Rabu dan Jumaat lalu saya ambil cuti. Hari ni datang kerja tapi esok dan lusa saya akan bercuti lagi. Banyak perkara nak diurus.
Rabu lalu selepas urusan buka akaun syarikat di BCB, saya ke pejabat RapidKL untuk bertanyakan tentang ruangniaga untuk disewa di stesen LRT. Jumaat pula ke KWSP untuk buka akaun KWSP untuk syarikat. Kemudian buka akaun di OCBC, loan dah lulus. Lepas tu saya naik motor ke Hulu Kelang. Solat Jumaat di Masjid Assobirin Taman Permata sebelum ke Bakeri Ria Taman Melawati untuk membincangkan hal franchise. (pasal franchise jangan tanya ye. confidential.. hehe )
Sabtu buat tinjauan sekali lagi ke stesen-stesen LRT. Stesen Pasar Seni, Kerinchi, Universiti dan Kelana Jaya. Proposal diperlukan untuk tujuan sewa ruangniaga. Ntah bila lah proposal tu nak siap hehe.. Belanja besar gak kalau nak sewa dalam stesen LRT tu. Tunggu kumpul modal; kita bikin satu-satu dulu ye. Yang ada ni pun belum setel lagi.
Salute atas semangat cik Bahtiar berjuang dan merintis usaha roti. Patut ditiru. :-)
ReplyDelete