Thursday, February 16, 2006

14 Feb 2006 / 15 Muharam 1427

Hari ini dalam sejarah; hari pertama saya menjalankan perniagaan di kedai. Lokasi di Flat Sri Sabah, berhampiran Stadium Badminton Cheras. Kaedah perkongsian menyerupai franchise dipersetujui dengan pemilik asalnya.

Sebuah kedai roti & kek orang Melayu. Maaf cakap, terlalu banyak ruang untuk improvement. Buat masa ini oleh kerana sedang berusaha mengumpul dana, saya terpaksa teruskannya seperti sedia ada (as typical as it is) cuma improvement yang tak melibatkan kos tinggi perlu dimulakan.

Improvement bermula dari aspek kebersihan. Improvement yang tak memerlukan modal besar ini kalau tak buat juga maka kedai tu akan tenggelam dalam suasana sekitarnya.

Product improvement juga perlu dilakukan serta-merta. Begitu juga dengan Price Revision. Ada terdapat produk yang dijual tanpa mengambil kira kos. Produk baru dan kreatif serta menarik juga perlu ditambah dalam senarai produk.

Sistem kerja juga tak perlukan kos yang tinggi untuk dilakukan improvement. Rekod keluar masuk produk dan bahan mentah mesti dibuat. Rekod kehadiran perlu dicatat dalam kad.

Begitu juga dengan komunikasi dua hala dengan pekerja. Sebagaimana saya ingin dihargai di tempat kerja, maka saya juga mesti menghargai pekerja-pekerja saya kerana nadi sebuah kedai bakeri ialah BAKER.

No comments:

Post a Comment