Macam-macam hal pasal bazaar Ramadhan.
Bandar Tun Razak ni saja entah berapa banyak lokasi bazaar yang akan tumbuh dalam bulan Ramadhan nanti. Berhampiran Pusat Komuniti BTR ini saja akan ada 2 bazaar. Apa cerita la ni... Jangan nanti peniaga lebih ramai dari pembeli.
Semalam saya ke rumah Kak Asmah yang jual Yongtaufoo depan stesen LRT tu; bincang pasal bazaar Ramadhan. Saya ambil keputusan untuk tarik diri saja dari bazaar Ramadhan tu. Kak Asmah nak tunggu dulu, nak pikir lagi. Saya nak teruskan menjaja di depan stesen LRT tu. Takde lagi pikir susah payah. Jual Egg tart dan mungkin juga nak cuba jual Mini Pizza Bun...
No comments:
Post a Comment