Monday, October 31, 2005

Selamat Hari Raya

Dikesempatann ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada anda semua. Semoga puasa dan segala amalan kita diterima oleh Allah dan semoga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan. Berhati-hati dijalanraya.

SELAMAT HARI RAYA.

Thursday, October 27, 2005

Burasak

Oleh kerana Abang Long tak response, (dah cuti balik beraya kot Bang Long?) maka saya pun merantaulah ke serata daerah mencari resepi Burasak dan terjumpa satu laman yang amat menarik ni. Resepi Burasak saya petik dari http://hawa.johordt.gov.my/burasak.htm

BURASAK

BAHAN-BAHAN
10kg beras wangi
Santan (10 biji kelapa)
Sedikit garam
Daun pisang untuk membungkus.

CARA MEMBUAT
Beras dibasuh sebanyak 3 kali
Masukkan santan dan garam (cara memasaknya sama seperti memasak nasi lemak). Jangan biarkan nasi yang dimasak menjadi lembik.
Selepas masak nasi tadi dibiarkan agak sejuk sedikit dan barulah dibungkus menggunakan daun pisang
Semasa membungkus nasi hendaklah ditekan-tekan supaya ia tidak peroi.
Setelah siap membungkus ia akan dijadikan sebuku (setiap buku mengandungi 10 bungkus/keping). Tujuannya adalah untuk memudahkan ia direbus di dalam periuk.
Kemudian direbus selama 5 jam.
Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

Monday, October 24, 2005

Cookies

Minggu-minggu terakhir puasa ni banyak rumah sedang menghasilkan bau-bauan harum cookies. Tak terkecuali rumah saya ler... Cuti 3 hari dihujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghasilkan biskut raya untuk kegunaan sendiri dan untuk sanak saudara sahaja. Tak jual pun.

Sebenarnya isteri saya tu ler nak sangat buat biskut raya. Saya tolong-tolong je la termasuk ler tolong bagi modal... Biskut yang dah siap, dihantar ke rumah mertua. Adik-adik ipar pun suka dengan biskut buatan Kak Lang nya tu. Pak mertua kata tahun ni tak payah ler beli kuih raya. Ni kuih raya mahal ni kalau jual brapa harga ni? Saya jawab, "ini campion punya, talak juai.." hahaha.


Cookies main-main jer ni.. hehe

Thursday, October 20, 2005

Selera makan

Dah setengah bulan berpuasa, terasa selera makan semakin berkurang. Selera untuk bercerita tentang makanan pun kurang juga. Ini yang takde idea nak tulis ni...

Monday, October 17, 2005

Godaan uwang.....

Rasa macam dah lama sangat berehat tak jual roti. Takde duit masyuk ini bulan...huhu.
Harap duit gaji je la. Bonus jangan harap, ilek pocik... Tengok orang kaut duit banyak kat bazaar Ramadhan rasa tergoda lah pulak. Sabar sabar. Inilah dugaan samada kuat ke tidaknya menahan godaan wang. Isteri saya dah ajak dah ni nak buat egg tart dengan pizza bun, jual je mesti abis punya. Rileks sayang... bawak bertenang. Tahun ni kita penat tak mampu buat. Lagipun kan sekarang ni musim hujan. Benda ni alang-alang buat sikit penat je lebih. Bagi peluang kat orang lain dulu, nanti tahun depan kita upah pekerja kita boleh buka tiga bazar Ramadhan sekali ok... hehehe.

Wednesday, October 12, 2005

Kimchi

Lima tahun duduk kat Korea saya tak pernah pun buat kimchi sendiri.
Ni selepas lapan tahun grad baru ler tergerak hati nak buat kimchi sendiri. Saya tak suka kimchi yang terlalu masam, jadi saya perlukan kimchi yang menepati selera saya.

Nak senang cerita, Kimchi ialah sayur jeruk. Ada bermacam-macam jenis kimchi tapi yang paling biasa ialah Paechu Kimchi iaitu kimchi kobis cina.
Bahan-bahan utama: sebiji kobis cina, secawan serbuk cili, sebiji bawang besar, sejambak bawang putih, sepotong halia sebesar ibu jari, 4tbsp cincalok, 2tbsp sos ikan.
Mula-mula kopak kobis satu persatu, kalau kotor sangat basuhlah dengan air. Kalau nak tambah carrot boleh juga, hiriskan carrot tu. Nak tambah lobak putih pun boleh. Lobak putih tu nak hiris pun boleh dan kalau nak buat Koktugi Kimchi potong dadu sebesar ibu jari pun boleh.
Sediakan air garam. Agak-agak ler air garam tu nak yang masin macam air laut punya.
Pastu rendamkan kobis, carot dan lobak putih tadi kedalam air garam selama 4 ke 6 jam. Kalau anda terlelap sampai 8 jam pun takpe. Dia tetap akan jadi kimchi yang sedap. Sambil menunggu tu anda buat ler cili dia. Dapatkan secawan serbuk cili. Mana nak cari serbuk cili ni? Boleh cari di kedai Korea kat Ampang. hehehe... Jauh tu. Beli le cili kering jenis yang lebar-lebar tu, buang bijinya dan guna pengisar kering; kisar sampai dapat serbuk cili. Pastu blend semua bahan tadi serbuk cili, bawang dan lain-lain. Boleh gunakan sedikit air atau cuka atau soda atau, saya gunakan Sprite. Agak-agak ler supaya senang nak blend. Pastu colek sikit, cuba rasa. Sedap tak? Kalau tak cukup masin sila tambah garam, kalau nak manis sikit tambahler gula. Kalau pekat sangat tambah sprite. Dia memang takde sukatan yang tepat. Ini resepi zaman perang takde masa nak sukat-sukat.. hehehe. Sebagai tambahan, hiriskan sejambak daun bawang dan gaulkan bersama cili ini.
Okay. Siap rendam kobis tu bilas sikit dan tos kan. Lepas tu lumurkan cili yang dah jadi macam cili boh tadi tu satu persatu ke permukaan kelopak kobis tadi. Susun dalam bekas dan tutup. Peringatan!! gunakan sarungtangan plastik bagi mengelakkan kesan pada kulit tangan. Kalau nak lambat masam simpan ler dalam peti sejuk, esok pagi dah boleh makan. Lepas 3 hari lagi sedap. Dia tak basi punya.
Bila nak makan potong-potong ler.

Sesiapa yang ada restoran atau cafe kat area yang ada Korea atau international college ke, Kimchi ni amat sesuai dijual. Kira lah kos sendiri lepastu tentukan harga berapa nak jual. Kalau nak survey harga pergilah ke supermarket Korea kat Jln. Ampang tu. Selamat mencuba.

Monday, October 10, 2005

Cerita makanan dibulan puasa

Maafkan saya kalau saya menulis tentang makanan dibulan puasa yang mulia ini. Nama pun The Baker's Place dah tentulah kat sini orang cerita pasal makanan kan.. hehehe... tapi hari ni takde idea nak ceritalah. Nantilah kalau Kimchi saya dah terbukti menjadi nanti saya akan tampilkan pula resepi Kimchi. Nak tau apa itu Kimchi? Buat ler study dulu, search lah kat Yahoo ke Google ke.... ok.

Thursday, October 06, 2005

Resepi Egg Tart

PERINGATAN!!.. Kalau tak tahan godaan jangan tenung lama-lama, sila ke laman seterusnya...

Ramai sangat yang minta resepi Egg Tart ni. Mulanya saya hanya bagi secara individu saja melalui email, tapi ni dah ramai sangat yang berminat. Tak mengapalah sempena Ramadhan yang mulia ni saya tampilkan resepi rahsia yang dah tak jadi rahsia lagi... Mudah-mudahan ada lah yang sudi menyumbangkan resepi rahsia kepada saya pula... hehehe.

pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp Esen Vanila
Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)
Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.

cara:
Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven.
Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

Wednesday, October 05, 2005

Catatan 1 Ramadhan

Alhamdulillah. Kita berada dibulan Ramadhan. Email dan sms ucapan bagai menderu masuk inbox. Ucapan selamat buat semua.

Bulan ni saya berehat dari menjaja roti. Bolehlah fikirkan rancangan bagaimana untuk memajukan perniagaan. Semalam saya menghubungi RapidKL melalui telefon untuk bertanyakan tentang ruangniaga di stesen-stesen LRT. Mulanya saya ditanya begini, "Ada pengalaman berniaga ke?" saya jawab, "Ada.. saya sekarang berniaga tanpa lesen kat depan LRT Bandar Tun Razak". Dia kata,"Kita nak yang ada pengalaman berniaga dan yang ada syarikat." Saya jawab,"Saya ada syarikat, baru je daftar." Dia balas,"Yelah.. kita amik yang ada pengalaman berniaga je." Apa punya syarat la diorang ni... lalu saya pintas. "Ok lah saya nak tau je berapa anggaran sewa ruangniaga kat LRT Bandar Tun Razak tu?"

Soal punya soal diapun mengalah... Suruh saya buat proposal untuk buka kiosk kat mana stesen yang saya nak minta tu. Tapi sewa dia mak aih..!! Mahal giler.. Dahlah kos renovation kiosk kita tanggung sendiri, pastu sewa kat LRT BTR saja dah dua ribu rengget... Sedap je mulut saya cakap,"Dua ribu? untung saya pun dua ribu... abis kat situ je la kalau gitu... LRT Bandar Tun Razak bukannya ramai orang. Dalam proposal nanti boleh tak saya cadangkan kadar sewa yang saya mampu bayar?" Dia jawab,"Boleh.."

Saya nak cadangkan sewa lima ratus ringgit. Proposal ni bagus kalau ada sokongan dari kabel besar ni. Kalau pergi sorang-sorang nanti proposal masuk tong sampah je la jawabnya.... Apa kata mintak sokongan Datuk Bandar KL...?? Dia mesti nak tengok penjaja tak berlesen ni buka kedai berlesen kan... hehehe..