Saya akan berehat sebentar dari meng-update blog ini sementara waktu bagi memberi laluan fokus terhadap progress meng-upgrade The Baker's Place secara besar-besaran. Daftar perniagaan The Baker's Place sudahpun diluluskan. Oven, proving cabinet dan dough devider telahpun menelan belanja RM11k. Beberapa kelengkapan lagi harus diuruskan. Hari ini lepas kerja saya akan ke Sg. Buluh untuk menempah tray dengan rack nya sekali. Kelengkapan gerai masih belum disediakan. Harap semuanya dah ready sebelum saya berkursus pada 19~23hb Ogos nanti. Blog ini juga tak terkecuali dari kerja-kerja upgrading. Nantikan kemunculannya semula dalam siri musim kedua.
The Baker's Place-rebranding
No comments:
Post a Comment