Petang semalam saya meronda-ronda sekitar Taman Mulia BTR. Saja je membuat sedikit tinjauan. Nak dijadikan cerita saya dapat tau ada sebuah bank yang akan berpindah dan lot tersebut akan disewakan. Saya dapatkan nombor telefon agen dan bertanyakan tentang lot kedai tersebut. Kedainya bersebelahan dengan kedai mamak yang sentiasa ramai orang. Dekat pasar, dekat supermarket, populasi penduduk yang padat, sangat strategik.
Sewa bulanannya RM4000 + deposit RM8000 + deposit utility RM1000 = RM13000
Ini baru tinjauan sahaja. Saya belum cukup bersedia dari segi modal dan saya masih belum habis menuntut ilmu lagi. Sabar.. sabar...
No comments:
Post a Comment