Hari Sabtu dipenuhi dengan aktiviti pilot run produksi roti. Azwa (adik bongsu) dan Kak Jie (kakak ketiga) datang hampir tengahari. Adunan 4 kilo disediakan. 2 kilo yang pertama siap dibuat 30 Red Bean Bun dan 21 Coconut Butter Bun. Semua dah ready. Roti dah cukup final proving. Oven pun siap pre-heat 180 degree; tetapi sesuatu telah berlaku..!! Fius utama terbakar.. alamak!! macammana ni??? 2 kilo dah siap proving. 2 kilo lagi baru je siap uli. Nampak gayanya macam kena buang je la semua tu.....
Terus saya menghubungi tuan rumah. Tuan rumah janji akan datang segera. Dalam 45 minit menunggu tuan rumah suami isteri pun sampai. Kak Moon siap bawa Tart Durian lagi tu; terima kasih.. Mujurlah tuan rumah orang yang arif pasal karan-karan ni.. kontraktor lah katakan... Selesai membaiki dan menukar fius. Saya pun menge'test' dengan oven tu. Saya minta Kak Moon dan suami tunggu dulu sambil saya bakar roti. Boleh makan sama-sama.. Sambil membakar roti sambil sembang. Ramah sungguh tuan rumah saya ni, banyak ler benda yang disembangkan, siap bagi sokongan lagi untuk saya berniaga roti. Sempat jugalah saya ajar Kak Moon macammana nak buat roti sosej.
Perasaan gembira pun ada sebab dapat tuan rumah sporting macam tu. Dia tak kisah saya buat bisnes di rumah. Katanya dia dulupun dirumah itu jugalah dia mulakan bisnes welding. Gen-set besar duduk dalam ruang tamu, pakai karan lagi kuat dari oven tu, penuh rumah dengan besi. Tidurpun sebelah besi. "Bukan senang nak jadi senang.." kata Kak Moon mencelah. Kak Moon ni pulak bisnesnya menjahit. Memang jenis orang tak boleh duduk diam.
Tuan rumah balik saya bekalkan dengan roti. Sambung lagi membakar roti adunan kedua tu. Semua kerja selesai lepas maghrib. Siap bungkus roti untuk Kak Jie dan Azwa, nak balik cepat ler sebab kan malam tu ada konsert pertama AF. Kat rumah saya tu dahler takde Astro, TV 14 inci je pulak tu.. hehehe.. Malam tu hantar roti ke rumah mertua dan ke rumah Kak Nor (kakak kedua). Solosai semua roti.
Bagi saya roti kali ini tak perfect sebab doh sudah over-proving; tapi roti-roti tu tetap sedap dimakan. Mexican Bun juga ada masalah teknikal.. Kena pergi menuntut ilmu lagi lah ni.. Tapi kan yang peliknya adik ipar saya kata, "Rotiboi yang Kak Lang ngan Abang Bat buat ni lagi sedap dari rotiboi yang beli tu..." Iye ke ni? Kau ni saja je la nak jek jek aku ni.. hahaha
No comments:
Post a Comment