Hari Sabtu pagi; dari KL ke sekolah lama anak saya, S.K. USJ20 Subang Jaya untuk mengambil 'report-card'. Sambil menunggu tu saya hantar kereta ke bengkel feberet untuk normal servis lah konon. Huh.. lebur tiga ratus hengget sebab tukar timing belt set dengan oil seal, minyak dah leaking banyak bawah enjin.
Selesai urusan di Subang Jaya kami sekeluarga terus ke Sepang. Lokasinya di Kota Warisan Sepang, berhampiran stesen ERL Salak Tinggi. Kawan ini seorang ibu tunggal, ada 2 anak. Isteri saya kenalnya semasa berkursus anjuran MARA di Shah Alam awal bulan ini. Dari ceritanya dia ada dapat bantuan untuk ibu tunggal. Dengan duit tu dia dahpun beli sebuah mesin penguli dan sebuah oven pembakar roti komersial yang berkuasa 5.6kw (huh.. oven saya cuma 900watt jer.. huhu.. hebat betul makcik ni) Mesin tu baru diterima bulan lepas dan dia tak pernah guna juga tak reti gunapun. Semasa berkursus dulu dia guna oven jenis Europa Jetcook saja. Sembang punya sembang saya pun meng'offer'kan bantuan. Yelah tak sanggupler saya dengar nanti duit kerajaan lebur camtu jer, bagi bantuan tapi dibazirkan semata-mata tak reti guna oven dan mesin. Dana tu untuk ibu tunggal bagi meneruskan kehidupan. Tak boleh disia-siakan begitu saja.
Sesi demo membuat roti dengan mesin dan oven baru dimulakan dari jam 2.00pm hingga jam 7.00pm. Saya jadi cikgu ler hari tu.. hehe. Amik masa lama tu sebab oven baru tu masih berminyak. Oven besar lah pulak. Lepas lap-lap bahagian dalamnya kena heat-up dulu oven ni supaya segala kotoran dan grisnya hilang. Kira macam proses steril la ni. Lebih sejam juga menunggu proses ni. Penting sebab segala gas dari minyak dan gris yang terbakar tu dikhuatiri beracun kalau tidak dilepaskan. Jangan main nak cepat je guna oven baru ni. Roti dibuat ikut resepi dan apa yang kawan ni dah belajar dari berkursus tu. Saya cuma guide & test je supaya dia boleh ulangkaji dan buat sendiri. Sambil tu bagi tips penting yang tak diajar semasa kursus.
Saya respect kawan ni; semangat dia nak berniaga dan nak membesarkan anak-anak tanpa suami yang membantu. Ramai ibu tunggal yang macam ni lagi susah pun ada; yang malang tu takde kelulusan dan tak pulak cenderung untuk berniaga. Kita sebagai kawan cubalah bantu supaya dia boleh berdikari. Harap dia berjaya.
No comments:
Post a Comment