Monday, March 31, 2008

Harga tepung roti naik lagi..!!!

Dua hari lalu saya membeli tepung 'high protein' jenama Gunung Emas dengan harga RM69.00 seguni (25kg); tetapi hari ini saya diberitahu harganya sudah naik kepada RM79.00 seguni...!!

Saya ingat lagi pada Jun 2007, harganya cuma RM39.00 seguni. Tak sampai setahun harganya sekarang sudah dua kali ganda.

Ada siapa peduli?

Tuesday, March 25, 2008

Nak berniaga bakeri.. tapi nak 'rileks'

Siapa yang tak nak kerja rileks? Tak ada orang angkat tangan.
Siapa yang suka kerja susah-susah? Tak ada juga yang angkat tangan.
Siapa yang nak berniaga rileks-rileks? Insyaallah ada yang angkat tangan.

Disini saya syorkan beberapa tips kepada anda yang teringin sangat nak buka bakeri dan berniaga rileks-rileks. Ala-ala santai gitu...

1- Bukalah bakeri di lokasi yang tak ada orang. Tak ada pelanggan datang kacau anda.. Anda pun tak perlulah buat kek dan roti banyak-banyak. Bolehlah rileks. Duduk saja lah menung depan kaunter sambil baca suratkabar ke layan internet ke. Agak-agak malas, boleh tutup kedai. Suka hati lah nak buka lambat ke nak tutup awal ke atau nak buka kedai ikut waktu pejabat ke.. Santai gitu...

2- Dah buka kedai tu carilah pekerja berpengalaman. Suruh dia buat semua kerja kitchen. Apa nak susah-susah... Anda jaga kaunter saja. Itu pun kalau ada orang datang membeli.. kalau tak ada orang, rileks saja lah.. Sambung layan internet dan baca suratkabar. Pekerja anda tu pun boleh rileks sama. Kalau pekerja tu berhenti, cari lah pekerja lain. Bukannya susah kan...

3- Nak senang suruh orang letak produk mereka di kedai bakeri anda. Habis jual baru bayar; tak laku pulangkan semula. Anda tak perlu buat apa-apa. Rileks je menjual. Dapur tak perlulah berasap. Kalau barang asyik tak laku, supplier tarik diri, anda pula yang berasap. Takpe.. janji boleh rileks kan.. Carilah supplier lain. Apa susah...

4- Kalau kedai bakeri tak laku? Alaaa... apa nak susah. Tukar saja jadi kedai baju pula. Kek dan roti boleh basi tapi baju tak basi. Isikan kedai penuh dengan baju, cari budak jaga kedai, lepas tu rileks saja di rumah. Habis cerita... Lagi rileks.

* Moral: Kalau nak berniaga, jangan harap nak rileks.

Thursday, March 13, 2008

Catatan perjalanan untuk membuka bakeri

Dalam perjalanan bisnes bakeri yang saya lalui hingga sekarang, ada beberapa catatan penting yang perlu saya kongsikan di sini. Pengalaman dan tips persediaan dan keperluan sebelum dan semasa membuka kedai bakeri perlu kita kongsikan bersama sebagai panduan untuk rakan-rakan yang bakal mengusahakan bakeri sendiri. Maaf kiranya catatan dan komen saya ini ada sedikit pedas, sekadar menasihatkan diri saya sendiri supaya tidak leka.

Ada orang yang membuka kedai bakeri tapi tak tahu dimana nak beli bahan bakeri.
Sebelum memulakan bisnes bakeri, saya sudah menjelajah ke merata kedai bahan samada yang jauh dan yang paling dekat dengan lokasi kedai saya. Segala bahan asas yang diperlukan sudah saya kenalpasti di mana harus dibeli. Sangat penting ialah kedai bahan yang paling hampir dengan kedai bakeri kita. Malu bertanya sesat jalan kan. Bertanyalah kepada guru bakeri anda. Mustahillah anda tidak berguru. Kalau anda benar-benar tak tahu di mana kedai bahan berhampiran anda. Pergilah ke kedai bakeri di kawasan anda itu. Berlakonlah kononya anda ingin membeli 'bread softener' ke atau 'ovallet' ke. Pastinya mereka akan kata mereka tak jual. Jadi dimana ada jual? Kalau mereka sudi menolong, mereka akan beritahu dimana kedai bahan terdekat.

Ada orang yang buka kedai bakeri tapi bisnes tak mula lagi sebab tak ada pekerja.
Sepatutnya tokey sendirilah kena buat kerja dulu. Sambil tu cari pekerja atau melatih pekerja yang tak tahu apa-apa. Asalkan bisnes boleh bermula.
Apa sebenarnya tujuan anda buka kedai tapi bisnes tak bermula? Saya pun tak faham. Keliru saya dibuatnya. Ini mestilah melihat kepada perancangan dan persediaan anda sendiri. Mungkin anda tak pandai buat kek tapi nak buka kedai kek juga. Tak pandai buat roti tapi cuba nak jadi tokey roti. Dengan anggapan semua tu pekerja boleh buat. Cari je la pekerja berpengalaman. Tetapi bagaimana kalau tak ada orang yang sudi bekerja dengan anda?

Ada orang yang buka kedai bakeri tapi masih sibuk dengan komitmen lain
Komitmen terhadap perniagaan mestilah 100%. Anda masih bekerja makan gaji, anda sayang untuk berhenti kerja, anda baru lepas bersalin, anak kecil lagi, anak ramai bersekolah perlu diurus sedangkan suami buat tak reti je... itu baru sedikit contoh komitmen saja. Maka perlulah anda bersedia untuk mengurus komitmen tersebut. Berhenti kerja ke, ambil pembantu rumah ke, ataupun anda duduk saja di rumah......
Bisnes di rumah pun boleh berjaya juga. Bila dah rasa yakin boleh urus semua komitmen tersebut, bolehlah fikirkan untuk buka kedai. Bila kita berniaga ni anak-anak kecil kita akan terabai sedikit. Pertimbangkanlah jalan yang terbaik. Kerjasama antara suami dan isteri amat diperlukan untuk mengatasi kesukaran sebegini.

Ada orang yang buka kedai bakeri tapi modal ada 'ciput' je
Macam sayalah tu....
Keadaan ini adalah sangat bahaya dan anda berkemungkinan akan melalui beberapa halangan dan kemajuan anda akan sangat terhad dan perlahan. Taubat saya tak mahu ulanginya lagi. Untuk kedai cawangan yang akan datang nanti saya akan lebih bersedia dari segi modal kewangan.
Sekiranya modal kewangan anda terhad tetapi anda begitu hendak sangat buka kedai bakeri, pertimbangkanlah sumber kewangan anda. Nasihat orang yang berpengalaman supaya menyediakan "simpanan 6 bulan" adalah sangat benar. Namun sekiranya anda seorang 'survivor' atau 'pejuang kamikaze', fokus kan terhadap kejayaan perjuangan anda. Doakan yang baik-baik.

Kemahiran menguruskan kewangan dan perakaunan, adalah perkara yang sangat penting sebagai seorang usahawan. Anda perlu tahu 'alat-alat kewangan' (financial tools) di pasaran kita sekarang. Ilmu perakaunan; sekiranya anda tiada asas, belajarlah.
Saya sendiri baru saja habis belajar cara-cara membuat jurnal, lejar, imbangan duga, penyata pendapatan dan penyata kira-kira di sebuat institut swasta. Peruntukanlah sebahagian 'budget' untuk tujuan meningkatkan ilmu anda. Jangan kedekut untuk membayar bagi mendapatkan ilmu dan elakkan sikap terlalu sangat inginkan ilmu secara percuma, anda mungkin akan diberi 'ilmu sesat' pula nanti.

Setakat ini catatan yang sempat saya kongsikan kali ini. Bagi anda yang bercita-cita mempunyai kedai bakeri, mari kita bina 'network' dulu. Kita mesti berniaga dalam satu jaringan kerjasama yang kuat, bukan bersaing untuk jadi individu yang terkuat.
Sekiranya anda ada pertanyaan yang mungkin boleh saya bantu, saya lebih suka dihubungi melalui telefon atau bertemu di kedai kerana saya tidak punyai banyak kesempatan untuk online.

-You learn, you earn-

------------------------------------
Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning

SM Learning penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar berkenaan pengurusan kewangan yang boleh membantu kehidupan mahupun perniagaan anda. Sila ke laman web SM Learning untuk maklumat lanjut. http://www.smlearning.net

Friday, March 07, 2008

Selamat mengundi

Esok 8 hb. Mac 2008 ialah hari raya untuk seluruh rakyat Malaysia.. Hari raya???
Hari raya ni pelik sikit sebab ianya datang lima tahun sekali dan bukan hari cuti umum.

Esok kedai The Baker's Place akan beroperasi seperti biasa. Saya dan isteri akan mengundi bagi memilih calon parlimen Bandar Tun Razak P124. Kedua-dua calon bertanding ni pun dah datang 'lepak-lepak' di kedai saya ni. Kami layan sama rata je la tanpa ada menunjukkan sokongan kepada mana-mana pihak. Undi adalah rahsia, jadi saya tak mahu undi saya boleh diteka. Kuasa 'X' ada di tangan kita sekarang. Maaf ye Dato, Tan Sri...

Yang nyata kita rakyat biasa-biasa yang tak meluahkan menyokong mana-mana parti, undi kita adalah penentu kerana kalau mereka boleh tahu siapa nak undi siapa, tak perlulah mereka tampal poster penuh tiang dan segala pokok. Tampal kat khemah parti je sudah la... Lepas tu kira je penyokong ni berapa orang penyokong tu berapa orang, dah tau siapa menang.

Tak mahu cerita banyak pasal pilihanraya. Ini blog cerita bisnes roti dan kek saja haa..

SELAMAT HARI PILIHANRAYA, MAAF ZAHIR BATIN. :-) :-D

Thursday, March 06, 2008

Ulangtahun The Baker's Place BTR

Sebenarnya kedai roti dan kek The Baker's Place Bandar Tun Razak ini mula dibuka pada 25 haribulan Februari 2007... (harijadi dah lepas dah...) Sila lihat semula catatan Feb 2007 http://bakersplace.blogspot.com/2007_02_01_archive.html

Lepas tu lihat pula catatan bulan Mac 2007 http://bakersplace.blogspot.com/2007_03_01_archive.html
Di dalam catatan Mac 2007 tu anda akan dapati tiga nama besar dalam membantu kedai The Baker's Place mula membangun. Mereka ialah Kak Mis, Kak Nina dan Sarah Jasmine.

Jasa mereka tetap saya hargai. Tanpa mereka mungkin perjalanan saya akan menghadapi kesukaran yang lebih teruk lagi. Terima kasih Kak Mis, Kak Nina, Sarah & Nasha.

Lihatlah hasil seni mereka yang terbaru

http://misscreativecakes.blogspot.com

http://naza214.fotopages.com

http://zahurinina.fotopages.com

http://flickr.com/photos/worldofbabycakes