Saya bermula perusahaan roti dirumah setelah semangat saya terbakar dari pembacaan buku 'Menjejaki Jutawan Senyap' dan 'Petunjuk Jalan Kekayaan' tulisan Chef Li. Selepas tu saya menghadiri Seminar Jutawan Senyap sebab nak lihat sendiri dan nak jumpa face to face dengan Chef Li yang saya tak kenal tu. Ternyata orangya mudah didekati.
Buku terbarunya dipasaran sekarang, 'Biar Kecil Asalkan Berhasil' adalah kesinambungan dari dua buah buku sebelumnya. Cara fikir yang di paparkan dalam buku ini memang menarik minat saya. Teguran-teguran Chef Li terhadap sikap juga banyak yang terkena batang hidung saya sendiri. Saya dah banyak berubah sejak membaca buku pertama dan kedua. Nah sekarang buku ketiganya juga bakal menyumbangkan sedikit perubahan kepada cara fikir dan meletakkan hala tuju perusahaan saya di landasan yang betul setelah hampir terpesong sikit dari landasannya.
Chef Li kata dia bukanlah seorang Kaunselor tetapi adalah seorang penulis, pejuang dan pembicara bagi satu prinsip keusahawanan. Tak mungkin dia mahu jadi mentor untuk membimbing orang bagaimana nak jadi usahawan dari A sampai Z. Banyak kerenahnya orang kita yang susah nak ubah sikap. Kalau sikap tak diubah, bagi mentor hebat sehebat D.Trump pun hasilnya takkan berkesan. Ya saya sedar itu sejak pertama kali berjumpa Chef Li, oleh itu saya telah menjadi kaunselor untuk diri saya sendiri. Prinsip keusahawanan yang diajarkan oleh Chef Li menjadi asas dan panduan.
Sekali lagi Chef Li dalam buku ini menegaskan bahawa perniagaan kita harus bebas daripada sebarang unsur pergantungan yang tidak adil dengan pihak yang lain. Sebagai pengusaha kita juga mesti menjadi penguasa kepada perniagaan kita. Kita mesti menguasai perniagaan kita sebelum, semasa dan selepas aktiviti berniaga. (Agaknya kegagalan menguasai sebelum, semasa dan selepas aktiviti berniaga inilah punca Shiela Rusly gagal dalam bisnes restoran dia ye... agaknyalah...)
"Biar Kecil Asalkan Berhasil" akan menjadi siri bahan tulisan di blog saya buat masa ini. Saya menulis mengikut kesesuaian diri saya sendiri. Sekiranya ada teguran saya alu-alukan di ruangan comment.
No comments:
Post a Comment