Semalam (Khamis) saya ambil cuti sebab nak siapkan roti dan cookies yang ditempah oleh seorang kawan. Cookies 200pcs dan roti 180pcs. Sebenarnya tak berapa berbaloi dengan penat membuatnya tetapi saya buat juga sebab saya nak tau kemampuan pengeluaran dan juga nak jadikannya satu study case saja.
Masa yang minimum diambil untuk menyediakan satu adunan 2 kilo:
1. Timbang bahan, gaul dan uli : 30 minit
2. First proving (rehatkan doh): 15 minit
3. Dividing & Rounding(75pcs): 15 minit(kerja 2 orang)
4. Intermediate proving : 5 minit
5. Shaping (roti kosong bentuk bujur): 15 minit (kerja 2 orang)
6. Final proving : 45 minit
7. Baking : 45 minit (8pcs/tray = 10 tray & 2 oven = 4 tray/15minit)
Total : 170 minit
Saya sedar kapasiti pengeluaran sedia ada tak mencukupi. Untuk menyudahkan 180pcs roti saya terpaksa menguli 6kg resepi dengan 3 kali bancuhan juga mengambil masa yang lama untuk dividing dan shaping. Tempoh pembakaran juga sebenarnya boleh dikurangkan. Cadangan upgrade adalah seperti berikut:
item-3. Dividing. Potong dan timbang doh kepada 60 gram setiap satu. Cadangan: beli mesin divider. 36pcs sekali boleh siap dalam seminit je.
penjimatan masa: 10 minit
item-7. Oven elektrik sedia ada cuma mampu menampung 8pcs X 4tray per 15minit
Cadangan: beli oven gas yang lebih besar. 15pcs X 4tray per 15minit
penjimatan masa: 30 minit
Anggaran kos untuk upgrade: RM12,500
Cadangan upgrade ini perlu datang sekali dengan cadangan pemasaran yang berkesan. Production yang tinggi tapi kalau sales rendah ini bermakna ianya satu pembaziran. Oleh itu satu rancangan pemasaran sedang dibangunkan dengan mengambil kira beberapa faktor lain terutamanya faktor tenaga kerja.
No comments:
Post a Comment