Sabtu 10 Disember adalah hari bermulanya sejarah saya di pasar malam. Malam pertama berniaga di pasar malam. Saya dan isteri membuat roti sekadar 100 biji sahaja. Perlu test market dulu. Egg tart tak buat sebab risiko nya terlalu tinggi. Biarlah test dengan roti dulu. Bila dah mantain nanti baru ler kita akan tampilkan egg tart.
Jualan dari jam 5 petang tu berjalan lancar walaupun agak slow sebab hujan renyai sekali-sekala. Menjelang jam 7 malam barulah ramai orang. Jam 7.30 isteri saya datang membantu untuk cover waktu maghrib. Pukul 10 kami pun tutup kedai. Jualan hari pertama ini tak lah banyak macam jualan di stesen LRT. Pencapaian jualan RM73 dalam masa 5 jam di pasar malam walaupun tak banyak tapi pengalaman di pasar malam cukup membuatkan saya seronok. Dan saya sedar pasar malam ada keistimewaannya sendiri. Beberapa pelajaran telah saya dapat dalam tempoh 5 jam itu.
Saya buat perbandingan dengan menjaja di stesen LRT antaranya:
LRT- Pelanggan baru balik kerja, rushing, takde niat asal untuk berbelanja, tapi lapar.
Pmlm- Pelanggan datang santai, memang datang untuk berbelanja.
LRT- Pelanggan lalu dan terus pergi.
Pmlm- Pelanggan boleh lalu ulang-alik banyak kali. Bersiar-siar?
LRT- Pelanggan ramai dari wanita berkerjaya.
Pmlm- Pelanggan ramai campur aduk lelaki pompuan dan keluarga.
LRT- Produk tertentu saja yang jadi pilihan selera pelanggan.
Pmlm- Apa jenis produk pun akan dibeli orang.
LRT- Suasana aman takde kecoh-kecoh
Pmlm- Suasananya masyaAllah hingaq bingaq....
No comments:
Post a Comment