Dah dua hari pekerja baru tu bekerja dengan saya. Saya dapati jualan di meja dia melebihi jualan di meja saya. Ini menguatkan lagi teori yang mengatakan 'wanita adalah jurujual yang paling baik'. Mungkin ada faktor-faktor lain juga, faktor produk juga penting kan. Boleh dikatakan 80 ke 90 peratus pembeli ialah wanita. Yang keluar dari stesen LRT tu rata-rata wanita sahaja. Lelaki tak ramai. Ada buku yang pernah saya baca mengatakan wanita akan lebih tertarik untuk membeli dari jurujual wanita. Lelaki? Sudah tentu lelaki lebih tertarik kepada wanita juga kan... Muka hensem macam 'pakcik' ni tak menarik ke? Menarik... kanak-kanak ler yang suka beli roti ngan pakcik.. huhuhu
"Jantan tau, pompuan tak tau..." (dialog pilem Masam-masam Manis)
No comments:
Post a Comment