Dalam perjalanan bisnes bakeri yang saya lalui hingga sekarang, ada beberapa catatan penting yang perlu saya kongsikan di sini. Pengalaman dan tips persediaan dan keperluan sebelum dan semasa membuka kedai bakeri perlu kita kongsikan bersama sebagai panduan untuk rakan-rakan yang bakal mengusahakan bakeri sendiri. Maaf kiranya catatan dan komen saya ini ada sedikit pedas, sekadar menasihatkan diri saya sendiri supaya tidak leka.
Ada orang yang membuka kedai bakeri tapi tak tahu dimana nak beli bahan bakeri.
Sebelum memulakan bisnes bakeri, saya sudah menjelajah ke merata kedai bahan samada yang jauh dan yang paling dekat dengan lokasi kedai saya. Segala bahan asas yang diperlukan sudah saya kenalpasti di mana harus dibeli. Sangat penting ialah kedai bahan yang paling hampir dengan kedai bakeri kita. Malu bertanya sesat jalan kan. Bertanyalah kepada guru bakeri anda. Mustahillah anda tidak berguru. Kalau anda benar-benar tak tahu di mana kedai bahan berhampiran anda. Pergilah ke kedai bakeri di kawasan anda itu. Berlakonlah kononya anda ingin membeli 'bread softener' ke atau 'ovallet' ke. Pastinya mereka akan kata mereka tak jual. Jadi dimana ada jual? Kalau mereka sudi menolong, mereka akan beritahu dimana kedai bahan terdekat.
Ada orang yang buka kedai bakeri tapi bisnes tak mula lagi sebab tak ada pekerja.
Sepatutnya tokey sendirilah kena buat kerja dulu. Sambil tu cari pekerja atau melatih pekerja yang tak tahu apa-apa. Asalkan bisnes boleh bermula.
Apa sebenarnya tujuan anda buka kedai tapi bisnes tak bermula? Saya pun tak faham. Keliru saya dibuatnya. Ini mestilah melihat kepada perancangan dan persediaan anda sendiri. Mungkin anda tak pandai buat kek tapi nak buka kedai kek juga. Tak pandai buat roti tapi cuba nak jadi tokey roti. Dengan anggapan semua tu pekerja boleh buat. Cari je la pekerja berpengalaman. Tetapi bagaimana kalau tak ada orang yang sudi bekerja dengan anda?
Ada orang yang buka kedai bakeri tapi masih sibuk dengan komitmen lain
Komitmen terhadap perniagaan mestilah 100%. Anda masih bekerja makan gaji, anda sayang untuk berhenti kerja, anda baru lepas bersalin, anak kecil lagi, anak ramai bersekolah perlu diurus sedangkan suami buat tak reti je... itu baru sedikit contoh komitmen saja. Maka perlulah anda bersedia untuk mengurus komitmen tersebut. Berhenti kerja ke, ambil pembantu rumah ke, ataupun anda duduk saja di rumah......
Bisnes di rumah pun boleh berjaya juga. Bila dah rasa yakin boleh urus semua komitmen tersebut, bolehlah fikirkan untuk buka kedai. Bila kita berniaga ni anak-anak kecil kita akan terabai sedikit. Pertimbangkanlah jalan yang terbaik. Kerjasama antara suami dan isteri amat diperlukan untuk mengatasi kesukaran sebegini.
Ada orang yang buka kedai bakeri tapi modal ada 'ciput' je
Macam sayalah tu....
Keadaan ini adalah sangat bahaya dan anda berkemungkinan akan melalui beberapa halangan dan kemajuan anda akan sangat terhad dan perlahan. Taubat saya tak mahu ulanginya lagi. Untuk kedai cawangan yang akan datang nanti saya akan lebih bersedia dari segi modal kewangan.
Sekiranya modal kewangan anda terhad tetapi anda begitu hendak sangat buka kedai bakeri, pertimbangkanlah sumber kewangan anda. Nasihat orang yang berpengalaman supaya menyediakan "simpanan 6 bulan" adalah sangat benar. Namun sekiranya anda seorang 'survivor' atau 'pejuang kamikaze', fokus kan terhadap kejayaan perjuangan anda. Doakan yang baik-baik.
Kemahiran menguruskan kewangan dan perakaunan, adalah perkara yang sangat penting sebagai seorang usahawan. Anda perlu tahu 'alat-alat kewangan' (financial tools) di pasaran kita sekarang. Ilmu perakaunan; sekiranya anda tiada asas, belajarlah.
Saya sendiri baru saja habis belajar cara-cara membuat jurnal, lejar, imbangan duga, penyata pendapatan dan penyata kira-kira di sebuat institut swasta. Peruntukanlah sebahagian 'budget' untuk tujuan meningkatkan ilmu anda. Jangan kedekut untuk membayar bagi mendapatkan ilmu dan elakkan sikap terlalu sangat inginkan ilmu secara percuma, anda mungkin akan diberi 'ilmu sesat' pula nanti.
Setakat ini catatan yang sempat saya kongsikan kali ini. Bagi anda yang bercita-cita mempunyai kedai bakeri, mari kita bina 'network' dulu. Kita mesti berniaga dalam satu jaringan kerjasama yang kuat, bukan bersaing untuk jadi individu yang terkuat.
Sekiranya anda ada pertanyaan yang mungkin boleh saya bantu, saya lebih suka dihubungi melalui telefon atau bertemu di kedai kerana saya tidak punyai banyak kesempatan untuk online.
-You learn, you earn-
------------------------------------
Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning
SM Learning penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar berkenaan pengurusan kewangan yang boleh membantu kehidupan mahupun perniagaan anda. Sila ke laman web SM Learning untuk maklumat lanjut. http://www.smlearning.net
Salam
ReplyDeleteGood advice especially ttg perlunya tahu serba sedikit ttg perakaunan dan cara menyimpan buku kira-kira. Kalau tak tau, nanti bos senang kena tipu......
I mmg bercita- cita utk buka kedai sendiri.now sdng kumpul modal sendiri...tapi i lebih prefer kedai bakery dgn sedikit tambahan menu alakat..ok tak mcm tu?
ReplyDeleteI mmg bercita- cita utk buka kedai sendiri.now sdng kumpul modal sendiri...tapi i lebih prefer kedai bakery dgn sedikit tambahan menu alakat..ok tak mcm tu?

ReplyDeleteboleh sye tanya x bape modal nak bukak bakery ny paling minimum??? sye bercadang nak buka sebuah di tempat sye..
ReplyDeletesalam, saya pown interested nk buka bakeri..boleh share x berapa modal minimum for da starter and what u can get with that much of modal..tq sudi share ilmu.. :D
ReplyDeletesalam, saya pown interested nk buka bakeri..boleh share x berapa modal minimum for da starter and what u can get with that much of modal..tq sudi share ilmu.. :D
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah tips ini sgt membantu..terima kasih byk2.. sy buka bakeri kat rumah saja.. xperlu modal besar sgt utk byar sewa. Segala kelengkapan sy beli sedikit demi sedikit.. @kekcintadungun
ReplyDeleteGood advice utk org yg mempunyai cita2 nk bkak kdai bakery mcm sy ni..nsihat2 ni sgt berguna..tq..tapi soalan sy..brape budget minimum utk bkak bakeri ni n blh x share experience mse mula2 bkak bakeri anda ni..sbb sy betul2 berminat utk bkak bakery sndiri yg berkonsepkn ala2 secret recipe..tq..

ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian...saya pun bermula dari zero..tetapi kerana minat,pergi menuntut ilmu..alhamdulillah sekarang bolehla buat biz secara kecilan..dari rumah saja.itupun secara sambilan kerana masih terikat dengan majikan..In Shaa Allah suatu hari nanti ingin mengembangkan perniagaan..buka cafe and cake..mudahan2an terlaksana..

ReplyDeleteSaya bercita2 untuk ada kedai roti..belum ada pengalaman..tapi ia menjadi impian
ReplyDeleteSaya bercita2 untuk ada kedai roti..belum ada pengalaman..tapi ia menjadi impian
ReplyDeleteSaya bercita2 untuk ada kedai roti..belum ada pengalaman..tapi ia menjadi impian
ReplyDeleteassalammualaikum..saya seorang yang minat kepada perniagaan cake dan pastri tapi tak tahu dengan siapa harus saya merujuk untuk memulakan poerniagaan tersebut
ReplyDeleteassalammualaikum..saya seorang yang minat kepada perniagaan cake dan pastri tapi tak tahu dengan siapa harus saya merujuk untuk memulakan poerniagaan tersebut
ReplyDeleteTerima ksih atas perkongsian yg amat bermakna dan berguna ini, Encik Bahtiar. Saya amat menghargainya. Semoga anda akan sentiasa sukses di masa hadapan, in shaa Allah..
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini harapan saya agar saya jadi seperti anda yang bersemangat dan tabah serta mempunyai pandangan yang jauh dan pandai mengatur strategic perniagaan...
ReplyDeleteBerapa agaknya modal untuk buka kedai kek dan roti
ReplyDeleteSalam. Sy ada niat nk buka kedai bakeri sendiri. Boleh share x mesin2 yg kena ada kat dapur?
ReplyDeleteTerima kasih daun keladi 😊
Saya bminat nk buka kedai jualan bahsn bakery.tk tahu nk hubungi suplierbolih bantu
ReplyDelete