Wednesday, March 29, 2006

Kelas Roti The Baker's Place

Ada kawan-kawan yang minta saya buat kelas mengajar roti. Maka dengan ini saya akan memulakan kelas roti buat pertama kali nya. Kelas roti saja tau., kelas kek takde lagi. Kita fokus dengan roti dulu. Tu pun bukan saya yang ajar. Baker saya yang ajar. Saya datang untuk jaga kedai je. Mula saya nak set hari Ahad tapi pekerja saya tu kata dia ada hal pulak hari Ahad tu. Jadi takde pilihan lain kena buat hari Sabtu petang saja. Kalau tidak, kena tunggu Ahad minggu depan.

Kelas ini akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 1hb April 2006 (Sabtu)
Masa: 2.00pm ~ 6.00pm (anggaran masa sampai roti siap la ye)
Tempat: Kedai roti & kek Sri Sabah
No. 60-00-05
Rumah Pangsa Sri Sabah
Jalan Ikan Ayu, Cheras
56100 Kuala Lumpur
(berhampiran Courts Mammoth Cheras dan Stadium Badminton Cheras)
Peta Sri Sabah:
Kapasiti peserta: 3 orang sahaja
Yuran: (sistem yuran diskaun mengikut bilangan peserta)
RM100 seorang x seorang peserta
RM80 seorang x dua orang peserta
RM70 seorang x tiga orang peserta

Empat orang tak boleh lah, dapur sempit. Lagipun ramai-ramai nanti belajar tak fokus.
Pembelajaran ni diadakan dalam ruang sebenar dimana baker buat kerja. Takde kelas berkerusi dan takde aircond. Dan juga takde sijil ye.

Apa yang akan dipelajari?
1. Mengenal peralatan
2. Mengenal bahan untuk buat roti
3. Resepi roti
4. Kaedah menguli dengan mesin
5. Kaedah menguli dengan tangan
6. Kaedah mengendalikan oven
7. Hands on bikin roti: Cheese Stick, Cheese Bun, Garlic Bun, Red Bean Bun, Mexican Bun, Tuna Bun, Sardine Bun, Coconut Butter Bun, Kaya Bun, Chocolate Bun, Mini Pizza, Sausage Rolls, Sausage Roll Goreng, Donut Coklat, Donut Pintal.
8. Resepi fillings: Garlic Spread, Coconut Butter Fillings, Tuna Fillings.

Apa yang perlu dibawa?
1. Bawa diri sendiri saja (anak-anak bagi suami jaga)
2. Bawa alat tulis dan buku nota
3. Kalau rasa nak bawa pakaian sepersalinan yang sesuai dengan kerja dapur pun boleh.
4. Nak bawa telekung pun boleh. Ruang untuk solat ada dalam kedai.

*Dalam senarai peserta yang berminat: (berminat tapi belum tentu lagi confirm dapat datang. Sila confirmkan dulu ye)
1. Azue - confirmed
2. Jojoe - confirmed
3.

*siapa yang nak confirm sila confirm kat dalam comments tetamu atau terus call saya sebelum Jumaat tengahari ini. Masih ada 1 kekosongan.

Tuesday, March 28, 2006

yahoo!! gaji dah masuk

huyaa!! dah masa untuk masukkan gaji...
Ini kali kedua saya keluarkan gaji semenjak pengambil alihan kedai.
Performance para pekerja sangat bagus. Saya rasa tak perlulah saya teruskan lagi probation period. Ambil je terus mereka ke jawatan tetap. Harap pekerja-pekerja akan setia susah-senang bersama saya membina empayar ini.

Bakers... You are all hired!!

Monday, March 27, 2006

Kebersihan

Tahap kebersihan di kedai semakin baik berbanding dulu.

Dulu tray pembakar tak pernah dicuci; berkerak, berminyak, comot.
Sekarang dibersih setiap hari selepas diguna, berkilat macam baru.
Dulu habuk dimana-mana dalam kedai.
Sekarang habuk dilap setiap hari.
Dulu mop lantai pun dengan air yang dah kotor dan busuk.
Sekarang kalau nak mop lantai kena bancuh cecair pencuci.
Dulu tokey jarang datang kedai.
Sekarang tokey hari-hari datang kedai.
Tambah pulak tokey jenis cerewet.
Tambah lagi bini tokey pun ada sekali.

Isteri saya kata,"Kita berniaga nak bagi orang makan kenalah bersih; bukannya nak bagi Gengis Khan makan"
hahaha... awak kenal ke Gengis Khan?

Thursday, March 23, 2006

Demand vs Supply

Suatu petang semasa saya menjaja di tepi jalan depan stesen LRT, datang seorang perempuan.

perempuan,"Saya ada cafe kat Putrajaya. Awak nak tak letak roti kat cafe saya?"
saya,"Saya tak buat untuk supply. Lagipun Putrajaya jauh tu. Saya tak dapat nak hantar sebab saya masih bekerja, bukan full time buat roti ni" saya cuba berterus terang.
perempuan,"Rumah kat mana?"
saya,"kat Jalan Ikhlas ni je"
perempuan,"oooo dekat je... takpe saya boleh ambil kat rumah awak je la. On the way ke Putrajaya tu saya singgah la ambil roti kat rumah awak" nampaknya dia ni sungguh-sungguh.

Maka perbincangan ditepi jalan tu berlangsunglah diselang seli dengan pelanggan yang datang membeli roti.

perempuan,"Okey kita bincang harga pulak. Yang ni macammana?" sambil menunjukkan roti di dalam tray.
saya,"yang ni, yang ni di kedai saya jual RM1.20 tapi kat sini saya jual RM1.00 saja. Kalau saya supply pun harga tetap RM1.00" perempuan tu dah buat muka terkejut.
perempuan,"tak dapat murah lagi ke?"
saya,"itu harga promosi dah tu, kat kedai saya jual RM1.20. Kat Putrajaya awak rasa-rasa boleh jual berapa harga?"
perempuan,"RM1.50 boleh lagi ni..."
saya,"so awak dah boleh untung 50sen, okey dah tu. Saya pun untung sikit je. Kalau awak rasa boleh jual RM1.60 ke terpulanglah tapi kita kira cash la. Kalau ambil consignment saya tetapkan harga RM1.20" dia nampak macam blurr.
parempuan,"laaa... apa lak nak cash. Saya jamin kat sana boleh jual punya."
saya,"okey lah tu kalau awak jamin boleh jual ambil je lah cash. Kalau ambil consignment, tak habis jual baki roti tu dipulang kat saya takpelah saya tanggung ruginya tapi harga kena ikut harga sayalah. Kalau ikut harga awak pastu roti tak laku, takkan nak pulangkan balik roti kat saya."

saya,"susah tu nak supply.... Putrajaya jauh. apa kata awak buat je roti sendiri. sesuai tu tempat gitu. Mesin mixer pun awak dah ada kan"
perempuan,"saya tak tau buat roti"
saya,"kalau tak tau boleh belajar. awak boleh belajar kat kedai saya. pekerja saya boleh ajarkan. awak bayar je RM100 kat dia. Semua jenis roti yang ada kat kedai tu dia boleh ajarkan" saya cuba nak membantu lah konon.

Bincang-punya bincang akhirnya...
perempuan,"takpelah kalau awak tak mau, saya cuma nak tolong awak je"
saya,"okeylah terima kasih"
Loh.. siapa yang nak tolong siapa ni sebenarnya? Bila masa saya mintak tolong ni?

Sebenarnya saya tak pernah pergi kepada sesiapa untuk minta supply roti kepada diorang; tapi diorang yang datang tanya kalau saya boleh supply. Itu sebenarnya satu petanda baik; tapi petanda yang kurang baik ialah diorang ni banyak yang jenis tak mahu tanggung risiko. Tambah lagi jenis nak murah. Ada pernah juga Pizza Bun orang nak saya supply dengan harga 60sen. Ini harga nak bunuh perniagaan saya la ni. Langsung saya tak ada untung la kalau gitu. Pastu kalau tak habis pulang balik kat saya.

Kalau nak kata saya sombong tak mau supply pun takpe lah. Saya ni masih bekerja makan gaji, tak layak buat kerja-kerja supply ni. Masalah delivery pula nanti. Asalkan saya mampu kendalikan kedai sendiri pun dah memadai buat masa ni; tapi direct selling to customer door-to-door, menjaja tepi jalan, tetap menjadi kegemaran saya sebab dengan cara begitulah saya bermula.

Tuesday, March 21, 2006

Cash Sale vs Consignment

Menjawab pertanyaan labu, labu: en baktiar..kalu kita nak supply makanan kita kat cafe ke kantin ke...macam mana caranya kita nak bertanya dengan tuan cafe/kantin tu yer?
mmmm... nampak gaya macam orang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes makanan ni. (eja nama saya pun salah tu. Suka hati kau lah labuuuu... hehe)

Kalau labu setakat nak tanya senang je. Contoh begini "Bang saya dari kedai roti ABC, saya berminat nak jual roti kat kantin ni. Boleh kita berbincang?" Hah kalau dia kata boleh. Kau bincang la. Kalau dia kata boleh blah, jangan melawan. Ucap je terima kasih.
*********************************************************************************

Masalahnya dalam perbincangan tu nanti tokey kantin akan fokus kepada berapa sen dia akan dapat, betul? dan tokey roti akan fokus kepada berapa banyak dia akan dapat supply, betul? Tokey roti percaya lagi banyak dia supply lagi banyak lah dia akan untung. konon..

Biasanya dalam senario begini kita gunakan kaedah consignment, dimana kuantiti dan harga jualan ditetapkan oleh supplier dan komisyen diberi kepada kantin berdasarkan kuantiti jualan ataupun peratus dari hasil jualan. Contohnya: roti dijual dengan harga 1 ringgit. 10 sen komisyen untuk kantin dan 90 sen dipulangkan kepada supplier.
Bermakna komisyen 10%.

Kita kena paham ye cara consignment ini ada syaratnya. SUPPLIER TETAPKAN HARGA JUALAN. kerana kalau roti tak habis dijual maka supplier akan tanggung kerugiannya dan akan ambil balik baki roti yang tak habis tu. Kantin tak boleh jual dengan harga sesuka hati. Kalau kantin letak harga dan roti tu tak laku sebab harga tak menarik, takkan supplier nak tanggung rugi?. Kena paham ye. Jangan jadi supplier yang terperangkap dengan pengusaha kantin yang cuba nak untung sebelah pihak. Selalunya diorang ni suka tekan harga. Normal la tu.

Kalau kantin ni nak jugak jual dengan harga dia, maka supplier kenalah TEGAS diulang TEGAS memberi pilihan kepada kantin untuk memilih Cash Sale atau Consignment; dan perbincangan Cash Sale boleh diteruskan. Disini supplier boleh (atau mesti) tetapkan MOQ (minimum order quantity).

Cash sale tu maknanya bayar cash la ye takde hutang-hutang. Letak barang terus collect duit. Jangan biarkan kantin berhutang dengan kita. Kita beli tepung, gula, yeast semua bayar cash, jadi kita tak layak bagi hutang kat orang lain.

Satu lagi pesan saya; kalau nak jadi supplier, jangan jadi pengemis, lemah dan tak berdaya sampaikan diperlakukan macam lembu dicucuk hidung oleh pengusaha kantin. Roti 1 ringgit kau jual kat dia 50 sen, dia jual kat budak sekolah RM1.20 untung 70 sen, kau penat buat roti untung 5 sen. Lama-lama kau balik cari kerja makan gaji. Jual mesin jual oven lelong separuh harga. Supplier mesti kuat, bertenaga, tegas dan kontrol macho!! Kau kata 1 ringgit maka satu ringgit lah roti tu.

Kesimpulannya, saya lebih suka jual sendiri.

Friday, March 17, 2006

Komitmen 100%

Saya rasa kelemahan terbesar saya dalam bisnes bakeri ini ialah saya tak mampu bagi 100% komitmen terhadap kedai. Saya masih lagi bekerja di Petaling Jaya.

-Isnin hingga Jumaat; masuk kerja jam 7 pagi, keluar jam 4 petang
-Sampai rumah jam 4.20 jenguk sekejap ke Sri Kota, tengok gerai yang dijaga adik ipar. Ambil tray yang dah kosong untuk dibawa pulang ke kedai.
-Balik rumah sekejap
-Lepas solat Asar 4.50 petang hantar anak ke kelas Iqra, kemudian terus ke kedai.
-Memantau jualan dan operasi di kedai, check stok, bincang dengan baker tentang rancangan hari ini dan esok.
-6.15 petang balik ambil anak dari kelas Iqra
-Terus balik rumah kalau tak ada bahan untuk dibeli. Dinner 6.30 petang. Kalau ada benda nak beli, turunkan anak depan rumah dan terus ke Makro.
-7.15 ke kedai sekali lagi, solat Maghrib di kedai saja. Bergilir jaga kedai dengan pekerja. Dinner? makan je roti.
-lepas Maghrib, mula membungkus roti-roti yang ada untuk dibawa ke Sri Kota.
-closing kedai jam 9 malam; terus bawa roti-roti yang siap dibungkus tadi ke Sri Kota.
-Jam 10 ke 10.30 malam baru sampai rumah. Update buku kira-kira jualan dan buku perbelanjaan. Kalau belum dinner, makan nasi dulu sebelum solat Isya. Biasanya tidur jam 11.30 ke 12 malam.

Sabtu tak kerja.
-buka kedai jam 8 pagi
-bantu / belajar / mengajar baker di dapur
-keluar beli bahan kalau perlu.
-tengahari balik rumah, rehat....
-7.15 pergi ke kedai semula, bungkus roti, closing, hantar roti ke Sri Kota.
-10.30 malam sampai rumah, update kira-kira, rehat....

Ahad tak kerja, tapi pekerja juga tak kerja.
-buka kedai jam 8 pagi
-kalau roti tak cukup, bancuh dan buat sikit roti.
-biasanya hari Ahad semua kedai kat Sri Sabah ni tutup. Kedai runcit ke apa ke semua tutup. Tinggal kedai roti saya je yang buka. Pagi ada la orang datang beli roti untuk sarapan. Tengahari dah lengang dah. Jadi kedai tutup jam 1 ke 2 petang.
-balik rumah... rehat.
-kalau tak rehat, gi jenguk jualan kat Sri Kota. (takde maknanya rehat..)

Bermakna sehari saya cuma peruntukkan 4 jam sahaja untuk kedai; kecuali Sabtu dan Ahad. Ini juga menyukarkan saya merealisasikan beberapa idea. Contohnya Supply ke kantin, cafe dsb. Market untuk supply dah terbuka luas, jalan dah terang cuma peluang je nak disambut; tapi kemampuan belum ada.

Kesimpulannya, komitmen saya terhadap kedai belum cukup 100%.
Berhenti kerja? oh tidak... keuntungan jualan di kedai sekarang ni tak sampai pun separuh dari gaji saya. Takde lain backup source.

-fikir lagi dan lagi-

Wednesday, March 15, 2006

Cabaran-cabaran

Terima kasih bang zino yang sudi bagi idea cabaran-cabaran ni:

(1)- cabaran nya bagaimana nak matching kan pelanggan dengan roti.. sama ada pelanggan datang ke roti atau roti datang ke pelanggan
*mmm.. kenalpasti selera dan kehendak pelanggan? Untuk roti datang ke pelanggan tu mungkin boleh dibuat semacam cara yang saya buat dulu kat Sri Kota. Mungkin saya juga boleh upah budak untuk naik ke flet Sri Sabah. direct sale?

(2)- cabaran kedua bagaimana menambah pelanggan.. sama ada pelanggan berulang atau pelanggan baru..
*mmm.. edarkan pamplet..?

(3)- cabaran ketiga bagaimana nak menjadikan roti bahtiar menjadi bualan ramai... menjadi idaman muda mudi.. menjadi pilihan pertama pelanggan..
*bualan ramai? Sale hour, paket-paket, jual kat luar kedai? idaman muda mudi? pilihan pertama? MiniBoy ??

(4)- cabaran ke empat.. bagaimana mengkategorikan pelanggan.. yg ni agak rumit tapi bukan mustahil.. bila kita kenal dan tau kehendak pelanggan, baru le boleh kita sediakan apa yg patut..
*kategori pelanggan.... mmmmm. kena banyak bertanya gak ni kan.

(5)- cabaran kelima.. bagaimana menceria dan memeriahkan kedai roti.. ini juga satu daya penarik... tapi memerlukan sedikit modal..
*tu ler.. poket dah jemm.. haha.

(6)- cabaran ke enam.. mengekalkan semangat yg tinggi..tokei kedai.. yg ni rasanya bahtiar lebih tau.. bercakap berbincang dengan org yg berkecimpung dalam business yg sama atau sebarang business..
*masih ada semangat lagi ni bang.. lebih-lebih lagi kalau ada orang bagi semangat. hehe.

Ribut Otak - Otak Ribut

1. Supply roti - kawasan sekitar, grocery shop, restoran, kantin, kindergarden dsb.
2. Jual berpaket
3. Sale hour - 2 jam sebelum tutup kedai
4. Edarkan pamplet
5. Buat rotiboy
6. Penghantaran dari rumah ke rumah
7. Order untuk konvo, hari kantin, dsb
8. Jual kat ruang luar kedai
9. Direct sale
10. Recycle
11. Combo box lunch pack -siap dengan soup, garlic bread
12. 100% komitmen
13. Pelbagaikan jenis roti
14. Buat kek / Kek sebagai menu tambahan
15. Promosi, paparan iklan
16. Penjenamaan semula
17. Deal dengan syarikat catering - kenduri kawin

*otak tengah ribut ni, nak pikir sekejap. Kalau ada idea lagi boleh lah tambah ye.

Friday, March 10, 2006

Jualan merosot

Apa yang perlu dilakukan sekiranya jualan di kedai merosot?
Brainstorming...?
atau berehat seketika..?
nak berehat sekejap sambil brainstorming....

*untuk memendekkan posting saya ringkaskan point di posting seterusnya.

Tuesday, March 07, 2006

Kenapa makan di restoran bukan Islam?

Nak makan kenalah pilih tempat. Jangan main sebat saja. Konon tukang masak Melayu, pekerja Melayu, belum tentu lagi halal kalau tokeynya bukan Islam. Tolonglah janganlah makan di restoran begitu.
**********************************************************************************
Berita dari Harian Metro 6/3/2006
Edisi Nasional: Nasi Ayam perisa arak
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Segelintir peniaga nasi ayam di sekitar ibu kota, dikesan sengaja mencampurkan arak atau samsu dalam resipi masakan tanpa disedari pelanggan Islam menyebabkan ramai penggemar masakan itu termakan hidangan haram. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dipercayai membabitkan hidangan ayam BBQ (panggang) yang diperap bersama wain hitam buatan China sebelum dipanggang. Kaedah berkenaan dipercayai menambahkan kelazatan ayam panggang berkenaan selain membangkitkan aroma pada hidangan.
------
“Malangnya, ramai pelanggan di kalangan orang Islam memilih restoran terbabit untuk menjamu selera tanpa menyedari `rahsia’ resipi haram yang tersembunyi,” katanya.

Menurutnya, tindakan beberapa pemilik premis yang menggaji pembantu restoran di kalangan wanita asing yang memakai tudung turut menyebabkan pelanggan terpedaya kerana beranggapan hidangan restoran itu halal dimakan.
------
Selain itu, sumber ayam mentah yang diperoleh restoran milik pengusaha bukan Islam terbabit turut diragui kerana Jakim percaya ia bukan daripada sumber sembelihan yang halal dimakan.
------
“Malangnya tindakan undang-undang tidak boleh diambil berikutan pemilik restoran itu sememangnya tidak pernah memohon sijil atau logo halal daripada Jakim sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam Jakim, Che Hassan Fahmi Che Mamat, berkata kesedaran di kalangan pengguna Islam terhadap sumber makanan yang dipilih dapat mengelakkan mereka daripada memakan makanan diragui status halal.

Bagaimanapun, katanya masalah timbul apabila pengguna Islam sendiri memandang remeh isu berkenaan dengan tidak mementingkan soal sama ada premis yang dipilih mereka pernah memohon atau memilik sijil halal daripada pihak berkuasa.
-----
“Adalah wajar setiap pengguna Islam lebih berhati-hati dalam memastikan setiap produk makanan sama ada yang sudah siap dibungkus mempunyai logo halal Jakim manakala restoran makanan pula mempamerkan sijil halal sah Jakim,” katanya.

Monday, March 06, 2006

Learn to be a baker

Petang Ahad, saya terima kunjungan dari seorang blogger, apid. Petang tu memang saya nak ke kedai untuk siapkan kerja membersih dan menyusun atur bahagian dapur. Jumpa di kedai sajalah.

Katanya minggu lepas dia dah masuk kelas membuat roti di Bakeri Ria. Baguslah kalau gitu. Dia datang ni nak bertanyakan macam-macam hal pasal nak mulakan perniagaan roti. Banyak tanya jugak orangnya; jelas kesungguhan. Nampak gayanya semangat dia ni dah mula terbakar. Sabar dik non... sabar. Kau dah baca buku Chef Li yek? Patutlah bersemangat.. haha.

Nak buat roti ni kena modal besar. Modal duit beli peralatan, modal masa dan tenaga.

Berbalik kepada tujuan sebenar. "Kau nak buat roti ke atau kau nak berniaga?" Kalau jawapannya "Aku nak buat roti, nak jual roti" maka bersedialah untuk keluarkan modal beli peralatan dan bersedialah menghadapi cabarannya. Kalau jawapannya "Aku tengah terbakar semangat nak berniaga ni; aku rasa aku boleh buat roti" maka nasihat saya (nasihat Chef Li sebenarnya), bermulalah dengan apa yang ada dan biar kecil asalkan berhasil.

Belajar buat roti sudah? sudah...
Kat rumah ada mesin uli? Takde..
Ada oven? Takde..
Kat rumah ada dapur gas? ada..
Ada kuali? ada..
Masa belajar roti tu ada dia ajar buat donut? ada...
Buat donut perlu oven? tak perlu..
Okey. Cuba buat donut dulu. Uli doh gunakan tangan, tak perlu beli mesin uli.
Buat donut coklat, donut gula, donut twist, dan buat donut sausage roll.
Bagi kawan-kawan dan jiran tetangga makan dulu. Lulus, lepas tu baru jual.
Lepas tu baru upgrade.

Boleh?

Thursday, March 02, 2006

Selamat hari tentera darat

Hari-hari cerita roti bosan gak. Hari ni tukar topik sikit.

1hb Mac diwar-warkan sebagai hari tentera darat. Tabik spring kat semua anggota tentera darat kita. Masa kecik-kecik dulu saya bercita-cita nak jadi askar, tapi sebab dari darjah satu lagi dah pakai 'spek mata' maka semangat askar saja dah memadai untuk saya.

Cakap pasal askar, teringat kat abang saya. Dia setahun lebih tua dari saya. Abang saya ni anggota tentera yang berpengkalan di kem komando Kuala Kubu Baru, Selangor. Dia baru setahun pindah ke situ. Sebelum ni bertahun-tahun gak dia di Kem 2 Armor di Port Dickson. Dengar nama kem rasa hebat je tapi hebat lagi tugas abang saya ni. Semua komando kat kem tu kena hormat kat dia. Semua komando kat situ pasti kenal dengan abang saya ni. Sebut nama je kat pintu pagar kem semua orang kenal dia. Kalau dia takde susah la semua komando kat kem tu. Pangkat dia Lans Koperal saja. Dia terkenal sebab dialah yang memasakkan makanan di Cook House, dah tentulah dia jadi orang terkenal kan.. haha.

Mula-mula saya buat roti dulu saya gunakan oven pemberian abang (oven takde jenama yang 150ringgit tu) Oven tu abang beli dulu (1996) sebab dia nak buat bisnes kuih raya kat kem 2 Armor. Masa tu dia belum kawin lagi. Abis penuh berek bujang nya dengan kuih raya. Oven tu sekarang saya simpan di rumah. Bila tengok oven tu saya pasti ingat abang.

Tabik untuk abang.

Kedai roti oh kedai roti...

Saya ni sembang pasal kedai roti macam bagus, tapi cubalah datang tengok sendiri kedai roti tu, baik sikit dari kedai roti Kampung Melayu Kundang saja. hehehe... Masih banyak lagi perubahan positif diperlukan; tapi dalam keadaan sekarang ni 'internal financial crisis' sedang melanda; maka terpaksalah ditangguhkan rancangan melainkan untuk tujuan survival. Jualan di kedai masih rendah dari target. Produk roti yang berinti atau ber'toppings' manis selalunya banyak berbaki. Produk roti mini pizza, sausage buns, sardine bun dan yang seumpamanya menjadi pilihan utama masyarakat setempat. Menjaja ditepi jalan masih lagi menjadi 'penyelamat' kepada jualan harian.