Kelmarin saya setuju untuk membekalkan roti dan biskut kepada satu syarikat makanan kesihatan yang akan menyertai pameran pengguna di Mid Valley Convention Center pada 4hb hingga 8hb Ogos nanti. Saya minta produknya untuk saya buat ujian untuk jadikannya bahan tambahan kedalam resepi roti saya. Produk grain powder tu yang sebenarnya adalah untuk dibuat minuman cereal, tapi nak di promosikan sebagai produk yang bukan saja dibuat minuman tapi juga boleh di buat sebagai bahan roti dan biskut.
Petang semalam batch pertama ujian, saya masukkan 16% produk tersebut kedalam resepi 1kg roti. Hasilnya bagus tapi belum cukup memuaskan hati saya. Walaubagaimanapun hari ini saya bawa juga sampel-sampel roti untuk dicuba oleh client saya itu.
Hari ini isteri saya di rumah mencuba gunakan produk tersebut untuk membuat biskut. Oleh kerana produk ini produk makanan kesihatan, maka resepinya tak boleh lah ada bahan yang tak mesra kesihatan. Maka resepi biskut pun saya ambil dari resepi yang paling simple. Resepi biskut nestum dan biskut oat. Petang ni balik kerja, saya akan cuba ubahsuai lagi resepi roti supaya kesannya lebih memuaskan.
Ada sesiapa orang Bandar Tun Razak nak cuba rasa sampel tu...? hehe.. Yang jauh maaf ye tak dapat hantar..
No comments:
Post a Comment