Thursday, October 27, 2005

Burasak

Oleh kerana Abang Long tak response, (dah cuti balik beraya kot Bang Long?) maka saya pun merantaulah ke serata daerah mencari resepi Burasak dan terjumpa satu laman yang amat menarik ni. Resepi Burasak saya petik dari http://hawa.johordt.gov.my/burasak.htm

BURASAK

BAHAN-BAHAN
10kg beras wangi
Santan (10 biji kelapa)
Sedikit garam
Daun pisang untuk membungkus.

CARA MEMBUAT
Beras dibasuh sebanyak 3 kali
Masukkan santan dan garam (cara memasaknya sama seperti memasak nasi lemak). Jangan biarkan nasi yang dimasak menjadi lembik.
Selepas masak nasi tadi dibiarkan agak sejuk sedikit dan barulah dibungkus menggunakan daun pisang
Semasa membungkus nasi hendaklah ditekan-tekan supaya ia tidak peroi.
Setelah siap membungkus ia akan dijadikan sebuku (setiap buku mengandungi 10 bungkus/keping). Tujuannya adalah untuk memudahkan ia direbus di dalam periuk.
Kemudian direbus selama 5 jam.
Selepas direbus ia dibiarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

2 comments:

  1. meziey7:44 PM

    guna daun pisang muda utk bungkus. jadi tradisi, setiap hari raya puasa, atuk sy buat burasak. sampai org lain siap nak order. ramai kawan2 dtg rumah nak rase, bukan senang nak dapat.

    ReplyDelete
  2. nak rebus selama 5jam tu..
    air rebusan tu solely air ke? ada tak campur apa2. kena tambah2 air ke?takut kering plak

    ReplyDelete