Monday, July 04, 2005

Berguru

Minggu lalu dengan satu niat tersembunyi saya ke satu kedai roti tak jauh dari BTR. Disebabkan terlalu nak tau sangat sayapun secara spontan meng'interview' lelaki yang menjaga di kaunter. Maka hasilnya dapatlah satu nombor telefon seseorang yang perlu saya hubungi. Maka sayapun menghubungi nombor itu dan menetapkan hari Sabtu pagi untuk berjumpa ditempatnya di Taman Melawati KL.

Hari Sabtu pagi tu sayapun ke Taman Melawati. Saya menjalani interview (macam sembang kedai kopi je hehehe) selama 1 jam. Yelah kan bukan senang orang nak ajar segala-galanya dari belakang dapur bakery sampailah kepada pengurusan bakery termasuklah dengan supplier contact sekali secara hands-on praktikal. Akhirnya kata putus dipersetujui. Saya diambil untuk berguru di bakery tersebut setiap hari Sabtu pagi selama 5 minggu. Yahoooo..!!! terasa macam dapat masuk universiti pulak gembiranya..

No comments:

Post a Comment