Hari ni hari gaji. Gaji saya pun dah masuk. Gaji pekerja pun perlu disediakan hari ini juga. Saya tak mau tangguhkan gaji pekerja. Macammana saya dapat gaji macam itu saya bagi gaji. So cool diorang dapat tokey macam saya.. haha.
Saya terpaksa ambil sikit gaji saya untuk tampung bayar gaji pekerja. Yang kata ada kerja ada gaji tu saja je gertak... Takkan ler sampai hati nak potong gaji pekerja. Pulangan bulan pertama ini belum menunjukkan tanda sebenar, sebab saya bermula pada 14hb Februari. Perlu tingkatkan lagi usaha untuk capai target bulan Mac.
Tuesday, February 28, 2006
Monday, February 27, 2006
Baker diserang migrain
Pagi jumaat tu saya terima sms: [Abg sy tak sihat ni.sy nak pi klinik.]
Saya jawab ringkas: [ok]
Dalam fikiran saya, habislah hari ni langsung takde roti kat kedai. Hari ni kena amik cuti secara kecemasan la camni. Cuti lulus on de spot, Alhamdulillah. Ni yang saya sayang kat manager ni... muahahaha.
Jam 12tengahari saya sampai di kedai. Tengok baker ni buat kerja macam biasa. Budak cashier baru sampai membantu di dapur. (Cashier ni saya dah tambah gaji untuk buat tugas Assistant Baker)
"Laaa... tak pergi klinik ke?"
"Tak. Makan panadol je"
"Apsal tak gi klinik? Dah, lepas ni pergi klinik"
"Takpela bang dah ok dah"
"Betul ni dah ok? Karang pengsan depan oven ni karang. Kalau tak sihat jangan paksa diri"
"Iye.. betul dah okay."
Komited sungguh baker sorang ni. Untung saya dapat pekerja yang bertanggungjawab macam ni. Dia dah sedia ada sense of belonging terhadap kedai tu.
Hari Ahad saya sekali lagi buat perubahan terhadap susunatur dalam kedai. Ruang jualan seluas 20'x12' tu saya kurangkan kepada 10'x12' saja. Selebihnya saya susun atur untuk ruang kerja dan dapatkan sikit ruang yang sesuai untuk buat bilik solat. Tak perlu berkejar-kejar lagi kemana-mana untuk solat.

Friday, February 24, 2006
Ada kerja ada gaji
Sejak saya mengendalikan kedai ini, dua orang pekerja terpaksa bekerja untuk paling kurang 10kg adunan roti sehari; dan saya berusaha untuk menghabiskan semua roti untuk dijual (pada mereka ini perkara yang tak berlaku sebelum ini). Masing-masing ada peranan sendiri. Saya bukan sekadar boss tapi saya juga pekerja seperti mereka. Saya juga perlu memotivasikan pekerja-pekerja ini. Mereka perlu tahu yang saya tahu tentang roti dan saya sentiasa memantau segala apa yang berlaku di kedai ini. Kami perlu bekerja sebagai satu pasukan. Pendapat mereka perlu saya ambilkira dan saya juga perlu beri pendapat yang bernas.
Kami terpaksa berusaha menghidupkan semula kedai ini. Ada kerja maka adalah gaji untuk pekerja-pekerja tu. Kalau tak ada kerja maka lambat-laun pekerja ni akan terpaksa keluar cari kerja lain. Kami perlu sentiasa berkomunikasi supaya pekerja tahu situasi kedai ini bagaimana. Untung rugi kedai juga saya beritahu supaya mereka faham kenapa mereka perlu bekerja keras.
Niat saya kalau keuntungan 6 bulan pertama ini dapat mencapai target nanti maka akan saya sediakan bonus untuk mereka. Harap kami diberi kekuatan oleh Allah untuk terus berusaha.

Thursday, February 23, 2006
Jenis produk
Saya dapati di kedai ini ada hampir 30 jenis produk dihasilkan. Antaranya adalah produk-produk bukan pilihan; senang cakap, yang tak laku. Strategi seterusnya ialah mengurangkan bilangan jenis produk kepada hanya 16 jenis sahaja. Kerja Baker pun senang.
Gambar? nanti le dulu. hehe
Gambar? nanti le dulu. hehe
Tuesday, February 21, 2006
Menu Roti
Menu roti yang disediakan agak membosankan juga. Saya kena cari satu jenis 'killer product' yang sesuai dijual secara 'meletop-letop' di area Sri Sabah. Proses penambahbaikan masih sedang dilaksanakan. Strategi meningkatkan jualan juga perlu difikirkan lagi.
Nak tambah menu baru dengan Chicken Floss. Mana nak cari Chicken Floss yang boleh diyakini halal? Nampaknya SIN KOON FOOD PRODUCTS (Johor) SDN. BHD. dan AYAM KENS KINGDOM FOODSTUFF ENTERPRISE (KL) ada mengeluarkan chicken floss yang disijil halal oleh Jakim.

Friday, February 17, 2006
Kedai jual roti sahaja
Dah tiga hari menjalankan kedai ni. Tiga hari jugalah baker bertungkus lumus menyediakan roti paling kurang 10kg. Hinggakan terpaksa bekerja lebih masa. Saya perlukan bekalan yang cukup untuk jualan di kedai dan juga jualan di Flat Sri Kota. Sekarang ni baker hanya buat roti saja dan tak sempat buat sebarang kek. Saya pun memang suruh baker tumpukan kepada buat roti dulu sehingga dapat assistant baker yang baru nanti. Bila dah ada assistant nanti baru dia boleh buat kek serba sikit. Itupun kami tak buat kek untuk tempahan. Begitu juga roti; kami tak ambil tempahan.
Sebelum saya mengambilalih kedai ini dulu, saya diberitahu hasil jualan harian agak bagus. Saya sendiri juga melihatnya. Rupa-rupanya saya dapati jualan meningkat disebabkan oleh kek tempahan. Kek tempahan ini pula dibuat oleh cawangan Sri Penara dan juga Taman Melawati. Jualan tinggi tak bermakna profit tinggi. You know what i mean... Bila saya ambilalih kedai dan bekalan kek habis, baru saya tahu kenapa jualan mereka bagus. Kalau kedai ini hanya bergantung kepada hasil jualan roti sahaja maka jualan tak akan mencapai target malah lebih rendah lagi.
Saya juga dapat kesan yang dulu, baker buat roti sama juga 10kg tapi banyak roti masuk tong sampah sebab roti banyak dan walk-in customer kadangkala kurang. Ini satu pembaziran dan kerugian!! Kedai ini sebenarnya sebelum ini mengalami kerugian yang tak disedari oleh tokey kedai. Jadi strategi saya sekarang ialah memberi tumpuan kepada roti sahaja. Buat roti 10kg maka jual pun mesti 10kg. Gerai di Sri Kota yang hanya buka dua meja lipat itu sebagai penyelamat.
Dah tiga hari ini jugalah tak ada lagi roti yang masuk tong sampah. Alhamdulillah.

Thursday, February 16, 2006
14 Feb 2006 / 15 Muharam 1427
Hari ini dalam sejarah; hari pertama saya menjalankan perniagaan di kedai. Lokasi di Flat Sri Sabah, berhampiran Stadium Badminton Cheras. Kaedah perkongsian menyerupai franchise dipersetujui dengan pemilik asalnya.
Sebuah kedai roti & kek orang Melayu. Maaf cakap, terlalu banyak ruang untuk improvement. Buat masa ini oleh kerana sedang berusaha mengumpul dana, saya terpaksa teruskannya seperti sedia ada (as typical as it is) cuma improvement yang tak melibatkan kos tinggi perlu dimulakan.
Improvement bermula dari aspek kebersihan. Improvement yang tak memerlukan modal besar ini kalau tak buat juga maka kedai tu akan tenggelam dalam suasana sekitarnya.
Product improvement juga perlu dilakukan serta-merta. Begitu juga dengan Price Revision. Ada terdapat produk yang dijual tanpa mengambil kira kos. Produk baru dan kreatif serta menarik juga perlu ditambah dalam senarai produk.
Sistem kerja juga tak perlukan kos yang tinggi untuk dilakukan improvement. Rekod keluar masuk produk dan bahan mentah mesti dibuat. Rekod kehadiran perlu dicatat dalam kad.
Begitu juga dengan komunikasi dua hala dengan pekerja. Sebagaimana saya ingin dihargai di tempat kerja, maka saya juga mesti menghargai pekerja-pekerja saya kerana nadi sebuah kedai bakeri ialah BAKER.

Monday, February 13, 2006
Baker's one more step
Rabu dan Jumaat lalu saya ambil cuti. Hari ni datang kerja tapi esok dan lusa saya akan bercuti lagi. Banyak perkara nak diurus.
Rabu lalu selepas urusan buka akaun syarikat di BCB, saya ke pejabat RapidKL untuk bertanyakan tentang ruangniaga untuk disewa di stesen LRT. Jumaat pula ke KWSP untuk buka akaun KWSP untuk syarikat. Kemudian buka akaun di OCBC, loan dah lulus. Lepas tu saya naik motor ke Hulu Kelang. Solat Jumaat di Masjid Assobirin Taman Permata sebelum ke Bakeri Ria Taman Melawati untuk membincangkan hal franchise. (pasal franchise jangan tanya ye. confidential.. hehe )
Sabtu buat tinjauan sekali lagi ke stesen-stesen LRT. Stesen Pasar Seni, Kerinchi, Universiti dan Kelana Jaya. Proposal diperlukan untuk tujuan sewa ruangniaga. Ntah bila lah proposal tu nak siap hehe.. Belanja besar gak kalau nak sewa dalam stesen LRT tu. Tunggu kumpul modal; kita bikin satu-satu dulu ye. Yang ada ni pun belum setel lagi.

Monday, February 06, 2006
Belajar Butter Cream Cake Decoration
Kelas ni diadakan di Bakeri Ria Taman Melawati, Hulu Kelang. Yuran hanya RM150 sahaja. Sesiapa yang berminat nak belajar sila hubungi 03-41076057
Inilah hasil kerja mereka yang baru pertama kali buat kek dengan hiasan butter cream. Seorang bawa balik 2 biji kek hasil kerja tangan sendiri. Tunggu apa lagi. Jom belajar.

Subscribe to:
Posts (Atom)