Sambil berjaja petang semalam ada lah dua orang budak perempuan menjaga gerai rojak buah di sebelah meja saya. Yang seorang tu memang saya kenal lah, anak tokey rojak; tapi yang seorang lagi ni macam pernah nampak. Anak orang Sri Kota gak ni.
Saya tegur budak tu.
"Sekolah lagi ke dik?"
"ha ah"
"Tingkatan berapa?"
"Tingkatan dua"
"Cuti-cuti sekolah ni takde buat apa-apa ke?"
"Takde.. ni tolong-tolong kawan jer.."
"Nak kerja jual roti tak?" (saya cuba buka iklan kerja)
"hihihi..." (gelak pulak.. dia ingat saya gurau ke)
"laaa.. betul ni. jaga gerai kat sini"
"Jual roti pakcik ni?" (cis... dia panggil aku pakcik. Tua sangat ker aku ni?)
"Iyee.. sehari sepuluh ringgit, dari pukul 5 sampai pukul 7"
Dia berbisik-bisik dengan kawannya si anak tokey rojak tu.
Lalu anak tokey rojak pun cakap, "Dia tolong sini pun bayar jugak pakcik"
"oooo.. ye ke.. ingatkan saja tolong-tolong jer.."
"ha ah pakcik. Sepuluh ringit jugak tapi dari pukul 11 pagi lah"
"oooo... gitu. Tapi dengan abang ni kerja dua jam jer la. Kalau ada kawan lain ke nak kerja...?" (sambil iklan tu cuba la nak tukar pakcik kepada abang..hehe.)
"errr... boleh lah pakcik" (pakcik lagi...)
"Betul boleh? Tapi ni tokey tak marah ke?"
"Takde lah... Boleh jugak teman-temankan, lagipun kat sebelah je."
"Ok. Hari Isnin nanti boleh mula"
No comments:
Post a Comment