Pagi jumaat tu saya terima sms: [Abg sy tak sihat ni.sy nak pi klinik.]
Saya jawab ringkas: [ok]
Dalam fikiran saya, habislah hari ni langsung takde roti kat kedai. Hari ni kena amik cuti secara kecemasan la camni. Cuti lulus on de spot, Alhamdulillah. Ni yang saya sayang kat manager ni... muahahaha.
Jam 12tengahari saya sampai di kedai. Tengok baker ni buat kerja macam biasa. Budak cashier baru sampai membantu di dapur. (Cashier ni saya dah tambah gaji untuk buat tugas Assistant Baker)
"Laaa... tak pergi klinik ke?"
"Tak. Makan panadol je"
"Apsal tak gi klinik? Dah, lepas ni pergi klinik"
"Takpela bang dah ok dah"
"Betul ni dah ok? Karang pengsan depan oven ni karang. Kalau tak sihat jangan paksa diri"
"Iye.. betul dah okay."
Komited sungguh baker sorang ni. Untung saya dapat pekerja yang bertanggungjawab macam ni. Dia dah sedia ada sense of belonging terhadap kedai tu.
Hari Ahad saya sekali lagi buat perubahan terhadap susunatur dalam kedai. Ruang jualan seluas 20'x12' tu saya kurangkan kepada 10'x12' saja. Selebihnya saya susun atur untuk ruang kerja dan dapatkan sikit ruang yang sesuai untuk buat bilik solat. Tak perlu berkejar-kejar lagi kemana-mana untuk solat.
No comments:
Post a Comment