Selamat datang Ramadhan...
Harapnya Ramadhan tahun ini saya dapat mempertingkatkan amalan bagi mencari keredhaanNya; Berpuasa dengan ertikata sebenar dan bukan sekadar puasa makan sahaja.
Apa itu berpuasa? Masa saya di Korea dulu ada satu jawapan ringkas yang mudah difahami oleh orang Korea "Kalau berpuasa orang Islam tak makan waktu siang, hanya makan pada waktu malam." Oooo.. macam tu ke... Bila dah ada anak dan apabila anak saya pula tanyakan soalan yang sama. Jawapan pertama untuk anak ini ialah jawapan yang sama, kemudian barulah diterangkan perihal rukun islam dan lain-lain perihal puasa. Sekarang anak saya yang 4 tahun pun dah tau pompuan period takleh puasa dan takleh solat... hehehe
Bulan Ramadhan ni kata golongan peniaga ialah bulan rezeki. Limpahan rezeki dimana-mana. Saya pada mulanya teruja juga nak berniaga di bulan Ramadhan tapi hati ini masih berbelah bagi. Mungkin berniaga mungkin tidak, atau mungkin berniaga dihujung minggu saja. Definisi berniaga dibulan Ramadhan bagi diri saya mungkin tak sama dengan orang lain. Tak dapat keputusan muktamad.....
Friday, September 30, 2005
Wednesday, September 28, 2005
Resepi Roti percuma..... roti tak percuma, resepi je percuma..
resepi percuma dari kilang tepung cap kunci.. hehe
Bahan:
1000g tepung high protein
20g instant yeast
5g bread improver
15g garam
50g susu tepung
250g gula pasir
450g air sejuk (sejuk ais)
2 biji telur gred-B
100g butter atau marjerin
100g shortening
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan yang kering dan gaulkan. Kemudian masukkan telur & air, adun rata sekitar 5 minit sehingga dapat satu doh kasar. Masukkan butter/margarine dan shortening dan uli lagi 20 minit sehingga dapat doh yang kenyal. Rehatkan doh dalam bekas bertutup sekitar 15minit, kemudian potong, timbang 50g atau 60g setiap satu dan bulatkan. Rehatkan lagi sekitar 10minit, lalu bentuk atau isi sesuai selera. Rehatkan lagi sekitar 60 ke 75minit atau 2 kali ukuran asal. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah C selama 15 ke 20 minit hingga kekuningan.
Selamat mencuba.
nota: Kalau takde mesin dough mixer dan nak uli dengan tangan, adalah lebih baik buat sikit je. Setengah adunan ataupun suku adunan. Lenguh wooo uli satu kilo dengan tangan...
lupa lak nak bagi tips...
tips: bahan minyak tu bolehlah gunakan sepenuhnya butter mahupun sepenuhnya margerin. contohnya 200g butter.
lagi, Bread improver tu kalau takde pun boleh juga.
tips lagi, suhu bilik semasa rehat 60minit tu mestilah antara 35 ke 39degree C. Kalau suhu bilik sejuk dia lambat naik.

Fikir fikir....
Petang semalam ada majlis undi gerai dan lot bagi penjaja yang akan dipindahkan ke bangunan PKBTR. Kecoh bang oiiii..!!! Ada la sikit selisih paham (selisih? bukan selisih lagi ni berlaga dah ni) Kesian pegawai DBKL tu nak menjawab sergahan pakcik-makcik yang naik hangin pasal gerai yang diterima (yang tak terima pun ada). Ok. Tak mau cerita detail. Ini urusan jabatan berkenaan. Kau urus lah sendiri bebaik, jangan sampai penjaja asal Bandar Tun Razak naik hangin lagi. Kerja musti mau telus dan adil. Tak mau ada misteri nusantara aaaaa...
Saya pun dah pikir masak-masak dan dari pemerhatian saya lebih baik saya lupakan saja pusat komuniti tu buat masa ini. Ada baiknya saya fikirkan alternatif lain sebab bermula bulan 12 nanti dah takleh menjaja kat depan LRT lagi. Fikir fikir....

Tuesday, September 27, 2005
Tak jadi Bazaar Ramadhan......
Macam-macam hal pasal bazaar Ramadhan.
Bandar Tun Razak ni saja entah berapa banyak lokasi bazaar yang akan tumbuh dalam bulan Ramadhan nanti. Berhampiran Pusat Komuniti BTR ini saja akan ada 2 bazaar. Apa cerita la ni... Jangan nanti peniaga lebih ramai dari pembeli.
Semalam saya ke rumah Kak Asmah yang jual Yongtaufoo depan stesen LRT tu; bincang pasal bazaar Ramadhan. Saya ambil keputusan untuk tarik diri saja dari bazaar Ramadhan tu. Kak Asmah nak tunggu dulu, nak pikir lagi. Saya nak teruskan menjaja di depan stesen LRT tu. Takde lagi pikir susah payah. Jual Egg tart dan mungkin juga nak cuba jual Mini Pizza Bun...

Friday, September 23, 2005
Tidak Dibenarkan Menjaja......
Ngam-ngam betul kat tiang tempat saya menjaja tu dah terpampang satu noticeboard "Tidak dibenarkan menjaja......"
Alamak! camna ni? Aaahh jual je la... Kita bukan curi duit orang. Kita kan WARGANEGARA MALAYSIA nak mencari rezeki; bukannya pendatang tanpa izin ke pencurik ke penagih dadah ke.... Kebetulan pulak ada sorang lelaki datang beli roti menegur..
lelaki: "ni notis ni tau tak bila kuatkuasa?"
saya: "tak tau la bang, tetiba je hari ni dah ada.. kuatkuasa serta merta kot..."
Laaa.. rupanya dia ni AJK Persatuan Penjaja BTR. Sedang elok la tu.. hehehe. Dapat gak la sembang sikit sambil dia tunggu budak sebelah sediakan rojak untuk dia.
Tapi kan kalau perhatikan betul-betul noticeboard tu hari ni..... dah takde perkataan "tidak". Cuma tinggal " dibenarkan menjaja......"
Siapa lah punya kerja ni....

Thursday, September 15, 2005
Gambaran....
Tuesday, September 13, 2005
Rezeki selepas hujan
Habis kerja petang semalam bila naik atas motorsikal terasa lain macam... Alamak!! tayar pancit... Telefon isteri, bagitau mungkin hari ni lewat. Isteri pula kata di BTR sekarang tengah hujan, tapi kat PJ ni tak hujan pulak. Cuma mendung je. Terus bawa motor perlahan-lahan ke kedai motor. Tukar tiub tayar. Jam dah pukul 4.40 petang. Dah lewat dah ni. Alamatnya buka gerai lewat ler hari ni. Siap je terus saya pecut motor tak hingat... (alaa... takat mana la nak pecut ngan kapcai buruk tu...)
Sampai rumah terus mandi dan solat Asar. Tak sempat jamah apa makanan pun. Isteri dah ready loading semua barang ke dalam kereta. Jam 5.10 baru gerak dari rumah. Sampai stesen LRT BTR ada pulak parking kosong ngam-ngam depan stesen. Terus keluarkan bebarang dan buka meja. Cuaca agak segar basah-basah selepas hujan.
Memula slow sikit tapi mula dari jam 5.30 nampak gayanya ramai pelanggan. Alhamdulillah. Rezeki ni. Repeat customer pun ramai gak yang datang beli. Jam 6.30 semuanya dah licin takde satu pun yang tinggal. Semuanya habis dijual. Wow!! satu setengah jam je berniaga hari ni. Alhamdulillah. Rezeki selepas hujan lah ni agaknya ye...

Monday, September 12, 2005
Guru Chef
Inilah senarai guru saya dalam bidang bakery ini:
1- Chef liza (roti)
2- Chef Wendy Kor (roti)
3- Chef Alex Goh (roti)
4- Chef Nor (kek)
5- Chef Baby Santiago (kek)
Semalam saya belajar 3 jenis kek dari Chef Baby Santiago. Chef Baby Santiago berasal dari Filipina. Bagi mereka yang biasa belajar di kelas Bake With Yen pastinya biasa dengar namanya.
Inilah kali kedua saya belajar buat kek. Sebelum ni saya focus terhadap roti. Segala hal berkenaan roti saya dah transfer kepada isteri dan sekarang dia dah berkebolehan untuk membuat roti tanpa bantuan saya. Dia dah boleh sembang pasal roti.... Bahagian yang kedua ialah kek. Baby Santiago kata "oooo.. making cake is easier than making bread". Senang? mmmmm... iyelah tu agaknya. Bagi saya buat kek ni la leceh. Banyak sangat jenis bahan nak dicampur aduk kan. Selain tu musti mau ada kemahiran untuk decoration; musti ada seni. Part seni tu la yang saya fail tu... Walau macammana sedap pun kek kita kalau tak pandai hias orang cuak juga nak beli. Kena amik masa gak nak dapatkan kemahiran menghias kek ni. Alamatnya banyak ler kek yang menjadi korban percubaan. Buat kek dah tau; lepas ni nak cari kelas butter cream dan icing pulak.
Sekarang ni saya perlu buat aksesori untuk oven saya tu. Oven industrial sangat sesuai untuk bakar roti tapi kalau nak bakar kek kenalah buatkan para supaya mendapatkan sedikit jarak antara api bawah. Nak gi tempah kat kedai welding. Kena sketch ler design sendiri....

Egg Tart Sri Kota
Hari Jumaat lalu memang agak sibuk. Lepas balik dari kerja, terus buka gerai jam 5pm. Lepas tu balik kol 7pm terus gi kedai untuk beli bahan untuk buat Egg Tart yang diorder secara eksklusif oleh bang Zino dan Melor. Melor ada extra order Sausage Bun.
Jam 10 malam dalam sibuk-sibuk menyediakan Egg Tart baru teringat Sausage Bun untuk Melor..... Alamak!! semua Sausage Bun dah habis dijual petang tadi!! Maka dengan kadar segera nya saya membancuh satu kilo tepung untuk membuat roti. Jam 11 malam siap bakar tart. Baru siap bakar, belum bungkus lagi. Tunggu sejuk dulu baru boleh bungkus. Sementara tu roti sedang di kembangkan. Jam 11.45pm baru mula bakar roti.
Tepat jam 1 pagi..!! semuanya dah ready untuk dihantar kerumah bang Zino. Hehehe.. ngacau orang tengah sedap tido.. Sorry ye bang...
Amacam Egg Tart Sri Kota sedap tak?

Wednesday, September 07, 2005
Tukar jadual
Hasil perbincangan dengan 'partner', jadual berniaga akan berubah mulai minggu depan. Perubahan ini perlu bagi memberi sedikit ruang untuk isteri berehat dan juga meluangkan masa untuk kebajikan anak-anak. Berniaga berniaga juga, anak-anak tak boleh diabaikan. Betul tak?
Jadual baru adalah seperti berikut:-
Waktu berniaga: Isnin,Rabu,Jumaat ( 5pm ~ 7pm )
Lokasi: LRT Bandar Tun Razak
* Selasa dan Khamis cuti rehat.
Hari Selasa dan Khamis akan digunakan untuk keluar membeli bahan atau mencari peluang baru... hehehe. Tapi takkan berniaga tiga hari je seminggu? Sebenarnya saya ada rancangan lain untuk berniaga di pasar pagi Sabtu dan Ahad. Kalau tak dapat tapak, saya akan jalan dari rumah ke rumah macam memula dulu. Itupun salah satu khidmat masyarakat juga kan... Makanan sedia dimakan lalu depan rumah; Panggil, pilih, bayar dan makan. Tak perlu turun ke kedai yang jauh tu... hehehe.

Tuesday, September 06, 2005
Bolehlah ajar buat roti ye...
Ada seorang makcik jual kuih selang gerai rojak. Sekali tu dia datang ke gerai saya. Sembang punya sembang ayat ni keluar "Bolehlah ajar makcik buat roti ye..." Saya kononnya nak merendah diri ler dengan ramahnya menjawab "Saya ni baru lagi makcik, tak layak lagi mengajar..." Jadi maksud tersiratnya, makcik kalau nak buat roti gi cari kelas buat roti ler lagi bagus.....
Tau apa makcik tu punya respons? "Hah.. takut orang potong jalan dia la tu..." Aduhhhh... telinga sakit hati pun sakit mendengarnya... Makcik ni dah lebih, ingat saya takut ke kalau dia pandai buat roti. Ingat buat roti senang macam buat cekodok ke? Tu dah boring buat karipap la tu agaknya. Sebab tak mau panjang cerita maka saya sengih je lah... hehehe. Biarlah dia paham yang saya takut dia potong jalan.
Makcik yang jual kue-teow memang bagus, hari-hari beli egg tart. Siap promote lagi egg tart sedap. Lepas beli kue-teow pelanggan dia datang beli egg tart. Macam tu la bagus. Sesekali saya pun beli gak kue-teow dia. Dia buat kuah sedap.
Lain kali kalau orang cakap "Bolehlah ajar buat roti ye..." saya akan bagi jawapan standard begini "Bolehhhh...."
Kalau sungguh-sungguh nak belajar orang sepatutnya akan cakap begini: "Hari Sabtu ke Ahad ni free tak? Boleh tak tolong ajar buat roti?" Tapi janganlah belajar untuk suka-suka je, nak tambah pengetahuan lah konon. Saya tak mau bazirkan masa 4 jam lebih dengan penatnya lagi semata-mata mengajar orang untuk suka-suka. Penat woo buat roti. Lagi penat kalau tau orang yang kita ajar tu setakat nak belajar suka-suka je.... Kalau dah belajar mesti balik rumah terus cuba buat sendiri. Itulah cara betul menghargai ilmu. Bukan sekadar tahu untuk suka-suka lepas tu tinggal begitu saja. Lebih baik gi belajar kat kelas, dapat ramai kawan lagi.
Kalau rasa nak gak belajar suka-suka boleh lah pergi mana-mana kelas yang dibuat oleh kedai bahan kek&roti. Saya pun mula belajar kat kedai-kedai bahan juga. Kita boleh pilih kelas mana kita nak masuk. Chef yang mengajar pun ada ramai dan kita boleh pilih ikut jadual bulanan yang dikeluarkan. Kalau ada niat nak berniaga, ingat satu faktor yang penting ni; 'FOCUS'.

Friday, September 02, 2005
Susah buat roti.
Susah buat roti
biniku lagi susah hati
buat roti hari-hari
aku pergi kerja pagi
petang balik jual roti...
Susah buat roti
orang tau aku kerja lagi
tak menang tangan kaki
buat roti harapkan bini
tapi apasal nak suruh aku jual sana sini
cubalah dulu kat stesen LRT
Susah buat roti
susah juga nak jual roti
tayang muka kat depan LRT
roti.. roti...mari beli...
DBKL datang cabut le lari....
Susah buat roti
bukan pasal tak cukup gaji
gaji aku mungkin gaji kau dua kali
tapi bagi aku tak cukup lagi
kalau boleh nak sepuluh kali
boleh cepat naik haji...
Susah buat roti
susah hanya hari ini
modal senang esok hari
pandang hadapan langkah berhati
tekad kuat bersimpul mati
dunia akhirat mohon diredhai.

Subscribe to:
Posts (Atom)