Monday, December 19, 2005

Sponge Cake

Sponge Cake banyak digunakan sebagai asas pelbagai kek. Kaedah penyediaan Sponge Cake juga ada beberapa cara.

Salah satu cara ialah dengan menggunakan Sponge Cake Mix yang boleh dibeli di kedai bahan kek. Saya sarankan supaya belilah yang lokal dan diyakini halal contohnya dari Kuantan Flour Mill Boleh tanya di kedai bahan dia guna brand apa.

Lagi satu cara ialah kaedah Emulsified Sponge Cake. Yang ni menggunakan bahan emulsi kek yang macam minyak gris warna oren tu. Sekali lagi tanya dulu pada si penjual tu.

Cara yang paling asas sekali ialah Traditional Sponge Cake. Nah resepinya saya tampilkan disini ya. Kalau nak cuba silakan.

Bahan:
5 biji telur gred-B
150g gula halus
120g tepung gandum
80g mentega cair (boleh guna margerin cair, minyak jagung mahupun minyak masak biasa)

Cara: putar telur dan gula hingga kembang, lembut dan gebu. Masukkan tepung dan putar perlahan supaya sebati. Masukkan mentega cair dan kacau hingga rata. Tuang ke dalam acuan dan bakar dengan suhu 180 darjah-C

*cara sediakan acuan: sapukan margerin pada dasar acuan. Potong kertas minyak ikut saiz & bentuk acuan. Alas dasar acuan dengan kertas.

1 comment:

  1. salam tuan.
    resepi ni memang tak der letak baking atau ovalate ye?

    ReplyDelete