Thursday, June 30, 2005

Ramly & Bandar Tun Razak

Hari Ahad lepas semasa saya menjaja Sosej Bun, ramai yang bertanya dengan nada curiga, "Ni sosej mana punya ni? Halal ke?" saya jawab, "Ni saya guna Ramly beger punya.. mestilah halal kak..."

Sememangnya kalau sebut 'Ramly' saja pelanggan akan 100% yakin yang produk ini Halal. Saya pun gitu juga. Selain ianya Halal ianya adalah produk yang dibuat oleh orang Islam. Ada juga produk yang disijilkan Halal tapi bukan dibuat oleh orang Islam. Ramly ada pakej kedua-duanya 'Halal + buatan Muslim'.

Baru tadi saya menalipon kilang Ramly. Kilang asal Ramly Burger di BTR ni sedang di ubahsuai untuk dijadikan pusat jualan Ramly selain distribution centernya di Desa Tun Razak 1km dari situ. Satu contoh idola usahawan low profile yang berjaya, Haji Ramly bin Mokni.

Tuesday, June 28, 2005

Tolonglah SMS untuk derma kepada orang susah

Setiap hari kita membicarakan tentang SMS untuk mengundi penyanyi kesukaan kita. Hari ini saya ingin menyeru kepada semua agar dapatlah kiranya menderma melalui SMS kepada Tabung TV3 Bersamamu.

Sumbangan boleh dibuat sebanyak RM2, RM5 dan RM10 melalui SMS.
Taipkan Tabung2 atau Tabung5 atau Tabung10 kemudian hantar kepada 33533

Bantulah insan yang memerlukan.
http://bersamamu.tv3.com.my/tabungbsm.html

Monday, June 27, 2005

Start again

Hari Ahad ialah hari paling sibuk. Produksi bermula dari jam 10 pagi dan jajaan bermula dari jam 5.30 petang. Rancangannya nak buat Sosej Bun dan Red Bean Bun tetapi bekalan Red Bean filling pula sudah spoil; lama sangat disimpan. Jadinya hanya ada Sosej Bun sahaja; 90 untuk jajaan dan 20 lagi untuk special order dari adik di Wangsa Maju. Alhamdulillah semua 90 Sosej Bun habis dijual dalam tempoh 2 setengah jam. Lenguh lutut ni sebab dah lama sangat berehat. Kena pula kali ni berjalan sampai 3 blok Flat Sri Kota tu. Macammanapun.. puashati.

Saya akan menjaja setiap hujung minggu mulai minggu ini; Sabtu atau Ahad atau kedua-duanya sekali. Bagi jenjiran di Bandar Tun Razak tu kalau nak beli roti boleh lah datang terus kerumah saya di no78 tu sebelum jam 5 petang. Lepas jam 5 boleh ler cari saya di Flat Sri Kota. Kalau nak kepastian silalah sms ke ataupun call saja.

Friday, June 24, 2005

Blueberry Bun

Produk masih dalam perancangan

Blueberry Bun from The Baker's Place

Wednesday, June 22, 2005

Puding Roti

Okey. Oleh kerana ada orang yang buka cerita pasal Puding Roti
ni ada saya tampilkan resepi yang saya kira agak simple untuk dicuba.

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
4 kpg roti gardenia
4 biji telor ayam
1 cawan gula
2 sudu gula ( dijadikan gula hangus )
sedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya
Gula dihanguskan terus kedalam loyang sehingga perang dan disejukkan. Semua bahan-bahan diatas dikacau hingga sebati kemudian bubuh esen vanilla. Tuangkan kedalam loyang. Kukus selama setengah jam sehingga masak.

*terima kasih kepada http://www.geocities.com/myselera

Monday, June 20, 2005

Ibu Tunggal

Hari Sabtu pagi; dari KL ke sekolah lama anak saya, S.K. USJ20 Subang Jaya untuk mengambil 'report-card'. Sambil menunggu tu saya hantar kereta ke bengkel feberet untuk normal servis lah konon. Huh.. lebur tiga ratus hengget sebab tukar timing belt set dengan oil seal, minyak dah leaking banyak bawah enjin.

Selesai urusan di Subang Jaya kami sekeluarga terus ke Sepang. Lokasinya di Kota Warisan Sepang, berhampiran stesen ERL Salak Tinggi. Kawan ini seorang ibu tunggal, ada 2 anak. Isteri saya kenalnya semasa berkursus anjuran MARA di Shah Alam awal bulan ini. Dari ceritanya dia ada dapat bantuan untuk ibu tunggal. Dengan duit tu dia dahpun beli sebuah mesin penguli dan sebuah oven pembakar roti komersial yang berkuasa 5.6kw (huh.. oven saya cuma 900watt jer.. huhu.. hebat betul makcik ni) Mesin tu baru diterima bulan lepas dan dia tak pernah guna juga tak reti gunapun. Semasa berkursus dulu dia guna oven jenis Europa Jetcook saja. Sembang punya sembang saya pun meng'offer'kan bantuan. Yelah tak sanggupler saya dengar nanti duit kerajaan lebur camtu jer, bagi bantuan tapi dibazirkan semata-mata tak reti guna oven dan mesin. Dana tu untuk ibu tunggal bagi meneruskan kehidupan. Tak boleh disia-siakan begitu saja.

Sesi demo membuat roti dengan mesin dan oven baru dimulakan dari jam 2.00pm hingga jam 7.00pm. Saya jadi cikgu ler hari tu.. hehe. Amik masa lama tu sebab oven baru tu masih berminyak. Oven besar lah pulak. Lepas lap-lap bahagian dalamnya kena heat-up dulu oven ni supaya segala kotoran dan grisnya hilang. Kira macam proses steril la ni. Lebih sejam juga menunggu proses ni. Penting sebab segala gas dari minyak dan gris yang terbakar tu dikhuatiri beracun kalau tidak dilepaskan. Jangan main nak cepat je guna oven baru ni. Roti dibuat ikut resepi dan apa yang kawan ni dah belajar dari berkursus tu. Saya cuma guide & test je supaya dia boleh ulangkaji dan buat sendiri. Sambil tu bagi tips penting yang tak diajar semasa kursus.

Saya respect kawan ni; semangat dia nak berniaga dan nak membesarkan anak-anak tanpa suami yang membantu. Ramai ibu tunggal yang macam ni lagi susah pun ada; yang malang tu takde kelulusan dan tak pulak cenderung untuk berniaga. Kita sebagai kawan cubalah bantu supaya dia boleh berdikari. Harap dia berjaya.

Friday, June 17, 2005

Result-2

Trial: Large Red Bean Bread 150gm, 200gm & 300gm
Date & time: 16/6/2005 6.00pm
Recipe: Straight doh no-1
Qty: 2kg
Result and conclusion: FAILED
Factor: Size vs Baking Temperature/Baking Time

Thursday, June 16, 2005

R&D

Rancangan minggu depan kalau keadaan mengizinkan ialah untuk membuat R&D terhadap resepi BOLU KOJA, disamping itu mencuba design Red Bean Bun yang lebih kreatif. Saya cuba nak buat Red Bean Bun bersaiz besar 100gram hingga 300gram. Tak tau lagi resepi straight dough saya ni sesuai buat roti bersaiz besar atau tidak. Itu yang perlu dicuba. Kalau tak sesuai maka saya terpaksa cuba resepi sponge dough pula.

Pasal Bolu Koja ni saya masih tak tau lagi kuih apakah gerangannya. Nak kata baulu macam bukan. Hebat tu kalau baulu guna santan dengan daun pandan. Resepinya lebih mirip kepada kuih Bingka atau kuih Bengkang. (any idea?) Tanya kat mamat Indon kat opis ni diapun tak tau. Resepi yang diberi oleh Bogasari ni tak begitu jelas terutamanya cara memasak. Yelah resepi percuma kan. Bukan senang nak dapat resepi original yang terperinci. Kalau nak resepi sempurna kenalah bayar. Cuba dulu baru tau.

Tuesday, June 14, 2005

Kuih apa ini..?

Sambil bosan-bosan camni merayau sampai ke indon... terjumpa pulak satu resepi yang menarik perhatian.. iyaaa.. coba terka apakah dia ini..

BOLU KOJA (oleh Bogasari Baking Center )
Jajan Pasar

Bahan dan Bumbu :
3 butir telur bebek
250 gr gula pasir
250 gr terigu Segitiga Biru
800 ml santan
75 ml air daun suji
½ sdt garam

Cara Memasak :
Campur gula dan telur, aduk sampai gula larut. Masukkan terigu sedikit demi sedikit bergantian dengan santan. Masukkan air daun suji dan garam, aduk rata. Masukkan ke loyang/cetakan. Panggang dalam oven dengan api sedang hingga matang, angkat. Hidangkan dengan dipotong-potong.

Thursday, June 09, 2005

Resep roti dari Indon

Ini hari saya mau tampilkan satu resep yang diperolehi percoma dari lamannya Bogasari. Bukan saja untuk anda, juga untuk catatan bagi saya. Udah deh, mari lihat bagaimana membikinnya...

ANEKA ROTI MANIS (oleh Bogasari )

Bahan dan Bumbu :
1000 gr terigu Cakra Kembar
5 btr kuning telur
20 gr ragi instan
5 gr bread improver
15 gr garam
50 gr susu bubuk
250 gr gula pasir
100 gr margarin
100 gr butter
450 gr air dingin

Cara Memasak :
Campurkan semua bahan yang kering, lalu masukkan telur & air, aduk rata sekitar 5 menit. Masukkan margarine, butter & garam, aduk hingga kalis.
Istirahatkan sekitar 15 menit, potong, timbang & bulatkan.
Istirahatkan lagi sekitar 10 menit, lalu bentuk atau isi sesuai selera.
Poles atasnya dengan kuning telur, masukkan steamer/istirahatkan dengan ditutup kain basah sekitar 75 menit atau 2 kali ukuran semula.
Oven sampai matang.

100%

hari ini sms diterima: Mlm tadi ada ujian akaun. Saya sorang dpt 100. Best student you!

Saya berkongsi gembira dan bangga dengan isteri saya ni. Tak sia-sia saya hantar dia pergi berkursus. Ingatkan si Kakak saja yang rajin kutip 100 dalam ujian. Rupanya ibunya pun tak kurang hebat juga.

Petang semalam sempat saya ke Shah Alam, menjenguk apa yang dipelajari sehari. Banyak juga kena catch-up sehari punya pelajaran. Tak tau pulak malam tu ada ujian. Apapun lepas kursus ni nanti MESTI buat akaun & kira-kira. Bisnes roti musti mau serius dan terancang.

Rancangan seterusnya, saya sedang merisik-risik untuk amik kelas belajar buat kek.

Tuesday, June 07, 2005

Nak ibu.......

Lepas kerja saya cepat-cepat balik kerumah. Isteri dan anak-anak dah bersiap. Jam 6 bergerak menuju Shah Alam; menghantar isteri ke Hotel DePalma untuk menghadiri kursus Pengurusan Kewangan anjuran MARA selama 4 hari 4 malam. Si kecil 4 tahun ni pada mulanya seronok berjalan ke Shah Alam, tapi lepas hantar ibunya dan masuk saja ke dalam kereta mula lah dia "nak ibu.. nak ibu.. huuuuuuu...." Si kakaknya cuba mententeramkan adiknya. "Jom kita pergi rumah Opah" saya mula mengumpan. "Yeay..!!" jerit si kecil. Selang beberapa saat kemudian dia buat lagi "nak ibu.. nak ibu.. huuuuuuu...."

Saya,"Kita pergi rumah Mak Lang dulu lah ye"
Kakak,"Kata nak pergi rumah Opah"
Adik,"nak ibuuuuu...."
Saya,"yelah gi rumah Mak Lang dulu pastu kita turun la gi rumah Opah"
(Rumah Mak Lang nya tingkat 12, opahnya tingkat 8 )

Sampai di Rumah Pangsa Sri Kota, dalam lif kakak nya pulak tiba-tiba basah mata..

Saya,"kenapa kakak?"
Kakak,"Nak ibuuuuu... huhuh"
Adik,"Nak ibuuuuu...."

Aduss.....

Monday, June 06, 2005

78th. Home Bread

Hari Sabtu dipenuhi dengan aktiviti pilot run produksi roti. Azwa (adik bongsu) dan Kak Jie (kakak ketiga) datang hampir tengahari. Adunan 4 kilo disediakan. 2 kilo yang pertama siap dibuat 30 Red Bean Bun dan 21 Coconut Butter Bun. Semua dah ready. Roti dah cukup final proving. Oven pun siap pre-heat 180 degree; tetapi sesuatu telah berlaku..!! Fius utama terbakar.. alamak!! macammana ni??? 2 kilo dah siap proving. 2 kilo lagi baru je siap uli. Nampak gayanya macam kena buang je la semua tu.....

Terus saya menghubungi tuan rumah. Tuan rumah janji akan datang segera. Dalam 45 minit menunggu tuan rumah suami isteri pun sampai. Kak Moon siap bawa Tart Durian lagi tu; terima kasih.. Mujurlah tuan rumah orang yang arif pasal karan-karan ni.. kontraktor lah katakan... Selesai membaiki dan menukar fius. Saya pun menge'test' dengan oven tu. Saya minta Kak Moon dan suami tunggu dulu sambil saya bakar roti. Boleh makan sama-sama.. Sambil membakar roti sambil sembang. Ramah sungguh tuan rumah saya ni, banyak ler benda yang disembangkan, siap bagi sokongan lagi untuk saya berniaga roti. Sempat jugalah saya ajar Kak Moon macammana nak buat roti sosej.

Perasaan gembira pun ada sebab dapat tuan rumah sporting macam tu. Dia tak kisah saya buat bisnes di rumah. Katanya dia dulupun dirumah itu jugalah dia mulakan bisnes welding. Gen-set besar duduk dalam ruang tamu, pakai karan lagi kuat dari oven tu, penuh rumah dengan besi. Tidurpun sebelah besi. "Bukan senang nak jadi senang.." kata Kak Moon mencelah. Kak Moon ni pulak bisnesnya menjahit. Memang jenis orang tak boleh duduk diam.

Tuan rumah balik saya bekalkan dengan roti. Sambung lagi membakar roti adunan kedua tu. Semua kerja selesai lepas maghrib. Siap bungkus roti untuk Kak Jie dan Azwa, nak balik cepat ler sebab kan malam tu ada konsert pertama AF. Kat rumah saya tu dahler takde Astro, TV 14 inci je pulak tu.. hehehe.. Malam tu hantar roti ke rumah mertua dan ke rumah Kak Nor (kakak kedua). Solosai semua roti.

Bagi saya roti kali ini tak perfect sebab doh sudah over-proving; tapi roti-roti tu tetap sedap dimakan. Mexican Bun juga ada masalah teknikal.. Kena pergi menuntut ilmu lagi lah ni.. Tapi kan yang peliknya adik ipar saya kata, "Rotiboi yang Kak Lang ngan Abang Bat buat ni lagi sedap dari rotiboi yang beli tu..." Iye ke ni? Kau ni saja je la nak jek jek aku ni.. hahaha

Thursday, June 02, 2005

Rindu roti

Semasa bertandang ke rumah kakak; di BTR tu juga ler..

kakak: "Kau Sabtu ni tak buat roti ke?"
saya: "Buat tapi tak jual, nak test dulu. Buat untuk makan kita-kita je sambil ajar Azwa buat roti. Nak buat Mexican Bun sekali. Si Ayu sebok nak Rotiboy"
(Azwa ni adik bongsu saya, Ayu adik ipar saya)
kakak: "Jual lah..... kau dah berapa minggu tak jual kat sini"
(keras je suara dia bunyi macam arahan je.. huhu)
saya: "Tengoklah nanti"

Sebenarnya saya tak mahu jual buat masa ni sebab pertama BILIK ROTI TAK SETUP LAGI.... uwaaaa.!! Mesin uli masih terbaring atas troli. Sebab kedua ialah saya perlu buat pengiraan semula kos pengeluaran. Mungkin nanti perlu buat perubahan harga. Sebab ketiga tempat baru, takkan nak terus jual. Mesti mau pilot run production dulu. Sebab keempat, kan baru pindah. Rumah berselerak lagi. Sebab kelima, isteri saya nak berkursus seminggu mula hari Isnin tu. Nak buat persiapan lagi.

Saya pun rindu juga nak makan roti buatan sendiri.

Wednesday, June 01, 2005

1hb. Jun - Genap setahun

Genap setahun saya bekerja di syarikat ini. Setahun yang lalu saya yang masih dibelenggu masalah ekonomi dan bebanan hutang tanpa berfikir lama terus sahaja menerima tawaran untuk bekerja disini. (setahun freelance & menganggur..!!) Yang penting pada masa itu ialah bayaran yang cukup untuk saya membebaskan rumahtangga dari krisis kewangan. Faktor penguasaan bahasa Korea menjadi sebab mengapa saya diperlukan di syarikat bertaraf MSC ini; walaupun saya bukan dari kelulusan IT. Saya juga mula mengenali blog sejak mula bekerja disini.

Terus-terang saya katakan saya suka bekerja disini. Disini saya bebas; tiada 'master & slave', no stress, buat kerja sendiri saja, tak perlu meeting, tak perlu report, tak perlu kertas-kertas, boss pun tak perlu arah-arah. Datang duduk dikerusi sendiri, faham buat kerja masing-masing. Walaupun bekerja 10 jam sehari duduk tunggu macam pak guard didepan telefon dan komputer, namun saya punya terlalu banyak masa terluang; itu yang sempat lagi merancang untuk berbisnes roti... hehehe. I lovin it..

Alhamdulillah, sedar tak sedar setahun dah berlalu. Saya berjaya mengharungi kesukaran krisis demi krisis dalam kehidupan dan kerjaya. 'Bangkit Dari Kejatuhan', 'Kembali Berdiri' dan 'Berlari Mengejar' antara ungkapan yang saya tuliskan pada blog saya sebelum ini menggambarkan keadaan saya pada masa itu. Kini ku akan 'melompat lebih tinggi'.. hehehe.. macam SO7 pulak.. peace. :)