Ada seorang makcik jual kuih selang gerai rojak. Sekali tu dia datang ke gerai saya. Sembang punya sembang ayat ni keluar "Bolehlah ajar makcik buat roti ye..." Saya kononnya nak merendah diri ler dengan ramahnya menjawab "Saya ni baru lagi makcik, tak layak lagi mengajar..." Jadi maksud tersiratnya, makcik kalau nak buat roti gi cari kelas buat roti ler lagi bagus.....
Tau apa makcik tu punya respons? "Hah.. takut orang potong jalan dia la tu..." Aduhhhh... telinga sakit hati pun sakit mendengarnya... Makcik ni dah lebih, ingat saya takut ke kalau dia pandai buat roti. Ingat buat roti senang macam buat cekodok ke? Tu dah boring buat karipap la tu agaknya. Sebab tak mau panjang cerita maka saya sengih je lah... hehehe. Biarlah dia paham yang saya takut dia potong jalan.
Makcik yang jual kue-teow memang bagus, hari-hari beli egg tart. Siap promote lagi egg tart sedap. Lepas beli kue-teow pelanggan dia datang beli egg tart. Macam tu la bagus. Sesekali saya pun beli gak kue-teow dia. Dia buat kuah sedap.
Lain kali kalau orang cakap "Bolehlah ajar buat roti ye..." saya akan bagi jawapan standard begini "Bolehhhh...."
Kalau sungguh-sungguh nak belajar orang sepatutnya akan cakap begini: "Hari Sabtu ke Ahad ni free tak? Boleh tak tolong ajar buat roti?" Tapi janganlah belajar untuk suka-suka je, nak tambah pengetahuan lah konon. Saya tak mau bazirkan masa 4 jam lebih dengan penatnya lagi semata-mata mengajar orang untuk suka-suka. Penat woo buat roti. Lagi penat kalau tau orang yang kita ajar tu setakat nak belajar suka-suka je.... Kalau dah belajar mesti balik rumah terus cuba buat sendiri. Itulah cara betul menghargai ilmu. Bukan sekadar tahu untuk suka-suka lepas tu tinggal begitu saja. Lebih baik gi belajar kat kelas, dapat ramai kawan lagi.
Kalau rasa nak gak belajar suka-suka boleh lah pergi mana-mana kelas yang dibuat oleh kedai bahan kek&roti. Saya pun mula belajar kat kedai-kedai bahan juga. Kita boleh pilih kelas mana kita nak masuk. Chef yang mengajar pun ada ramai dan kita boleh pilih ikut jadual bulanan yang dikeluarkan. Kalau ada niat nak berniaga, ingat satu faktor yang penting ni; 'FOCUS'.
No comments:
Post a Comment