Dah tiga hari menjalankan kedai ni. Tiga hari jugalah baker bertungkus lumus menyediakan roti paling kurang 10kg. Hinggakan terpaksa bekerja lebih masa. Saya perlukan bekalan yang cukup untuk jualan di kedai dan juga jualan di Flat Sri Kota. Sekarang ni baker hanya buat roti saja dan tak sempat buat sebarang kek. Saya pun memang suruh baker tumpukan kepada buat roti dulu sehingga dapat assistant baker yang baru nanti. Bila dah ada assistant nanti baru dia boleh buat kek serba sikit. Itupun kami tak buat kek untuk tempahan. Begitu juga roti; kami tak ambil tempahan.
Sebelum saya mengambilalih kedai ini dulu, saya diberitahu hasil jualan harian agak bagus. Saya sendiri juga melihatnya. Rupa-rupanya saya dapati jualan meningkat disebabkan oleh kek tempahan. Kek tempahan ini pula dibuat oleh cawangan Sri Penara dan juga Taman Melawati. Jualan tinggi tak bermakna profit tinggi. You know what i mean... Bila saya ambilalih kedai dan bekalan kek habis, baru saya tahu kenapa jualan mereka bagus. Kalau kedai ini hanya bergantung kepada hasil jualan roti sahaja maka jualan tak akan mencapai target malah lebih rendah lagi.
Saya juga dapat kesan yang dulu, baker buat roti sama juga 10kg tapi banyak roti masuk tong sampah sebab roti banyak dan walk-in customer kadangkala kurang. Ini satu pembaziran dan kerugian!! Kedai ini sebenarnya sebelum ini mengalami kerugian yang tak disedari oleh tokey kedai. Jadi strategi saya sekarang ialah memberi tumpuan kepada roti sahaja. Buat roti 10kg maka jual pun mesti 10kg. Gerai di Sri Kota yang hanya buka dua meja lipat itu sebagai penyelamat.
Dah tiga hari ini jugalah tak ada lagi roti yang masuk tong sampah. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment