Monday, May 14, 2007

Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk ibu-ibu seluruh negara, semoga ibu-ibu cekal menghadapi cabaran zaman ini dalam menjalankan amanah sebagai seorang ibu. Berjayanya seorang ibu diperlihatkan melalui anak-anak.

Sabtu dan Ahad ni kedai kami diserbu oleh pelanggan-pelanggan yang datang dari pelbagai kaum, dengan satu tujuan yang sama... mencari kek sempena Hari Ibu.
Kesilapan kami ialah kami tak 'allert' dengan hari-hari istimewa begini. Kami tidak buat persediaan khas untuk hari istimewa ini. Memang satu pengalaman dan pelajaran bagi kami. Akibatnya lebih 20 orang kecewa kerana ketiadaan kek. Bukan kami sahaja yang kehabisan kek, kedai-kedai lain pun tak ada kek juga. Okey lain kali The Baker's Place akan sediakan kek secukupnya untuk hari-hari istimewa begini.

**Kena cari la kalendar hari istimewa. kalau ada kawan-kawan boleh peringatkan okey juga. Lepas ni hari apa pula ya?

1 comment:

  1. pengguna6:07 AM

    hari2 istemewa tidak boleh harapkan orang lain untuk mengingatkan kita. kita sebagai usahawan kenalah peka dengan keadaan sekeliling.
    sekian terima kasih.

    ReplyDelete