Alhamdulillah. Ramai yang menawarkan peluang untuk saya memperkembangkan jualan roti. Terima kasih. Saya sangat-sangat menghargainya. Walaubagaimanapun buat masa ini saya terpaksa mengalah dengan kemampuan saya yang terhad sekarang ni. Saya masih lagi bekerja sebagai Helpdesk di PJ sini. Saya masih baru dan masih mengusahakan roti secara part time. Almaklumlah namapun dah part time sudah tentu terhad kemampuannya untuk bergerak secara besar-besaran.
Saya cuma bebas menggerakkan jualan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Hari sabtu sesudah subuh proses pembuatan roti bermula dengan kapasiti pengeluaran +/- 24 biji setiap 20 minit; tidak termasuk 2 jam pertama untuk penyediaan bahan dan tempoh proses proving (first proving, intermediate proving & final proving).
Untuk jualan harian di gerai mapley, selesai kerja saya pulang ke rumah dan lepas Maghrib saya mulakan adunan 1 kilo dan semua proses hanya akan siap dalam masa tak kurang 3 jam, hanya untuk 30 biji roti. Walaubagaimanapun, hati akan puas bila tengok roti-roti yang masih panas tersusun cantik atas tray... mmmm. menyelerakan..
No comments:
Post a Comment