapis-lapiskan dengan plastik kemudian simpan dalam peti sejuk; jadi roti canai segera.
Tetiba si Pie balik,
Pie: "wow.!! roti canai!! mana kau dapat?"
Saya: "Aku buat sendirilah"
Pie: "Jangan nak tipu akulah, ntah stewardess mana bagi kat kau. siapa bagi?"
Saya: "Laaa.. betul aku buat tadi"
Pie: "Tipuuu..." (sambil sedia menggoreng roti canai)
Saya: "Pie...Pie..."
Semalam saya jumpa resepi roti canai ini di http://www.geocities.com/pizzaresepi/
(terima kasih kepada http://suzana.blogdrive.com)
Bahan-bahan:
200 g (2 cawan) tepung gandum
100 g tepung penuh mil
60 g (1 biji) telur
50 ml (1/4 cawan) susu rendah lemak
20 g (2 sudu makan) minyak sayuran
50 g (2 1/2 sudu makan) marjerin
air untuk menguli
Cara:
1.Tepung diadun dengan telur, susu, garam dan air secukupnya.
2.Uli sehingga lembut dan perapkan dengan sedikit marjerin. Bulat-bulatkan kepada sepuluh ketul yang sama besar. Biarkan selama dua puluh minit.
3.Canaikan mengikut bentuk yang anda suka. Goreng garing dengan sedikit minyak.
4.Bila masak, tepuk-tepukkan supaya gembur dan cepat sejuk.
Sesuai dimakan dengan kuah dal, kari, ikan,dalca atau acar.

Tuesday, May 24, 2005
Asam, Garam, Gula & Kopi
kawan: "Kau ni takde cerita lain ke selain dari makanan?"
saya: "hehehe..." (sambil tersengih)
Baiklah bagi memuaskan hati kawan nan sorang ni saya tulis pasal satu perkara yang takde kena-mengena dengan makanan.. (ye ke..??)
Betul..takde kena mengena dengan makanan..!!
'Asam, Garam, Gula & Kopi' ini buku yang baru saya beli. Tak habis baca lagi. Seronok membacanya. Isteri saya pun tak bagi peluang saya nak baca. Berebut...
Kisah-kisah yang dipaparkan ada yang terkena batang hidung sendiri.. ketawa besar le kami suami isteri. Buku ni memang best.!!
Tak mau cerita la apa isi ceritanya, siapa nak baca pergi ler beli.. Tak mahal. Buku dari Alaf21 ni cuma RM13 je.. Selamat membaca.
http://www.alaf21.com.my/buletin/N_catal.htm

Friday, May 20, 2005
Lori
drebar lori: "apa kata kalau hari Ahad. Takdelah tergesa-gesa nanti"
saya: "oklah ikut senang abang lah. Bagus jugak tu ahad pagi jalan tak jem."
Atas khidmat nasihat abang drebar lori yang memang pakar dalam hal-hal keadaan trafik dan hal ehwal pengangkutan jalan, maka tarikh perpindahan ditukar kepada hari Ahad pagi 29hb. Mei 2005.

Tuesday, May 17, 2005
Pindah
Produksi roti terpaksa di hentikan sementara, bagi tempoh 2 minggu dari sekarang kerana kerja-kerja persiapan pindah. Segala barangan akan dikotak supaya memudahkan kerja-kerja memunggah nanti. Penghantaran ke gerai Mapley juga di hentikan sementara waktu. Setelah di bincang maka kata sepakat mengatakan tarikh perpindahan ialah pada Sabtu 28hb Mei nanti. Harap segalanya berjalan lancar.
Monday, May 16, 2005
Sabtu 14.5 yang istimewa
Sabtu 14.5.2005 sungguh istimewa sekali. Bagaikan satu permulaan sejarah bagi diri saya. Dengan style ringkas berseluar jeans biru dan berkemeja putih lengan panjang dilipat (ala-ala driver teksi gitu) saya keluar dari rumah tepat jam 8.00 pagi.
Aktiviti utama Sabtu 14.5 adalah untuk menguruskan pertukaran sekolah anak saya dari Subang Jaya Selangor ke Cheras KL. Urusan dibuat di Pejabat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Jalan Semarak KL. Markah penuh patut diberi kepada jabatan yang pada saya sangat efisien meluluskan permohonan dalam masa tak sampai 15 minit. Mungkin dalam 10 minit je agakya, sebab 15 minit tu saya kira dari saya mula parking motor hingga saya kembali start enjin motor. Maafkan saya kiranya sebelum ini saya telah berprasangka di sebaliknya terhadap jabatan. Mungkin juga permohonan yang lengkap dengan segala lampiran dan sokongan guru besar dengan 4 salinan itu juga adalah faktor penyumbang kepada efficiency tersebut... Mungkin juga sebab takde orang lain pun; cuma saya sorang je. Apapun syabas kepada JPNWP.
Aktiviti kedua adalah penghantaran istimewa roti yang dipesan oleh pelanggan VVIP. Jam 9 pagi saya keluar dari JPNWP menuju ke Menara PGRM di Cheras. Setiba di sana saya menghubungi Kak Sya. Seperti yang diminta, penghantaran dibuat melalui rakan sepejabat Kak Sya. Belum ada rezeki untuk bertemu sebab Kak Sya tak ada di pejabat.
Selesai urusan di PGRM, SMS dihantar kepada Zino. Saya diberitahu akan satu perjumpaan yang dianjurkan oleh Zar. Secara spontan saya setuju untuk turut serta. Sementara itu saya beralih kepada penghantaran seterusnya ke Pantai Dalam. Dengan style budak Fast Food Delivery (ala-ala budak lepas SPM) saya menyempurnakan penghantaran hingga ke depan pintu rumah Melor. (Melor kata saya macam budak 15 tahun? hahaha)
Selesai urusan di PD pagi masih awal, kebetulan lalu didepan Midvalley Megamall, teringat pulak cikgu saya kata tokey Breadtalk tu member seguru dia masa di Taiwan 10 tahun dulu. Singgah le saya ke situ. BreadTalk memang hebat. Pagi tu depan mata saya tengok pekerja dapur dia tak kurang 13 orang sedang sibuk menyediakan roti. Design rotinya fuhhh sangat menarik... harganya pun manarik sampai 2 kali ganda tingginya.. hehehe.. Terasa demotivated la sekejap melihatnya. Tapi ye la kan sorang punya kerja nak banding dengan 13 orang punya kerja mana adil.. "kau tunggu nanti aku kompol 13 orang Baker aku sendiri nanti..." nak cover la tu.. hehe
"... di tupai-tupai jam 2..." sms dari Bang Zino berbunyi. " Tupai? mana tu? tak tau.." balas saya ringkas. "Tupai atas pokok.hehe....." sempat lagi Bang Zino bergurau sebelum menjelaskan lokasi perjumpaan. Masih awal lagi, jadi saya ke BTR berehat dan bersembang di rumah kakak sambil menunggu waktu Zohor. Dipendekkan cerita sayapun tiba di Restoran Tupai Tupai. Seorang lelaki berserban menggamit nun dari tengah ruang restoran. Saya membalas sambil membetulkan letak motor ke tempatnya. Suasana meja tu memang meriah sekali. Dari Roti sampailah ke 'baju drebar teksi' saya dijadikan bahan bualan. Hehehe... kira okey ler dari takde bahan nak sembang. Saya ni jenis 'menjawab soalan cepumas'je; memang saya tak berapa pandai bersembang kalau pertama kali jumpa. Pemalu le konon. hehehe. Memang segan pun jumpa orang hebat-hebat.
Terima kasih kepada Bang EP kerana men'sponsor' makan-makan pada hari itu. Terima kasih kepada semua; Bang Zino, Pak Latip, Zar, Melor & suami. InsyaAllah niat saya nanti nak jemput kenkawan yang sudi ke rumah baru (baru pindah bukan rumah baru) saya di Bandar Tun Razak. Jumpa ramai-ramai. Boleh le kita rasa roti yang segar dan panas baru keluar dari oven. Bila? tak tau lagi ler; tunggulah nanti saya pindah ke sana.
I will welcome you to the Baker's Place.

Thursday, May 12, 2005
The Baker's Place Special Saturday Delivery Service
Khas untuk mereka yang ingin mencuba roti sipenjaja jalanan ini. Hari Sabtu 14hb. Mei adalah peluang terbaik. Saya akan ke Jalan Semarak KL, kemudian ke Menara PGRM, seterusnya ke Bandar Tun Razak. Kepada sesiapa yang ingin membuat pesanan roti sila tinggalkan pesanan di ruang comments ini, nyatakan lokasi anda atau boleh buat pesanan melalui sms kepada 012-2767873. Nyatakan nama, lokasi dan nombor untuk dihubungi.
Hanya 14hb. Mei 2005 sahaja dan hanya Red Bean Bun dan Coconut Butter Bun sahaja.
Harga hanya RM1.00/satu.

Sabtu lagi
Sabtu ni tak berniaga lagi. Saya perlu ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Bangunan Anjung Felda Jalan Semarak Kuala Lumpur untuk menguruskan pertukaran sekolah anak saya dari SK USJ20 ke SK Taman Midah-1 Cheras.
Punyalah susah mencari website jabatan ni. Cari punya cari jumpalah di sini http://www.jpwp.malaysiahosting.net
Sebagai ganti insyaAllah saya akan cuba berniaga di Sri Kota pada hari Ahad.

Wednesday, May 11, 2005
Result
Petang semalam lepas kerja saya ke lokasi flea market tu. Lepas selesai buat survey sayapun terus menghala ke BTR. Singgah pasar malam beli nasi dagang dan melepak di rumah kakak di Flat Sri Kota; sambil berbincang pasal lokasi tu kalau-kalau ada maklumat yang boleh membantu.
Lepas maghrib balik rumah dan buat kira-kira serta 'partner discussion'. Hasil nya saya mengambil keputusan untuk TIDAK MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN.
'Sabar, belum masanya lagi...'

Tuesday, May 10, 2005
Flea Market
Pagi-pagi lagi kawan sepejabat ni dah hulurkan satu keratan akhbar; iklan "Peluang Perniagaan Setiap Ahad" Bila pikir-pikir balik bagus juga kalau dicuba. Bukannya waktu kerja. Hari Ahad pagi sampai petang. Nantilah saya akan buat tinjauan khas dan study. Yelah nak tentukan juga faktor-faktor tertentu.
Faktor kapasiti produksi- kena buat study, berapa banyak nak buat, jual,mampu ke buat banyak tu? sempatke?
faktor masa- masa berniaga 11pagi ~ 7malam, masa lain tak kira lagi,
faktor tenaga- sayalah baker sayalah promoter? takleh jadik. harus ada pembantu.
faktor jarak lokasi- tak jauh dari Bandar Tun Razak,
faktor pesaing- kalu dah ada berlambak bakery kat dalam kompleks tu amacam? Ada brani?
dan paling penting faktor sewa. Kalau ikut iklan ni sewa RM10 je sehari tu. Kerusi meja disediakan, cuma perlu bawa produk saja. Bagus dah tu.
Kena buat Potential Problem & Potential Opportunity Analysis dulu. Okay hari ni juga saya akan mulakan survey dan study. Nak kena pi tengok juga tempat tu dulu. Harap tak silap buat keputusan.

Monday, May 09, 2005
Cancel
Kecewa betullah kelas dibatalkan di saat-saat akhir. Walaubagaimanapun hari Sabtu ni dimanfaatkan untuk berehat saja dirumah dan membuat semakan inventory dapur. Banyak gak barang dah habis ni. Maka aktiviti membeli belah pun terpaksalah dijalankan. Bagus juga ada masa nak beli barang secara borong.
Friday, May 06, 2005
Pengumuman
Hari Sabtu dan Ahad minggu ni (esok) saya tak dapat menjaja di BTR sebab saya akan menghadiri kelas bakery di Shah Alam dan Kelang. Nak belajar teknik lain pulak. InsyaAllah minggu depan saya akan datang ke BTR.
Lokasi
Semalam cuti umum Children's Day bagi Korea; jadinya saya pun amik le cuti. Masa ni la cuti sap sap soi lulus. Jam 7 pagi lagi saya menunggang motor ke BTR dengan niat nak gi survey. Banyak perkara nak di surveykan ni. Dengan makcik-makcik jual kuih pun siap saya interview. hehehe.
Nak dijadikan cerita; dan dipendekkan cerita maka saya sedaya upaya mendapatkan sebuah rumah sewa. Sangat strategik dan berpatutan. Rumah teres dua bilik renovated tu akhirnya jatuh ke tangan saya dan kata setuju dibuat dengan bayarannya sekali. Kalau dah jodoh takkan kemana... Saya akan kembali ke Bandar Tun Razak; tempat saya menjalani kehidupan remaja sejak 1986. Rumah sewa tersebut hanya beberapa ratus meter saja dari Flat Sri Kota, Stesen LRT BTR dan Kompleks Perniagaan DBKL BTR. Bandar Tun Razak ada HUKM, Stadium, Kompleks Belia, Tasik Permaisuri dan..... Kilang Ramly Burger..hehehe... :)

Terima kasih daun keladi
Alhamdulillah. Ramai yang menawarkan peluang untuk saya memperkembangkan jualan roti. Terima kasih. Saya sangat-sangat menghargainya. Walaubagaimanapun buat masa ini saya terpaksa mengalah dengan kemampuan saya yang terhad sekarang ni. Saya masih lagi bekerja sebagai Helpdesk di PJ sini. Saya masih baru dan masih mengusahakan roti secara part time. Almaklumlah namapun dah part time sudah tentu terhad kemampuannya untuk bergerak secara besar-besaran.
Saya cuma bebas menggerakkan jualan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari sabtu sesudah subuh proses pembuatan roti bermula dengan kapasiti pengeluaran +/- 24 biji setiap 20 minit; tidak termasuk 2 jam pertama untuk penyediaan bahan dan tempoh proses proving (first proving, intermediate proving & final proving).
Untuk jualan harian di gerai mapley, selesai kerja saya pulang ke rumah dan lepas Maghrib saya mulakan adunan 1 kilo dan semua proses hanya akan siap dalam masa tak kurang 3 jam, hanya untuk 30 biji roti. Walaubagaimanapun, hati akan puas bila tengok roti-roti yang masih panas tersusun cantik atas tray... mmmm. menyelerakan..

Wednesday, May 04, 2005
Product List
Updated: 4/5/2005
1. Red Bean Bun - berinti kacang merah yang enak dengan corak hirisan yang menarik pada permukaannya. Harga RM1.00
2. Coconut Butter Bun - keharuman mentega dan kelapa parut yang memancar dari potongan kreatif yang istimewa dan unik. Harga RM1.00
3. Cherry Blossom Bun - potongan menarik berbentuk bunga enam kelopak dihias sebutir ceri merah ditengah bagai memanggil sang kumbang menghampiri merasai gabungan rasa inti kacang merah dan kaya pandan. Harga RM1.00
4. Sausage Roll - Sosej dibaluti dengan gulungan roti manis, sesuai untuk mereka yang ringkas. Harga RM1.00
5. Sausage Bun - Daun origano yang ditabur diatas sos cili dan mayonese membuatkan ianya seolah-olah sekeping pizza segar yang membangkitkan keinginan untuk mencubanya. Harga RM1.20
6. Potato Bun - Susunan berbaris 4 biji Potato Bun digarisi oleh custard manis kekuningan sangat enaknya dinikmati begitu saja. Harga RM1.20
* Senarai ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Tuesday, May 03, 2005
Potato Bun
Seharum kentang lecek yang menggoda bukan hanya enak dimakan panas-panas. Susunan berbaris Potato Bun digarisi oleh custard manis kekuningan sangat enaknya dinikmati begitu saja. Selera pasti menyala-nyala.
Cerita Gagal
Asik cerita bagus jer... Kali ni ada sikit cerita kegagalan. Yelah kita kan kekadang belajar dari kegagalan.
Hari Sabtu lepas saya berjaya mencapai target jualan tapi saya gagal menghabiskan keseluruhan 202 biji roti yang saya bawa ke Bandar Tun Razak. Sebenarnya hari Sabtu tu, lepas jumpa Zino saya nak sambung menjaja malam tu tapi kepala dah pening tahan sakit Ulser dalam mulut ni. Baki 48 biji lagi terpaksa saya tinggalkan di rumah mertua. Bagilah sesiapa... untuk promosi.. (promosi lah konon..) Cadangnya nak menjaja lagi hari Ahad tapi keadaan ulser di mulut dan lidah saya ni dah sampai tahap tak tertahan; terpaksa gi klinik dan berehat. Pengajarannya: Mak mertua saya pesan,"Berniaga macam ni biar tak cukup, jangan terlebih". Isteri saya pon tambah lagi hentam saya terlalu ghairah sangat nak capai target konon.. aduh.. tak kesah lah jom pi klinik amik ubat.
Apa dah jadi dengan baki roti tu? Ada yang disedekah oleh mertua saya ke majlis harijadi anak jiran dan ada yang dah sampai ke Los Angeles dibawa dek adik ipar saya (pramugari MAS) buat bekal dan bagi kekawan rasa...

Subscribe to:
Posts (Atom)