Tuesday, November 29, 2005

Egg Tart 100, Karipap 100

Kak Mon tuan rumah telefon isteri saya; dia menjemput kami sekeluarga ke majlis kenduri di rumahnya Jumaat nanti. Dia akan menunaikan haji tahun ni.

Bukan setakat jemput datang, dia order sekali seratus biji Egg Tart dan seratus biji Karipap untuk majlis kenduri tu. Saya kata kami tak pandai buat karipap tapi boleh ler cari orang buatkan, Kak Mon setuju. Kebetulan ada seorang kawan yang berniaga popiah di pasar malam Sabtu. Dia memang ada juga buat karipap. Rumah dekat je di Jalan Makmur. (Bandar Tun Razak tu juga lah). Maka setuju saja lah dengan mak dia buatkan karipap inti kari ayam. Janji sedap dan customer order satisfied..

Jumaat nanti saya amik cuti setengah hari. Kena bantu juga isteri buat Egg Tart sebab pagi tu dia akan letih buat roti dan Egg Tart untuk jajaan di stesen LRT macam biasa. Pergi kenduri lepas maghrib.

Thursday, November 24, 2005

Persediaan 2006

Kemaskini rancangan bagi menghadapi tahun 2006 sedang saya fikirkan. Rancangan perniagaan, lokasi dan strategi perlu difikirkan semula kerana banyak perubahan dilihat akan berlaku menjelang 2006 nanti.

2006 tidak menjanjikan kestabilan ekonomi dan sumber pendapatan yang terjamin bagi saya. Justeru itu backup plan amatlah perlu. Bimbang peristiwa kegawatan 97-98 berulang lagi maka meminimumkan hutang dan memaksimumkan simpanan adalah langkah awal yang perlu saya ambil selain menambahkan pendapatan dari sumber jualan roti.

Harapnya orang tak jemu makan roti ye, boleh lah saya jual roti banyak-banyak.. hehe.
Apa? Nak jual roti pada sambutan malam tahun baru....?

Tuesday, November 22, 2005

Bahan kimia dalam makanan dan halal haram

Semakin saya study pasal memproses makanan semakin banyak saya bertemu dengan nama-nama bahan kimia yang digunakan. Semua tu kita makan setiap hari. Ada antaranya adalah dari sumber-sumber yang boleh diragui ke-halal-annya. Roti, mee, kuew teow, yong tau foo, sos cili & tomato, pewarna-pewarna makanan, makanan-makanan segera, makanan ringan dan semua jenis makanan diproses tak dapat lari dari menggunakan bahan-bahan kimia ini. Merbahaya kepada kesihatan satu hal, halal haram pun satu hal juga.

Atas sebab-sebab tersebutlah saya TIDAK MENGGUNAKAN bread softener dan bread improver didalam pembuatan roti. Saya dapati ianya diperbuat daripada campuran formula beberapa bahan kimia yang pada saya AMAT BERBAHAYA... Tu belum lagi buat roti dicampur bahan pengawet yang buat roti boleh tahan sampai 2 minggu tu..

Kalau nak guna juga bread improver atau softener saya sarankan carilah yang telah disahkan halal oleh pihak berwajib. Kalau takde tak perlu gunakannya. Roti anda TETAP AKAN MENJADI ROTI yang enak dimakan. JANGAN PERCAYA kepada jaminan HALAL dari mulut manis penjual bahan..

"Ini halal ke?"
"Misti halal punya maaa... Kita talak juai yang talak halal punya, baik punya Italy mali lor.."

Friday, November 18, 2005

Cerita pasal kerja lah pulak...

Saya ni kerjanya jawab talipon saja 'Pencacai angkat talipon'. Masuk kerja jam 7 pagi pulangnya jam 4 petang. Kerjanya wooooo sangat senang. Bunyi saja talipon saya jawab, bunyi saja talipon saya jawab. Apa? Operator? Bukan, ini bukan kerjanya operator... Ini lain. Lagi seronok dari operator. Menjawab talipon dari Korea, dengar suara aweks-aweks Korea yang halus merdu macam dalam drama Korea tu..(yang belum alihsuara punya lah.. yang alih suara mandarin tu suara ntah apa-apa macam anak jun lah.) Tetapi!! Ini Korea juga ada yang garanggg... macam singa betina. Tapi ini singa sarkas punya sudah jinak, brapa tahun diorang training..

Pasal ini kerja sangat senang, saya ada banyak masa mau pikir sama saya punya hobi. Apa hobi saya? Nak tau? Jangan kasitau sama saya punya tokey aaa... iya hobi saya ialah bikin roti. Hari-hari saya pikir sama roti. Pendek kata selagi belum tutup mata, roti roti roti.. Dei apa daa cerita roti jugak la.....

-sorry aaa ini cerita bosan-bosan laaa... jangan marah aaa... nanti kena jualll..

Thursday, November 17, 2005

Door to door service

Petang semalam lepas berniaga di stesen LRT saya sambung lagi jual di Flat Sri Kota pada sebelah malamnya. Dah lama tak jumpa customer di rumah masing-masing. Lepas maghrib saya bawa dua tray naik ke tingkat 17 blok 98. Bunyi hon memanggil-manggil mereka yang sedang kelaparan menanti menu yang selain dari nasi. Pucuk dicita ulam mendatang; Sausage Bun yang enak lalu didepan rumah. Tak perlu ke kedai lagi. Nak pergi kedai jauh. Malas nak turun dari flat berjalan kaki ke kedai. Harganya pun lebih murah dari di kedai. Sampai tingkat 12 dah habis, lebih kurang setengah jam saja. Itulah servis yang paling saya suka. Door to door service.

Wednesday, November 16, 2005

Mula jual roti

Petang semalan, setelah lebih sebulan cuti berniaga saya kembali menjual roti di stesen LRT Bandar Tun Razak. Jualan agak perlahan seperti yang saya jangkakan. Memang sengaja bawa roti tak banyak 59 bun saja. Cuma laku 50 bun. Bolehlah sebagai pembukaan. Minggu ini sebagai minggu pembukaan. Alhamdulillah masih ada pelanggan setia yang singgah membeli.

Tuesday, November 15, 2005

Biar Kecil Asalkan Berhasil - Berniaga tanpa modal?

Ramai yang berkata begini "saya minat berniaga" "saya nak jadi usahawan" tapi masih tak ada idea apa yang nak diusahakan. Kemudian dia bertanya begini "macammana nak start berniaga ha?" "kau rasa berniaga apa bagus? Kalau boleh yang tak payah pakai modal lah" Ini macam punya soalan sepatutnya ditanyakan kepada diri sendiri saja dan jawab ler sendiri. Sebabnya kalau orang lain tolong jawabkan nanti dia akan betah pula begini "boleh ke berniaga tu?" "ehh.. aku tak minat lah masak-masak ni..." "aku rasa aku tak sesuai lah buat tu" "Boleh ke?"
Abis yang kau tanya aku tu apsal..??

Hari ini saya tak mau cakap banyak pasal keserasian dalam perniagaan tapi saya nak petik topik MODAL dari buku Chef Li-Biar Kecil Asalkan Berhasil.

Tidak ada perniagaan yang dapat dimulakan tanpa modal. Setiap perniagaan mesti memerlukan modal. Ada modal kecil dan ada modal besar. Apabila sebut sahaja modal semua kita hanya nampak WANG. Modal perniagaan terbahagi kepada dua, iaitu Modal Ketara dan Modal Tidak Ketara.(contoh modal ketara: Wang, dapur, oven, periuk, kuali, mesin jahit, cangkul, gergaji, tukul dll. Contoh modal tak ketara: kesihatan, personaliti, kemahiran, hubungan kawan, kesabaran dll.)
Masalahnya, bagi seorang yang tidak mempunyai 'Mata Usahawan', modal ketara yang ia miliki pun gagal dilihat. Walhal, sudah bertahun-tahun modal tersebut tersimpan di dalam rumahnya.

'Pilihlah perniagaan yang tidak memerlukan modal permulaan yang tinggi.'
'Elakkan berhutang untuk memulakan perniagaan'


-Dapatkan buku 'Biar Kecil Asalkan Berhasil' di kedai-kedai buku utama sekarang juga!!

Monday, November 14, 2005

Belum berniaga lagi ni...

Ni dah lebih seminggu selepas raya tapi saya masih lagi belum mula buka gerai. Semalam baru selesai re-arrange ruang perusahaan di rumah. Susun atur peralatan semuanya sudah dibereskan. Hari ni sepatutnya mula berniaga tapi terpaksa tangguh lagi sebab nak masukkan anak ke kelas mengaji Iqrak Ar-Rahman dekat rumah tu, malam semalam pergi tanya terus petang Isnin ni dia mula kelas. Tambahan pula isteri saya nak tolong adiknya memasak untuk open house di rumahnya.

Pagi semalam saya dan isteri buat Butter Cake ikut resepi dari buku resepi Alex Goh. Sudah ler senang, sedap pulak tu. Hehehe.. masuk bakul angkat sendiri.. Kami buat Butter Cake yang asas saja. Tak sangka boleh dapat hasil yang lembut gebu seolah-olah macam Sponge Cake. Ini baru peringkat permulaan untuk menambahkan ilmu kek. Nak menghias kek lagi ler tak pandai.... Ini yang saya sedang rancang ni untuk masuk kelas kek; cari tempat dan tarikh yang sesuai untuk dapatkan pengetahuan kek secara berguru gitu. hehehe.

Thursday, November 10, 2005

Biar Kecil Asalkan Berhasil

Saya bermula perusahaan roti dirumah setelah semangat saya terbakar dari pembacaan buku 'Menjejaki Jutawan Senyap' dan 'Petunjuk Jalan Kekayaan' tulisan Chef Li. Selepas tu saya menghadiri Seminar Jutawan Senyap sebab nak lihat sendiri dan nak jumpa face to face dengan Chef Li yang saya tak kenal tu. Ternyata orangya mudah didekati.

Buku terbarunya dipasaran sekarang, 'Biar Kecil Asalkan Berhasil' adalah kesinambungan dari dua buah buku sebelumnya. Cara fikir yang di paparkan dalam buku ini memang menarik minat saya. Teguran-teguran Chef Li terhadap sikap juga banyak yang terkena batang hidung saya sendiri. Saya dah banyak berubah sejak membaca buku pertama dan kedua. Nah sekarang buku ketiganya juga bakal menyumbangkan sedikit perubahan kepada cara fikir dan meletakkan hala tuju perusahaan saya di landasan yang betul setelah hampir terpesong sikit dari landasannya.

Chef Li kata dia bukanlah seorang Kaunselor tetapi adalah seorang penulis, pejuang dan pembicara bagi satu prinsip keusahawanan. Tak mungkin dia mahu jadi mentor untuk membimbing orang bagaimana nak jadi usahawan dari A sampai Z. Banyak kerenahnya orang kita yang susah nak ubah sikap. Kalau sikap tak diubah, bagi mentor hebat sehebat D.Trump pun hasilnya takkan berkesan. Ya saya sedar itu sejak pertama kali berjumpa Chef Li, oleh itu saya telah menjadi kaunselor untuk diri saya sendiri. Prinsip keusahawanan yang diajarkan oleh Chef Li menjadi asas dan panduan.

Sekali lagi Chef Li dalam buku ini menegaskan bahawa perniagaan kita harus bebas daripada sebarang unsur pergantungan yang tidak adil dengan pihak yang lain. Sebagai pengusaha kita juga mesti menjadi penguasa kepada perniagaan kita. Kita mesti menguasai perniagaan kita sebelum, semasa dan selepas aktiviti berniaga. (Agaknya kegagalan menguasai sebelum, semasa dan selepas aktiviti berniaga inilah punca Shiela Rusly gagal dalam bisnes restoran dia ye... agaknyalah...)

"Biar Kecil Asalkan Berhasil" akan menjadi siri bahan tulisan di blog saya buat masa ini. Saya menulis mengikut kesesuaian diri saya sendiri. Sekiranya ada teguran saya alu-alukan di ruangan comment.

Wednesday, November 09, 2005

Kembali sediakala...

Puasa sudah Raya pun sudah. Minggu ni keadaan akan kembali seperti sediakala walaupun bahang raya masih terasa.
Saya masih belum mula buka gerai sebab bilik roti masih bersepai. Pasal nak kemas rumah untuk beraya, habis semua barang dilonggok ke dalam bilik roti. Hari ni saya nak beli rack untuk susun bahan-bahan roti supaya bilik tu dapat dikosongkan dan dijadikan bilik tidur anak-anak. Rumah tu cuma ada dua bilik saja. Ruang makan akan sepenuhnya dijadikan ruang perusahaan roti. Segala material, utensils dan sebagainya akan ditempatkan di rack yang akan disediakan. Ruang yang terhad akan digunakan secara efisyen.

Rancangannya hari Khamis atau jumaat kami akan mula menjaja. Hari Sabtu ni saya akan cuba menjaja dilokasi baru, waktu pagi di stesen LRT Masjid Jamek KL. Harap takde sebarang masalah.