Thursday, July 07, 2005

Bantuan Kewangan PUNB ( skim PROSPER )

1) Pembiayaan Ekuiti
Di bawah pakej ini, PUNB menyediakan pembiayaan ekuiti sehingga 30% daripada keseluruhan kos projek berlandaskan prinsip Syari'ah, Musyarakah Mutanaqisah. Musyarakah Mutanaqisah bermaksud perkongsian kearah pengurangan pemilikan dalam syarikat usahawan. Pakej ini terbuka kepada usahawan yang memerlukan pembiayaan kewangan peruncitan yang melebihi RM 200,000. Buat masa ini, skop pembiayaan PROSPER terhad kepada pembangunan perniagaan peruncitan tidak melebihi RM 1 juta.

Contoh :-
Kos Keseluruhan Projek : RM300,000
Usahawan : RM 30,000 (10%)
PUNB ___ : RM 90,000 (30%)
----------------------------
Jumlah Ekuiti : RM120,000
Pinjaman : RM180,000 (60%)
----------------------------
Jumlah Besar : RM300,000 (100%)

2) Kemudahan Pinjaman
Baki kos projek sehingga maksimum 60% akan dibiayai melalui pinjaman oleh institusi kewangan yang dilantik dan dijamin sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Berhad (CGC).

3) Khidmat Kenalpasti Premis Perniagaan
Usahawan dengan bantuan TPPT Sdn Bhd (syarikat hartanah kelolaan Bank Negara Malaysia) akan mengenalpasti lokasi premis yang strategik. Sekiranya sesuai dan premis ditawar untuk jualan, TPPT boleh membeli premis tersebut dan menyewakannya kepada usahawan pada separuh kadar sewaan semasa untuk tempoh tiga (3) tahun. Usahawan boleh membeli premis tersebut dari TPPT apabila perniagaan mereka sudah stabil.

Contoh Kiraan belian balik premis :-
Harga belian asal : RM200,000
Harga pasaran semasa Pada tahun ke 6: RM250,000
Kadar sewa pasaran: RM2,000 sebulan
Kadar sewaan TPPT bagi 3 tahun pertama: RM1,000 sebulan

Tempoh _ Kadar Sewa _ Sewa Tahunan _ Pendahuluan
Tahun 1 ___ 1/2 ______ RM12,000 ____ RM10,800 (90%)
Tahun 2 ___ 1/2 ______ RM12,000 ____ RM9,600 (80%)
Tahun 3 ___ 1/2 ______ RM12,000 ____ RM8,400 (70%)
Tahun 4 ____ 1 _______ RM24,000 ____ RM14,400 (60%)
Tahun 5 ____ 1 _______ RM24,000 ____ RM12,000 (50%)
Jumlah Besar _________ RM84,000 ____ RM55,200

Formula pengiraan harga belian balik premis
((Nilai pasaran + kos asal) - pendahuluan )/2
((RM250,000 + RM200,000) - RM55,200)/2 = RM 169,800

4) Kemahiran Keusahawanan
PUNB menyediakan kursus-kursus berkaitan dengan kemahiran keusahawanan seperti kursus kesedaran, motivasi keusahawanan, pembangunan pengurusan, kemahiran memantau operasi dan tadbir urus korporat dari masa kemasa.

5) Pengurusan Perakaunan
PUNB menyediakan perkhidmatan pengurusan perakaunan dan aliran tunai melalui panel firma-firma akauntan Bumiputera yang dilantik.

Rujukan dari www.punb.com.my

1 comment:

  1. macam mana nak apply bantuan tppt tu tq

    ReplyDelete