Tengahari semalam dengan niat untuk bertanya-tanya, saya ke bank HSBC di bandar PJ. Dengar khabarnya bank ni boleh bagi personal loan dengan tanpa penjamin mahupun sebarang cagaran.
Kata pegawai bank tu mengikut kelayakan saya, dia jamin saya boleh dapat pinjaman dua puluh lima ribu sahaja tetapi dia akan cuba meyakinkan pihak atasan untuk memberikan jumlah penuh lima puluh ribu berdasarkan potensi pembayaran balik yang baik. Sebenarnya saya dah berjaya yakinkan dia tentang potensi perniagaan yang ingin saya ambil alih tu. Jadinya dia yakinlah yang saya mampu bayar hutang tu nanti.
Mulanya cuma nak bertanya-tanya tetapi terus isi borang. hehehe.
Jawapan kelulusannya dalam tempoh 7 hari dan pengeluaran wangnya dalam tempoh 10 hari dari tarikh lulus.
No comments:
Post a Comment