Hasil perbincangan dengan 'partner', jadual berniaga akan berubah mulai minggu depan. Perubahan ini perlu bagi memberi sedikit ruang untuk isteri berehat dan juga meluangkan masa untuk kebajikan anak-anak. Berniaga berniaga juga, anak-anak tak boleh diabaikan. Betul tak?
Jadual baru adalah seperti berikut:-
Waktu berniaga: Isnin,Rabu,Jumaat ( 5pm ~ 7pm )
Lokasi: LRT Bandar Tun Razak
* Selasa dan Khamis cuti rehat.
Hari Selasa dan Khamis akan digunakan untuk keluar membeli bahan atau mencari peluang baru... hehehe. Tapi takkan berniaga tiga hari je seminggu? Sebenarnya saya ada rancangan lain untuk berniaga di pasar pagi Sabtu dan Ahad. Kalau tak dapat tapak, saya akan jalan dari rumah ke rumah macam memula dulu. Itupun salah satu khidmat masyarakat juga kan... Makanan sedia dimakan lalu depan rumah; Panggil, pilih, bayar dan makan. Tak perlu turun ke kedai yang jauh tu... hehehe.
No comments:
Post a Comment