Friday, July 22, 2005

Saya dan Roti - 2

sambungan

Selepas kelas roti dengan Chef Liza pada 11hb Mac 2005 tu saya memang bersemangat sungguh-sungguh; makan roti, tidur roti, cakap roti segalanya roti. Saya memang bertekad nak buat dan jual roti, tetapi saya merasakan ada sesuatu kekurangan. Takkanlah dengan sekali belajar dah boleh bisnes roti? Ni mesti ada yang tak cukup ni.

Saya pun ke kedai buku mencari buku-buku resepi. Saya jumpa buku pastry tulisan Chef Wendy Khor. Saya belek-belek buku tu ada pula nombor telefon kedainya. Saya cari kedainya di Kelang. Memang dia juga ada mengajar buat roti, kek dan pastri. Kelas pertama saya dengan Chef Wendy ialah pada 22hb Mac. Kelasnya singkat, 4 jam sahaja tetapi padat dengan kaedah dan tips penting mengenai roti. Pelajarnya kebanyakan nyonya dan amoi-amoi Kelang. Ada juga dua ke tiga orang makcik datang belajar. Saya jugalah lelaki melayu terakhir dalam kelas.. hehehe. Seminggu kemudian saya ambil lagi kelas dengan Chef Wendy. Setakat ni rasanya dah 6 atau 7 kali saya belajar dengannya. Belum lagi masuk kelas kek sebab saya nak mahir dengan pelbagai jenis roti dulu.

Sementara itu saya beli satu buku resepi roti tulisan Chef Alex Goh. Secara kebetulan semasa saya mencari bahan roti di kedai Baguz di Shah Alam, saya lihat dalam jadual kelasnya ada nama Chef Alex. Maka saya pun ambil kelas sehari bersama Chef Alex. Pelbagai gaya, pelbagai teknik dan tips saya dapat dari tiga orang pakar ini. Teknik asasnya sama tetapi ada style yang berbeza dan sudah tentu yuran kelas pun tak sama kan.. haha. Kekurangan dalam penyampaian seorang Chef dapat saya tampung dengan penerangan chef yang lagi dua tu. Saya paling rapat dengan Chef Wendy sebab dia punya kelas bersiri dan saya ikut siri kelasnya sampai habis. Chef yang lain tu cuma buat kelas sekali saja. Seperti biasa dengan neng pembantu indon chef pun saya berkawan. Kenkadang diorang ni pun banyak juga tips yang berguna.

bersambung

1 comment:

  1. Anonymous1:55 PM

    memang best kan belajar dengan wendy, saya pun dah belajar lebih dari 5 kelas dengan dia..
    semoga berjaya ye!

    ReplyDelete