-catatan sendiri-
Hari: Isnin 19/12/05
Lokasi: Stesen LRT Bdr Tasik Selatan
Masa: 5.30pm ~ 6.30pm (1 jam saja)
Produk: 24pcs Egg Tart, 15pcs Pizza Bun
Hasil: Egg Tart habis, Pizza Bun baki 2pcs
Catatan:
Prospek customer yang lebih bagus - Ramai orang & ada hentian bas, ada bas dan ada orang tunggu bas (kalau setakat ada bus stop saja tak guna la).
Persaingan - Ada pakcik jual Pau, aci jual kacang putih dan makcik jual kuih & nasi lemak berlauk.
Specific Location - Kawasan lapang antara kacang putih dan pau, redup petang tapi takde bumbung.
Logistik - Naik LRT saja. Bawa tray & kerusi lipat naik LRT? Selamber..... hahaha. Boleh kalau nak bawa kereta tapi masa balik nanti confirm jalan jem giler kat jalan masuk BTR.
Rancangan susulan - Next time nak cuba bawa kereta. Bawa payung, meja, kerusi lipat dan barang dagangan.
Hari: Selasa 20/12/05
Lokasi: Pasar Malam Selasa Jln Makmur BTR
Masa: 5.30pm ~ 9.00pm (3.5 jam)
Produk: 24pcs Egg Tart, 20pcs Pizza Bun, 6pcs Red Bean Bun
Hasil: Egg Tart habis, Pizza Bun baki 1pc, Red Bean Bun baki 3pcs
Catatan:
Prospek customer - memang ramai lalu lalang.
Persaingan - ramai peniaga makanan lain
Logistik - dekat ngan rumah, jalan kaki pun boleh
Egg Tart dilihat menarik waktu terang sebelum maghrib ramai beli. Malam saya tak pasang lampu, cuma tumpang cahaya lampu gerai sebelah; sebab tu tak menarik.
Catatan: Tempoh masa panjang (petang sampai malam), takde tapak kosong (tumpang selit kat tapak orang je), pakcik AJK tak 'mesra' dan penat esok nak kerja; itulah antara faktor yang membimbangkan.
Rancangan susulan - Tangguh
nota:
kapasiti pengeluaran sekarang - Egg tart meningkat dari 1kg/day(52pcs) kepada 1.5kg/day(78pcs). Kaedah pembuatan telah dikemaskinikan. Pastry disediakan siap dengan acuan dan disimpan didalam peti sejuk. Esok cuma nak bancuh egg castard filling saja dan sedia untuk dimasak.
Roti masih 2kg/day(65pcs). (Mrs Baker kata dia boleh bikin roti 3kg/day dengan syarat mesti mau kasi jual habis. Huh inilah cabarannya....
No comments:
Post a Comment