Saturday, September 13, 2008

Buku: Panduan Peniaga Kecil - Tun Dr Mahathir

Semasa membongkar dan mengemas buku-buku lama saya terjumpa dengan buku ini. Lama juga ia berada dalam simpanan, hinggakan saya dah lupa akan isi kandungannya. Maka, saya membacanya buat kali kedua.
Buku ini pertama kali dikeluarkan pada tahun 1973. Naskah yang saya ada ini adalah edisi kedua cetakan keempat tahun 2002. Saya sendiri tak ingat bagaimana saya boleh memiliki buku ini. Nyatanya pada tahun 1973 saya berumur 1 tahun, Tun Dr Mahathir sudah menulis satu buku panduan untuk saya gunakan 30 tahun kemudian...

Setelah diperiksa saya dapati buku ini tidak dijual dikedai buku tetapi diedarkan oleh MARA dan TEKUN.
Ramai pula yang nak tahu isi buku ini. Ok saya petik secara ringkas saja ye.

Buku kecil 85 mukasurat ini mengandungi beberapa nasihat berguna kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan. Beberapa tips penting untuk memulakan perniagaan:
1- Jangan anggap perniagaan satu kerja yang hina.
2- Jika ingin berniaga hendaklah difikirkan supaya perniagaan menjadi usaha yang berkekalan, tidak sementara atau sambilan.
3- Jangan membiarkan diri dipengaruhi oleh sesuatu perniagaan kerana orang lain maju dalam perniagaan itu.
4- Pilihlah jenis perniagaan yang sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan modal.
5- Jangan sekali-kali membuat perniagaan dengan modal yang seratus-peratus dipinjam.
6- Rancangkan perniagaan supaya ia dapat hidup subur, kekal dan akan menjadi lebih besar pada masa hadapan.

Lokasi perniagaan
1- Jenis perniagaan mestilah sesuai dengan tempat. Jenis perniagaan yang maju di bandar besar mungkin tidak maju di pekan kecil.
2- Di bandar besar, perniagaan yang sama patut berdekatan; tetapi di pekan kecil atau kampung, perniagaan yang sama patut berjauhan antara satu sama lain.
3- Di pasar, perniagaan yang sama jenis patut berdekatan. (sama la kes macam di shopping mall)
4- Tempat perniagaan mestilah mudah bagi pembeli datang.
5- Pada zaman orang semakin banyak menggunakan kereta seperti sekarang ini perniagaan di tempat yang mudah meletak kereta lebih baik daripada perniagaan di tengah bandar tetapi tidak ada tempat meletak kereta.
6- Tempat yang sesuai mestilah menjadi pertimbangan utama, walaupun sewanya tinggi. ( kesilapan orang kita sekarang ni sewa murah jadi keutamaan )
7- Perniagaan kecil patut dijalankan di bangunan yang juga menjadi tempat tinggal peniaga dan keluarganya.

Tun Dr M: Walau apa jenis perniagaan sekalipun, yang jelas perhitungan modal tidak boleh diabaikan. Tidak akan ada perniagaan yang kekal dan maju, jika peniaga tidak tahu modalnya yang sebenar. Perhitungan modal (costing) adalah asas perniagaan.

Tun Dr M: Perniagaan bermakna menggunakan wang untuk mencari wang. Berapa banyak wang (keuntungan) yang didapati daripada wang (modal) bergantung kepada sejauh manakah peniaga faham tentang masalah wang dan kewangan.

Tun Dr M: Persaingan ialah sebahagian daripada cara perniagaan. Ianya tidak dapat dielak. Peniaga yang menerima kenyataan ini dan bersedia untuk bertanding akan berjaya dalam usahanya. Dalam bidang perniagaan tidak ada tempat bagi orang yang tidak sanggup menghadapi persaingan.

Monday, September 01, 2008

Pertandingan Citarasa Bersama Daisy

31 Ogos 2008 dalam sibuk-sibuk menyambut ulangtahun kemerdekaan, saya sibuk dengan pertandingan memasak di Mydin Subang Jaya. Sebenarnya semasa acara saringan pada 29hb kelmarin saya tak lah menaruh harapan sangat. Yelah ini kali pertama saya dan isteri menyertai pertandingan begini. Ambik kau, masuk final pula pasukan saya dan pasukan isteri. Pasukan Fazla OnePieceBakery juga berjaya ke final. Di Final ni 4 pasukan saja bertanding. Tak nak cerita banyak. Tengok gambar saja lah. Yang penting, dengan pertandingan begini saya dapat belajar banyak. Ilmu yang diperturunkan oleh Chef Anuar semasa kursus dulu tu sangat membantu. Hasilnya.....

Saya pasukan lain


isteri saya pasukan lain

Gembira dapat cek besar...

Monday, August 25, 2008

Kedai Bakery di Ampang

Kedai Kek dan Roti Bangkit Selera, begitulah namanya. Kedai ini baru saja dibuka seminggu lalu oleh pemiliknya, En Wan Azmi dan isteri.
Sesiapa nak rasa "Kuih Akok Berek 12" silalah kunjungi kedai ini di alamat No.11 Jalan Indah 2A, Taman Ampang Indah. Dekat dengan Taman Kosas. Tel 017-6451053




Saturday, August 02, 2008

Franchise International Malaysia 2008

Hari ini saya meluangkan masa 2 jam di PWTC. Agak tergerak je hati nak lihat apa yang ada di FIM2008 ni.

Terpaku seketika melihat 'SATE RIA'.... Hidup balik kau!! Syabbass..
Agak lama juga jenama ini terkubur bersama kenangan 80an...

Pengunjung dihidangkan dengan sate ini.... ntah le. takde rasa sate pun?? isk.. kempunan nak rasa sate original dengan kuahnya sekali.

Dengan maklumat yang saya dapat di ruang Sate Ria ni. Saya rasa gembira juga sebab jenama Sate Ria sudah kembali ke pasaran industri makanan kita; tapi ada rasa sikit kecewa juga sebab nampak gayanya sate dia ni tak menepati citarasa orang Malaysia seperti saya ni. Mereka ni guna sate 'frozen'. Tak pastilah samada ini satu kesilapan ataupun satu kelebihan. Tu yang nak juga rasa sate original tu.. tapi tak ada pula. Apa pun syabbas kepada Sate Ria dan selamat maju jaya. Jika anda nak maklumat lanjut silalah lawat laman webnya sateria.com.my

*Sebenarnya saya membayangkan Sate Ria ni bagus kalau buat rangkaian restoran sate, bakar sate menggunakan oven khas ciptaan tempatan. Berderet-deret sate beratur masuk dalam oven. Keluar kat hujung sana tu siap sedia untuk dihidang. Pelanggan boleh menyaksikannya di sebalik dinding kaca. Perghhh.. tangkap leleh.. terus order seratus cucuk. Tapi ni diorang dah buat konsep lain laaa. Macam stail pasar malam pun ada juga. isk isk.

Thursday, July 24, 2008

Kedai bakery di Bangi

Hari ini saya meluangkan masa 3 jam di Bandar Baru Bangi dan sekitarnya.
Saja je nak jumpa kawan lama.. Sambil tu melawat ke kedai bakery kepunyaan usahawan kita.

Aina Bakery, kepunyaan seorang pensyarah yang gigih di Seksyen 3.
Mempunyai 3 orang Baker yang setia. Bisnes bertambah bagus nampaknya. Harap bertambah-tambah bagus lagi menjelang puasa dan raya ni ye.




Yang dua kedai ini pula saya tak kenal. Saja je masuk jenguk...

Ini cawangan Bread First Bakery di Seksyen 15. Baru dibuka pada bulan Mei 2008. Lokasinya berhadapan dengan bangunan NIOSH. Saya membeli 2 jenis roti di sini. Boleh tahan juga sedap. Kek pun nampak menarik. Jenama ini berasal dari Bandar Baru Ampang.


Shakeera Cake House ini dari cerita orang dah lama juga dibuka tapi sudah sekali bertukar lokasi. Masih dalam kawasan komersil seksyen 15 yang sama dengan Bread First Bakery tu.

Monday, May 05, 2008

Working off line

Salam kepada semua baker dan pengunjung blog ini.

Hari ini 5 May 2008, saya dengan berat hatinya memaklumkan kepada anda bahawa blog ini tidak dapat di'update' untuk tempoh yang mungkin agak lama. Saya akan lebih banyak bekerja secara 'off line'. Lagipun tak banyak cerita menarik yang dapat saya sampaikan lagi buat masa ini. Apa yang perlu saya kongsikan sudah saya berikan. Kalau tak cukup, minta maaflah. Anda boleh berjumpa saya secara 'off line' juga lah, jumpa di kedai.

Bagi sesiapa yang mengesan blog ini melalui 'search engine' - Kelas Roti, Kelas Kek, dan sebagainya, harap janganlah telefon bertanyakan kelas. Saya tak buat kelas roti atau kek. Saya ni 'bai roi' saja. Untuk belajar buat roti atau kek, saya dah sediakan link di sebelah kanan sana tu. Sila hubungi mereka sendiri.

Blog ini tidak ditutup. Cuma tokey dia tak ada internet je okay.
Anda masih lagi boleh bersembang di 'papan sembang' di sebelah kanan tu. Sembang la sesama sendiri. Ada juga rakan-rakan yang selalu juga tolong jawabkan soalan untuk saya. Harap kalian sudi lah terus tolong jawabkan soalan ye.. hehe.

Hingga jumpa lagi.

Wassalam.

Tuesday, April 22, 2008

Hidangan Restoran Hotel 5 Bintang - Halal Atau Haram?

Artikel ini di ambil dari blog Dr. Azwan. Sangat menarik untuk dikongsi bersama. Semoga kita dijauhi dari termakan makanan yang tidak halal.
--------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, Tokki dan 2 orang Chef.

Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.

Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap.

Tetapi jangan terkejut kerana hidangan anda di Restoran 5 Bintang itu belum tentu HALAL. Apa hukumnya puasa anda sekiranya berbuka dengan makanan yang Haram?

Yang menariknya di dalam program ini, 2 orang Chef telah bersama-sama menceriakan rancangan ini. Apa kata mereka?

Salah seorang Chef memberitahu, dari pengalamannya dahulu, di dalam retoran hotel 5 bintang yang menghidangkan buffet, terdapat 5 bahagian dapur masakan (Masakan Melayu, Masakan Barat, Masakan Cina.... tak ingat lagi dua). Setiap satu dapur diketuai seorang Chef yang dipanggil Eksekutif Chef. Di dalam buffet, setiap dapur akan memasak makanan tertentu untuk buffet tersebut. Resepi-resepi untuk makanan yang dimasak daripada setiap dapur adalah hak mutlak Eksekutif Chef. Ini bermakna tiada orang lain berhak memberi komen tentang resipi yang telah ditetapkan oleh Eksekutif Chef.

Eksekutif Chef ini terdiri daripada orang yang pakar dan ahli di dalam masakannya untuk menjaga kualiti makanan yang dihasilkan (5 bintang lah katakan...). Sekiranya Dapur Masakan Melayu tentulah eksekutif Chefnya adalah seorang Melayu. Sekiranya western maka pakarnya tentulah orang dari luar negara, begitu juga masakan cina dan lain lain.

Sesetengah Chef yang mungkin berasal dari luar negara mempunyai cara memasak mereka yang tersendiri. Jika mereka sudah biasa meletakkan arak di dalam makanan di luar negara, mereka pasti akan meletakkan Arak ketika memasak di dapur sini.

Salah seorang chef berkata, ketika beliau baru memulakan kerjayanya, beliau melihat bagaimana arak dituang di dalam sup bawang (onion soup) yang dimasak di Hotel 5 bintang ini. Chef itu juga berkata, di atas ruang rak tempat memasak sup-sup, berbaris berjenis-jenis botol arak bersama-sama dengan rencah-rencah lain untuk dibuat sup. Jika tidak silap saya, bukan sup sahaja makanan yang mengandungi arak.

Selain daripada Arak, ada yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini. Menurut chef tersebut, terdapat dua mesin pengisar daging di dapur tempat beliau bekerja. Satu bertulis "PORK" pada papan tanda berdekatan dan satu lagi bertulis "NON-PORK". Tapi dia amat kecut perut.. bila semua orang seperti tak nampak (atau buat-buat tak nampak) sahaja papan tanda itu... Kejap yang pork dimasukkan ke mesin yang ini, sekejap yang di sana... sehinggakan, beliau terpaksa mengangkat tanah dan air untuk mencuci mesin tersebut setiap kali habis bertugas. Yang memakan masakan itu pula ialah kita.

Pada kebiasaannya, sesetengah hotel mengasingkan pinggan yang digunakan untuk menghidangkan khinzir di satu tempat yang berasingan untuk dicuci. Ini adalah kerana, pencuci pinggan dahulunya adalah di kalangan orang Islam. Tetapi menurut chef itu sekarang, pencuci pinggan adalah di kalangan orang Myanmar dan Bangladesh. Mereka bukannya tahu pinggan mana yang ada khinzir ataupun tidak. Untuk memudahkan kerja, semuanya dicampurkan sekali. Habis semuanya....

Chef itu juga ada bercerita tentang kek-kek yang dihidangkan yang mempunyai arak, contohnya tiramisu. Banyak juga dessert dan kek yang tidak halal dihidangkan.

Adakalanya, daging yang di grill, ayam-ayam atau makanan yang dibakar adalah halal. Begitu juga dengan makanan laut. Namun, Chef menasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pelbagai sos atau pencicah yang disediakan bersama kerana ia dikhuatiri tidak halal.

Ada juga pada waktu waktu tertentu chef ini akan keluar dan melihat-lihat para pelanggan. Sekiranya beliau melihat orang Islam mendekati makanan-makanan yang tidak halal, maka dia akan mendekati mereka dan berbisik "Encik, makanan ni tidak halal...". Tapi tentulah banyak daripada masa mereka berada di dalam dapur. Jadi nasiblah kepada para pelanggan Islam yang lain sekiranya tidak sengaja menikmati makanan yang haram.

JAKIM telah memberi sijil Halal kepada 3 buah hotel sahaja tetapi sampai tamat program wawancara Radio 24 itu, saya tidak dapat menangkap nama Hotel 5 Bintang yang mana satu. D'Saji Felda telah diiktiraf Halal oleh JAKIM menurut Tokki (PPIM) cuma ia bukan nama Hotel 5 Bintang yang ingin saya dengar.

Saya berasa sangat terkesan di dalam hati apabila mendengar program ini dan pendedahan pengalaman-pengalaman daripada 2 orang Chef jemputan. Salah seorangnya kini telah menjadi Ketua Chef untuk Tabung Haji dan salah seorang lagi bertugas sebagai pengurus di sebuah syarikat makanan. Ia menjadi pengajaran kepada kita bahawa makanan yang nampak mahal dan sedap itu tidak semestinya memberi manfaat kepada kita.

Sekiranya anda tahu Hotel 5 Bintang yang diiktiraf Halal oleh JAKIM sila kongsikan kepada semua pembaca.

Wassalam...

Posted by Dr Azwan at 8:43 PM
Rujukan http://drazwan.blogspot.com/2008/04/restoran-hotel-5-bintang-halal-atau.html

Tuesday, April 08, 2008

BakersPlace meet IntansOven

Hari ini secara kebetulan saya berjumpa dengan seorang usahawan bakeri dari Kuantan.
Namanya Pn. Intan Baizura. Suaminya yang menegur saya pada mulanya. Apa tidaknya saya memborong berkarton-karton whipping cream dan coklat masakan; orang pun hairan juga budak ni buat apa dengan barang sebanyak ni.

Tak pandai nak bercerita panjang nah ini dia alamat website beliau.
http://www.intansoven.com

Alamat kedainya ialah di No.3, Bangunan LKNP, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang. Tel:09-5147130

Monday, March 31, 2008

Harga tepung roti naik lagi..!!!

Dua hari lalu saya membeli tepung 'high protein' jenama Gunung Emas dengan harga RM69.00 seguni (25kg); tetapi hari ini saya diberitahu harganya sudah naik kepada RM79.00 seguni...!!

Saya ingat lagi pada Jun 2007, harganya cuma RM39.00 seguni. Tak sampai setahun harganya sekarang sudah dua kali ganda.

Ada siapa peduli?

Tuesday, March 25, 2008

Nak berniaga bakeri.. tapi nak 'rileks'

Siapa yang tak nak kerja rileks? Tak ada orang angkat tangan.
Siapa yang suka kerja susah-susah? Tak ada juga yang angkat tangan.
Siapa yang nak berniaga rileks-rileks? Insyaallah ada yang angkat tangan.

Disini saya syorkan beberapa tips kepada anda yang teringin sangat nak buka bakeri dan berniaga rileks-rileks. Ala-ala santai gitu...

1- Bukalah bakeri di lokasi yang tak ada orang. Tak ada pelanggan datang kacau anda.. Anda pun tak perlulah buat kek dan roti banyak-banyak. Bolehlah rileks. Duduk saja lah menung depan kaunter sambil baca suratkabar ke layan internet ke. Agak-agak malas, boleh tutup kedai. Suka hati lah nak buka lambat ke nak tutup awal ke atau nak buka kedai ikut waktu pejabat ke.. Santai gitu...

2- Dah buka kedai tu carilah pekerja berpengalaman. Suruh dia buat semua kerja kitchen. Apa nak susah-susah... Anda jaga kaunter saja. Itu pun kalau ada orang datang membeli.. kalau tak ada orang, rileks saja lah.. Sambung layan internet dan baca suratkabar. Pekerja anda tu pun boleh rileks sama. Kalau pekerja tu berhenti, cari lah pekerja lain. Bukannya susah kan...

3- Nak senang suruh orang letak produk mereka di kedai bakeri anda. Habis jual baru bayar; tak laku pulangkan semula. Anda tak perlu buat apa-apa. Rileks je menjual. Dapur tak perlulah berasap. Kalau barang asyik tak laku, supplier tarik diri, anda pula yang berasap. Takpe.. janji boleh rileks kan.. Carilah supplier lain. Apa susah...

4- Kalau kedai bakeri tak laku? Alaaa... apa nak susah. Tukar saja jadi kedai baju pula. Kek dan roti boleh basi tapi baju tak basi. Isikan kedai penuh dengan baju, cari budak jaga kedai, lepas tu rileks saja di rumah. Habis cerita... Lagi rileks.

* Moral: Kalau nak berniaga, jangan harap nak rileks.

Thursday, March 13, 2008

Catatan perjalanan untuk membuka bakeri

Dalam perjalanan bisnes bakeri yang saya lalui hingga sekarang, ada beberapa catatan penting yang perlu saya kongsikan di sini. Pengalaman dan tips persediaan dan keperluan sebelum dan semasa membuka kedai bakeri perlu kita kongsikan bersama sebagai panduan untuk rakan-rakan yang bakal mengusahakan bakeri sendiri. Maaf kiranya catatan dan komen saya ini ada sedikit pedas, sekadar menasihatkan diri saya sendiri supaya tidak leka.

Ada orang yang membuka kedai bakeri tapi tak tahu dimana nak beli bahan bakeri.
Sebelum memulakan bisnes bakeri, saya sudah menjelajah ke merata kedai bahan samada yang jauh dan yang paling dekat dengan lokasi kedai saya. Segala bahan asas yang diperlukan sudah saya kenalpasti di mana harus dibeli. Sangat penting ialah kedai bahan yang paling hampir dengan kedai bakeri kita. Malu bertanya sesat jalan kan. Bertanyalah kepada guru bakeri anda. Mustahillah anda tidak berguru. Kalau anda benar-benar tak tahu di mana kedai bahan berhampiran anda. Pergilah ke kedai bakeri di kawasan anda itu. Berlakonlah kononya anda ingin membeli 'bread softener' ke atau 'ovallet' ke. Pastinya mereka akan kata mereka tak jual. Jadi dimana ada jual? Kalau mereka sudi menolong, mereka akan beritahu dimana kedai bahan terdekat.

Ada orang yang buka kedai bakeri tapi bisnes tak mula lagi sebab tak ada pekerja.
Sepatutnya tokey sendirilah kena buat kerja dulu. Sambil tu cari pekerja atau melatih pekerja yang tak tahu apa-apa. Asalkan bisnes boleh bermula.
Apa sebenarnya tujuan anda buka kedai tapi bisnes tak bermula? Saya pun tak faham. Keliru saya dibuatnya. Ini mestilah melihat kepada perancangan dan persediaan anda sendiri. Mungkin anda tak pandai buat kek tapi nak buka kedai kek juga. Tak pandai buat roti tapi cuba nak jadi tokey roti. Dengan anggapan semua tu pekerja boleh buat. Cari je la pekerja berpengalaman. Tetapi bagaimana kalau tak ada orang yang sudi bekerja dengan anda?

Ada orang yang buka kedai bakeri tapi masih sibuk dengan komitmen lain
Komitmen terhadap perniagaan mestilah 100%. Anda masih bekerja makan gaji, anda sayang untuk berhenti kerja, anda baru lepas bersalin, anak kecil lagi, anak ramai bersekolah perlu diurus sedangkan suami buat tak reti je... itu baru sedikit contoh komitmen saja. Maka perlulah anda bersedia untuk mengurus komitmen tersebut. Berhenti kerja ke, ambil pembantu rumah ke, ataupun anda duduk saja di rumah......
Bisnes di rumah pun boleh berjaya juga. Bila dah rasa yakin boleh urus semua komitmen tersebut, bolehlah fikirkan untuk buka kedai. Bila kita berniaga ni anak-anak kecil kita akan terabai sedikit. Pertimbangkanlah jalan yang terbaik. Kerjasama antara suami dan isteri amat diperlukan untuk mengatasi kesukaran sebegini.

Ada orang yang buka kedai bakeri tapi modal ada 'ciput' je
Macam sayalah tu....
Keadaan ini adalah sangat bahaya dan anda berkemungkinan akan melalui beberapa halangan dan kemajuan anda akan sangat terhad dan perlahan. Taubat saya tak mahu ulanginya lagi. Untuk kedai cawangan yang akan datang nanti saya akan lebih bersedia dari segi modal kewangan.
Sekiranya modal kewangan anda terhad tetapi anda begitu hendak sangat buka kedai bakeri, pertimbangkanlah sumber kewangan anda. Nasihat orang yang berpengalaman supaya menyediakan "simpanan 6 bulan" adalah sangat benar. Namun sekiranya anda seorang 'survivor' atau 'pejuang kamikaze', fokus kan terhadap kejayaan perjuangan anda. Doakan yang baik-baik.

Kemahiran menguruskan kewangan dan perakaunan, adalah perkara yang sangat penting sebagai seorang usahawan. Anda perlu tahu 'alat-alat kewangan' (financial tools) di pasaran kita sekarang. Ilmu perakaunan; sekiranya anda tiada asas, belajarlah.
Saya sendiri baru saja habis belajar cara-cara membuat jurnal, lejar, imbangan duga, penyata pendapatan dan penyata kira-kira di sebuat institut swasta. Peruntukanlah sebahagian 'budget' untuk tujuan meningkatkan ilmu anda. Jangan kedekut untuk membayar bagi mendapatkan ilmu dan elakkan sikap terlalu sangat inginkan ilmu secara percuma, anda mungkin akan diberi 'ilmu sesat' pula nanti.

Setakat ini catatan yang sempat saya kongsikan kali ini. Bagi anda yang bercita-cita mempunyai kedai bakeri, mari kita bina 'network' dulu. Kita mesti berniaga dalam satu jaringan kerjasama yang kuat, bukan bersaing untuk jadi individu yang terkuat.
Sekiranya anda ada pertanyaan yang mungkin boleh saya bantu, saya lebih suka dihubungi melalui telefon atau bertemu di kedai kerana saya tidak punyai banyak kesempatan untuk online.

-You learn, you earn-

------------------------------------
Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning

SM Learning penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar berkenaan pengurusan kewangan yang boleh membantu kehidupan mahupun perniagaan anda. Sila ke laman web SM Learning untuk maklumat lanjut. http://www.smlearning.net

Friday, March 07, 2008

Selamat mengundi

Esok 8 hb. Mac 2008 ialah hari raya untuk seluruh rakyat Malaysia.. Hari raya???
Hari raya ni pelik sikit sebab ianya datang lima tahun sekali dan bukan hari cuti umum.

Esok kedai The Baker's Place akan beroperasi seperti biasa. Saya dan isteri akan mengundi bagi memilih calon parlimen Bandar Tun Razak P124. Kedua-dua calon bertanding ni pun dah datang 'lepak-lepak' di kedai saya ni. Kami layan sama rata je la tanpa ada menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak. Undi adalah rahsia, jadi saya tak mahu undi saya boleh diteka. Kuasa 'X' ada di tangan kita sekarang. Maaf ye Dato, Tan Sri...

Yang nyata kita rakyat biasa-biasa yang tak meluahkan menyokong mana-mana parti, undi kita adalah penentu kerana kalau mereka boleh tahu siapa nak undi siapa, tak perlulah mereka tampal poster penuh tiang dan segala pokok. Tampal kat khemah parti je sudah la... Lepas tu kira je penyokong ni berapa orang penyokong tu berapa orang, dah tau siapa menang.

Tak mahu cerita banyak pasal pilihanraya. Ini blog cerita bisnes roti dan kek saja haa..

SELAMAT HARI PILIHANRAYA, MAAF ZAHIR BATIN. :-) :-D

Thursday, March 06, 2008

Ulangtahun The Baker's Place BTR

Sebenarnya kedai roti dan kek The Baker's Place Bandar Tun Razak ini mula dibuka pada 25 haribulan Februari 2007... (harijadi dah lepas dah...) Sila lihat semula catatan Feb 2007 http://bakersplace.blogspot.com/2007_02_01_archive.html

Lepas tu lihat pula catatan bulan Mac 2007 http://bakersplace.blogspot.com/2007_03_01_archive.html
Di dalam catatan Mac 2007 tu anda akan dapati tiga nama besar dalam membantu kedai The Baker's Place mula membangun. Mereka ialah Kak Mis, Kak Nina dan Sarah Jasmine.

Jasa mereka tetap saya hargai. Tanpa mereka mungkin perjalanan saya akan menghadapi kesukaran yang lebih teruk lagi. Terima kasih Kak Mis, Kak Nina, Sarah & Nasha.

Lihatlah hasil seni mereka yang terbaru

http://misscreativecakes.blogspot.com

http://naza214.fotopages.com

http://zahurinina.fotopages.com

http://flickr.com/photos/worldofbabycakes

Wednesday, February 27, 2008

Jalan-jalan cari kawan

Pagi ini saya ambil masa 2 jam merayau-rayau di sekitar blog dan fotopages. Betapa luasnya rangkaian pencinta kek dan seni masakan di alam siber ini.
Yang sebenarnya saya dah lama tak dapat peluang merayau dalam internet ni. Ialah sibuk dengan urusan di kedai.

Untuk sesi hari ini ada beberapa blog dan fotopages yang saya syorkan untuk dikunjungi.
Selamat berjalan-jalan....
http://kekcawan.blogspot.com
http://bake-freshly.blogspot.com
http://mommysbrownies.blogspot.com
http://midnitebaker.blogspot.com
http://bluetiffin.blogspot.com
http://lynnhassan.fotopages.com

Wednesday, February 06, 2008

Kerja berpasukan

Bekerja di dalam dapur bakeri adalah sangat memenatkan tetapi jika disusun dengan baik ianya akan menjadi satu kerja yang sangat menyeronokkan.

Sebagaimana permainan Sepak Takraw; dalam satu pasukan ada tekong, apit kiri dan apit kanan. Si tekong buat kerja tekong si apit buat kerja apit saja. Mereka bertiga ada kemahiran tersendiri.

Lihat pula permainan bola tampar (Volley Ball). Satu pasukan ada enam pemain. Dalam satu tukaran servis, pemain-pemain ini akan bergilir ganti kedudukan dan bertukar pula tugas. Mereka berenam dikehendaki mempunyai kemahiran yang setanding.
'Servis', 'Setter' dan 'Spiker' dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran.

Bayangkan pekerja di dapur anda bekerja sebagaimana pemain 'volley ball' ini. Mereka boleh buat roti, boleh buat kek, jaga oven, menghias kek, membersih dapur dan melayan pelanggan. Mereka mempunyai satu kefahaman yang sama dan juga kebolehan yang sama.
Namun bukan semudah itu untuk kita mendapatkan pasukan begitu. Latihan yang berkesan, masa untuk mengasah kemahiran dan keserasian individu dalam pasukan; menjadikan ianya satu cabaran yang sangat sukar. Kita mesti bertindak sebagai 'coach' yang mampu menjadi inspirasi kepada 'pemain-pemain' kita itu. Kita sebagai 'tokey' perlu jadi guru, pengurus, bapa, dan 'taiko' kepada mereka. 'Tokey' yang tidak berkebolehan akan menghadapi banyak sangat masalah dengan pekerja.

Kesimpulannya, kalau tak dapat pasukan bola tampar, dapat pasukan sepak takraw pun dah kira bagus dah.... Yang penting kita mestilah tahu main sepak takraw.... :-)