Alhamdulillah, selamat berpindah ke Bandar Tun Razak, satu tempat yang dulunya lebih dikenali sebagai Kampung Konggo. Dulu-dulu dengar saja nama Kampung Konggo orang dah takut nak pergi; ntah hulu ceruk mana ntah. Sekarang Kampung Konggo tersebut dah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun. Rumah teres kos rendah 2 bilik yang dulunya berharga RM18,000 sekarang dinilai sehingga RM100,000. Itupun berebut orang nak beli. Sewa? Mahalpun orang sanggup sewa. Lokasi yang sungguh strategik ditambah dengan kemudahan yang ada serta suasana persekitaran menguatkan sebab mengapa BTR menjadi pilihan; sebab saudara-mara ada di BTR pun ye juga... hehe.
Siap pindah barang tapi semua belum berkemas lagi. Balik kerja nanti sambung berkemas. Minggu ni belum boleh buat roti. Minggu depan pula ada Kursus Pengurusan Kewangan anjuran Mara; oleh kerana saya tak boleh cuti seminggu maka isteri saya gantikan tempat saya. Dah lama sangat tak buat roti ni; menuntut ilmu pun penting juga.
No comments:
Post a Comment