Latihan Industri
Saya mengalu-alukan pelatih untuk datang menjalani latihan industri di premis saya. Cuma saya punyai beberapa syarat:
1- Jangan beri syarat kepada saya, saya yang beri syarat kepada anda.
**** Ada pelatih beri syarat kepada majikan; nak kerja pagi je, malam tak boleh kerja, kena balik rumah awal, hari Sabtu Ahad nak cuti. Wahai adik-adikku... Kalau nak kerja 'office hour' pergilah kerja pejabat, sini namanya 'kerja dapur'....
2- Elaun dan tempat tinggal tidak disediakan.
**** Saya cuma kata tak disediakan, tak semestinya saya tak bagi....
3- Waktu latihan: 9 jam sehari (antara 8am hingga 10pm)
**** Ada shif pagi dan shif petang.
4- Hari latihan: 5 hari seminggu termasuk Sabtu dan Ahad.
**** Kira baik dah tu 5 hari je latihan. Siapa rasa nak belajar lebih, boleh datang 7 hari seminggu.
5- Cuti Umum - rehat
**** Biar pekerja kami saja yang kerja, kalau rasa nak belajar bolehlah datang.
6- Tempat latihan: Cawangan Bandar Tun Razak dan Cawangan Tasik Selatan.
**** Dua-dua tempat pun boleh.
7- Yuran latihan: PERCUMA
**** Harap anda menghargai apa yang anda dapat dengan percuma. Jadilah manusia yang bersyukur. InsyaAllah anda akan berjaya.
Sila hubungi pengurusan The Baker's Place di talian 016-2224262 untuk permohonan. SMS tidak dilayan.

















