Sabtu 14.5.2005 sungguh istimewa sekali. Bagaikan satu permulaan sejarah bagi diri saya. Dengan style ringkas berseluar jeans biru dan berkemeja putih lengan panjang dilipat (ala-ala driver teksi gitu) saya keluar dari rumah tepat jam 8.00 pagi.
Aktiviti utama Sabtu 14.5 adalah untuk menguruskan pertukaran sekolah anak saya dari Subang Jaya Selangor ke Cheras KL. Urusan dibuat di Pejabat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Jalan Semarak KL. Markah penuh patut diberi kepada jabatan yang pada saya sangat efisien meluluskan permohonan dalam masa tak sampai 15 minit. Mungkin dalam 10 minit je agakya, sebab 15 minit tu saya kira dari saya mula parking motor hingga saya kembali start enjin motor. Maafkan saya kiranya sebelum ini saya telah berprasangka di sebaliknya terhadap jabatan. Mungkin juga permohonan yang lengkap dengan segala lampiran dan sokongan guru besar dengan 4 salinan itu juga adalah faktor penyumbang kepada efficiency tersebut... Mungkin juga sebab takde orang lain pun; cuma saya sorang je. Apapun syabas kepada JPNWP.
Aktiviti kedua adalah penghantaran istimewa roti yang dipesan oleh pelanggan VVIP. Jam 9 pagi saya keluar dari JPNWP menuju ke Menara PGRM di Cheras. Setiba di sana saya menghubungi Kak Sya. Seperti yang diminta, penghantaran dibuat melalui rakan sepejabat Kak Sya. Belum ada rezeki untuk bertemu sebab Kak Sya tak ada di pejabat.
Selesai urusan di PGRM, SMS dihantar kepada Zino. Saya diberitahu akan satu perjumpaan yang dianjurkan oleh Zar. Secara spontan saya setuju untuk turut serta. Sementara itu saya beralih kepada penghantaran seterusnya ke Pantai Dalam. Dengan style budak Fast Food Delivery (ala-ala budak lepas SPM) saya menyempurnakan penghantaran hingga ke depan pintu rumah Melor. (Melor kata saya macam budak 15 tahun? hahaha)
Selesai urusan di PD pagi masih awal, kebetulan lalu didepan Midvalley Megamall, teringat pulak cikgu saya kata tokey Breadtalk tu member seguru dia masa di Taiwan 10 tahun dulu. Singgah le saya ke situ. BreadTalk memang hebat. Pagi tu depan mata saya tengok pekerja dapur dia tak kurang 13 orang sedang sibuk menyediakan roti. Design rotinya fuhhh sangat menarik... harganya pun manarik sampai 2 kali ganda tingginya.. hehehe.. Terasa demotivated la sekejap melihatnya. Tapi ye la kan sorang punya kerja nak banding dengan 13 orang punya kerja mana adil.. "kau tunggu nanti aku kompol 13 orang Baker aku sendiri nanti..." nak cover la tu.. hehe
"... di tupai-tupai jam 2..." sms dari Bang Zino berbunyi. " Tupai? mana tu? tak tau.." balas saya ringkas. "Tupai atas pokok.hehe....." sempat lagi Bang Zino bergurau sebelum menjelaskan lokasi perjumpaan. Masih awal lagi, jadi saya ke BTR berehat dan bersembang di rumah kakak sambil menunggu waktu Zohor. Dipendekkan cerita sayapun tiba di Restoran Tupai Tupai. Seorang lelaki berserban menggamit nun dari tengah ruang restoran. Saya membalas sambil membetulkan letak motor ke tempatnya. Suasana meja tu memang meriah sekali. Dari Roti sampailah ke 'baju drebar teksi' saya dijadikan bahan bualan. Hehehe... kira okey ler dari takde bahan nak sembang. Saya ni jenis 'menjawab soalan cepumas'je; memang saya tak berapa pandai bersembang kalau pertama kali jumpa. Pemalu le konon. hehehe. Memang segan pun jumpa orang hebat-hebat.
Terima kasih kepada Bang EP kerana men'sponsor' makan-makan pada hari itu. Terima kasih kepada semua; Bang Zino, Pak Latip, Zar, Melor & suami. InsyaAllah niat saya nanti nak jemput kenkawan yang sudi ke rumah baru (baru pindah bukan rumah baru) saya di Bandar Tun Razak. Jumpa ramai-ramai. Boleh le kita rasa roti yang segar dan panas baru keluar dari oven. Bila? tak tau lagi ler; tunggulah nanti saya pindah ke sana.
I will welcome you to the Baker's Place.
No comments:
Post a Comment