Selamat datang Ramadhan...
Harapnya Ramadhan tahun ini saya dapat mempertingkatkan amalan bagi mencari keredhaanNya; Berpuasa dengan ertikata sebenar dan bukan sekadar puasa makan sahaja.
Apa itu berpuasa? Masa saya di Korea dulu ada satu jawapan ringkas yang mudah difahami oleh orang Korea "Kalau berpuasa orang Islam tak makan waktu siang, hanya makan pada waktu malam." Oooo.. macam tu ke... Bila dah ada anak dan apabila anak saya pula tanyakan soalan yang sama. Jawapan pertama untuk anak ini ialah jawapan yang sama, kemudian barulah diterangkan perihal rukun islam dan lain-lain perihal puasa. Sekarang anak saya yang 4 tahun pun dah tau pompuan period takleh puasa dan takleh solat... hehehe
Bulan Ramadhan ni kata golongan peniaga ialah bulan rezeki. Limpahan rezeki dimana-mana. Saya pada mulanya teruja juga nak berniaga di bulan Ramadhan tapi hati ini masih berbelah bagi. Mungkin berniaga mungkin tidak, atau mungkin berniaga dihujung minggu saja. Definisi berniaga dibulan Ramadhan bagi diri saya mungkin tak sama dengan orang lain. Tak dapat keputusan muktamad.....
No comments:
Post a Comment