Thursday, March 23, 2006

Demand vs Supply

Suatu petang semasa saya menjaja di tepi jalan depan stesen LRT, datang seorang perempuan.

perempuan,"Saya ada cafe kat Putrajaya. Awak nak tak letak roti kat cafe saya?"
saya,"Saya tak buat untuk supply. Lagipun Putrajaya jauh tu. Saya tak dapat nak hantar sebab saya masih bekerja, bukan full time buat roti ni" saya cuba berterus terang.
perempuan,"Rumah kat mana?"
saya,"kat Jalan Ikhlas ni je"
perempuan,"oooo dekat je... takpe saya boleh ambil kat rumah awak je la. On the way ke Putrajaya tu saya singgah la ambil roti kat rumah awak" nampaknya dia ni sungguh-sungguh.

Maka perbincangan ditepi jalan tu berlangsunglah diselang seli dengan pelanggan yang datang membeli roti.

perempuan,"Okey kita bincang harga pulak. Yang ni macammana?" sambil menunjukkan roti di dalam tray.
saya,"yang ni, yang ni di kedai saya jual RM1.20 tapi kat sini saya jual RM1.00 saja. Kalau saya supply pun harga tetap RM1.00" perempuan tu dah buat muka terkejut.
perempuan,"tak dapat murah lagi ke?"
saya,"itu harga promosi dah tu, kat kedai saya jual RM1.20. Kat Putrajaya awak rasa-rasa boleh jual berapa harga?"
perempuan,"RM1.50 boleh lagi ni..."
saya,"so awak dah boleh untung 50sen, okey dah tu. Saya pun untung sikit je. Kalau awak rasa boleh jual RM1.60 ke terpulanglah tapi kita kira cash la. Kalau ambil consignment saya tetapkan harga RM1.20" dia nampak macam blurr.
parempuan,"laaa... apa lak nak cash. Saya jamin kat sana boleh jual punya."
saya,"okey lah tu kalau awak jamin boleh jual ambil je lah cash. Kalau ambil consignment, tak habis jual baki roti tu dipulang kat saya takpelah saya tanggung ruginya tapi harga kena ikut harga sayalah. Kalau ikut harga awak pastu roti tak laku, takkan nak pulangkan balik roti kat saya."

saya,"susah tu nak supply.... Putrajaya jauh. apa kata awak buat je roti sendiri. sesuai tu tempat gitu. Mesin mixer pun awak dah ada kan"
perempuan,"saya tak tau buat roti"
saya,"kalau tak tau boleh belajar. awak boleh belajar kat kedai saya. pekerja saya boleh ajarkan. awak bayar je RM100 kat dia. Semua jenis roti yang ada kat kedai tu dia boleh ajarkan" saya cuba nak membantu lah konon.

Bincang-punya bincang akhirnya...
perempuan,"takpelah kalau awak tak mau, saya cuma nak tolong awak je"
saya,"okeylah terima kasih"
Loh.. siapa yang nak tolong siapa ni sebenarnya? Bila masa saya mintak tolong ni?

Sebenarnya saya tak pernah pergi kepada sesiapa untuk minta supply roti kepada diorang; tapi diorang yang datang tanya kalau saya boleh supply. Itu sebenarnya satu petanda baik; tapi petanda yang kurang baik ialah diorang ni banyak yang jenis tak mahu tanggung risiko. Tambah lagi jenis nak murah. Ada pernah juga Pizza Bun orang nak saya supply dengan harga 60sen. Ini harga nak bunuh perniagaan saya la ni. Langsung saya tak ada untung la kalau gitu. Pastu kalau tak habis pulang balik kat saya.

Kalau nak kata saya sombong tak mau supply pun takpe lah. Saya ni masih bekerja makan gaji, tak layak buat kerja-kerja supply ni. Masalah delivery pula nanti. Asalkan saya mampu kendalikan kedai sendiri pun dah memadai buat masa ni; tapi direct selling to customer door-to-door, menjaja tepi jalan, tetap menjadi kegemaran saya sebab dengan cara begitulah saya bermula.

1 comment:

  1. salam.. saya amat bersetuju dgn pendapat anda.. kadang2 mereka ni, minta murah dengan keterlaluan.. nak untung besar ajer.. rugi xnak tanggung.. tp bila diorang pegi secret recipe .. xder pulak minta kurang,, walau 1 slice cake rm7-8.. tetap bayar tnpa byk ckp.. kesiankan peniaga kecil melayu .. kalau org melayu sendiri xnak sokong.. Moga perniagaan anda terus maju dan succes :)

    ReplyDelete