resepi percuma dari kilang tepung cap kunci.. hehe
Bahan:
1000g tepung high protein
20g instant yeast
5g bread improver
15g garam
50g susu tepung
250g gula pasir
450g air sejuk (sejuk ais)
2 biji telur gred-B
100g butter atau marjerin
100g shortening
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan yang kering dan gaulkan. Kemudian masukkan telur & air, adun rata sekitar 5 minit sehingga dapat satu doh kasar. Masukkan butter/margarine dan shortening dan uli lagi 20 minit sehingga dapat doh yang kenyal. Rehatkan doh dalam bekas bertutup sekitar 15minit, kemudian potong, timbang 50g atau 60g setiap satu dan bulatkan. Rehatkan lagi sekitar 10minit, lalu bentuk atau isi sesuai selera. Rehatkan lagi sekitar 60 ke 75minit atau 2 kali ukuran asal. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah C selama 15 ke 20 minit hingga kekuningan.
Selamat mencuba.
nota: Kalau takde mesin dough mixer dan nak uli dengan tangan, adalah lebih baik buat sikit je. Setengah adunan ataupun suku adunan. Lenguh wooo uli satu kilo dengan tangan...
lupa lak nak bagi tips...
tips: bahan minyak tu bolehlah gunakan sepenuhnya butter mahupun sepenuhnya margerin. contohnya 200g butter.
lagi, Bread improver tu kalau takde pun boleh juga.
tips lagi, suhu bilik semasa rehat 60minit tu mestilah antara 35 ke 39degree C. Kalau suhu bilik sejuk dia lambat naik.
No comments:
Post a Comment