Thursday, July 21, 2005

Saya dan Roti - 1

Saya mula makan roti setiap hari ialah sejak mula menjejak kaki ke Korea pada 1992. Disebabkan sukar mendapatkan makanan halal maka roti lah makanan pengalas perut semasa di kolej mahupun di university. Itupun cuma 2 atau 3 jenis roti sahaja yang diyakini boleh dimakan kerana bahan minyaknya daripada lemak sayuran. Kebanyakan roti yang nampak sedap-sedap tu ada shortening; lemak sayuran ke lemak haiwan ke tidak dinyatakan.

Minat untuk membuat roti bermula selepas seorang kawan memberitahu yang isterinya telah menghadiri kursus membuat roti dengan Chef Liza. Siap buat roti dan bagi saya sekeluarga mencuba rasanya. Sebelum itu kawan tersebut telah memperkenalkan buku Menjejaki Jutawan Senyap tulisan Chef Li (Chef Hj.Rusly). Sebabkan geram dengan mamat ni 56 kali sembang cerita pasal buku Jutawan Senyap ni, serta-merta saya mengajaknya pergi cari buku ni. Geram punya pasal, kalau aku tak jadi jutawan baca buku ni siap lah kau!! Itulah permulaannya bagaimana semangat keusahawanan saya dibakar. Selepas membaca buku itu saya mencari-cari apa yang saya boleh buat dan jual untuk dijadikan duit.

Macam-macam idea timbul. Nak buat karipap frozen lah, nak buat aiskrim lah; akhirnya saya kembali kepada ROTI. Pikir punya pikir saya hubungi kawan saya tu bertanyakan kelas roti Chef Liza. Kebetulan hujung minggu tu ada pulak kelas roti. Seronok sungguh buat roti ni. Perasaan puas yang tak terkata dirasai bila tengok roti-roti tersusun di atas meja. Inilah bisnes yang aku nak buat nanti, kata hati saya. Selesai kelas roti saya pun balik rumah terus ajak isteri pergi cari oven. Duit takde guna dulu kad kredit. Takpe kita ni beli benda yang boleh buat duit, jadi duit nanti bayar ler utang... dan saya terus mencuba buat roti. Chef Liza tu ajar gunakan mesin uli tepung; yang saya ni main hentam je uli guna tangan. Nah seminggu sakit urat seluruh tangan, roti pulak tak kembang macam yang di ajar. Tangan sakit hati pun sakit. Tak boleh jadik. Tunggu gaji 2 bulan (sebulan je sebenarnya tapi di advance dari sumber lain hehe..) baru saya dapat beli satu mesin uli buatan China berharga RM1400. Cuba lagi buat roti. Gembiranya hati Allah saja yang tahu. Roti menjadi, sedap, lembut, tahan lama dan yang paling penting BOLEH DIJUAL.

bersambung..

No comments:

Post a Comment