Wednesday, July 06, 2005

Kawan baru

Hari ni tak moh cakap pasal roti lagi lah... (loh dah cakap pun...)

Bulan Julai ni saya dapat 2 orang kawan Korea yang baru. Yang sama team dengan saya ialah seorang jejaka Korea yang baik dan sederhana saja orangnya. Dia ni dah 4 tahun di Malaysia. Sebelum ni bekerja di Hewlet Packard. Disebabkan HP nak alihkan call center Korean mereka ke negara asal maka kawan ni pun keluar dari HP. Dia tak mau balik Korea pasal makwe dia orang Malaysia hehehe..

Seorang lagi kawan baru ni seorang gadis Korea, (cun giler beb..) tapi dia join team lain di barisan sebelah. Tak sempat kenal lagi sebab agak sibuk sejak seminggu ni.

Di sebabkan team kami dah cukup orang maka waktu kerja pun di normalkan semula kepada 9 jam. Sebelum ni 10 jam; ada 1 jam OT. Saya masuk kerja jam 7am balik 4pm; ada masa ler nak bikin roti sebelah petang yek... (cakap pasal roti gak...)

No comments:

Post a Comment