Habis kerja petang semalam bila naik atas motorsikal terasa lain macam... Alamak!! tayar pancit... Telefon isteri, bagitau mungkin hari ni lewat. Isteri pula kata di BTR sekarang tengah hujan, tapi kat PJ ni tak hujan pulak. Cuma mendung je. Terus bawa motor perlahan-lahan ke kedai motor. Tukar tiub tayar. Jam dah pukul 4.40 petang. Dah lewat dah ni. Alamatnya buka gerai lewat ler hari ni. Siap je terus saya pecut motor tak hingat... (alaa... takat mana la nak pecut ngan kapcai buruk tu...)
Sampai rumah terus mandi dan solat Asar. Tak sempat jamah apa makanan pun. Isteri dah ready loading semua barang ke dalam kereta. Jam 5.10 baru gerak dari rumah. Sampai stesen LRT BTR ada pulak parking kosong ngam-ngam depan stesen. Terus keluarkan bebarang dan buka meja. Cuaca agak segar basah-basah selepas hujan.
Memula slow sikit tapi mula dari jam 5.30 nampak gayanya ramai pelanggan. Alhamdulillah. Rezeki ni. Repeat customer pun ramai gak yang datang beli. Jam 6.30 semuanya dah licin takde satu pun yang tinggal. Semuanya habis dijual. Wow!! satu setengah jam je berniaga hari ni. Alhamdulillah. Rezeki selepas hujan lah ni agaknya ye...
No comments:
Post a Comment