Friday, December 29, 2006

Papan tanda lagi

Setelah membuat sedikit 'homework' maka inilah hasilnya.
Tak banyak perubahan, cuma ditambah 'KEDAI ROTI DAN KEK' kerana itulah syaratnya.
Aktiviti kedai ditulis dengan huruf besar (capital letter).
Alamat, nombor telefon dan fax tak diwajibkan.
Warna tak mau tukar la ye. Ini warna pilihan saya dan isteri.
Kalau nak warna oren nanti dinding kedai la cat warna oren ok.



Macam ni ok tak?

Monday, December 25, 2006

Tuesday, December 19, 2006

Dah dapat kunci

Alhamdulillah. Inilah sebenarnya hikmahnya saya tak dapat sewa rumah yang dekat dengan stesen LRT hari tu. Rupa-rupanya ada rezeki yang lebih besar. Alhamdulillah.
Minggu lepas selesai bayar deposit sewa 3 bulan, pagi tadi selesai bayar meter TNB dan tengahari tadi kunci lot kedai no. 5 ternyata sudah berada di genggaman. Alhamdulillah.

Tuesday, December 05, 2006

Festive Menu from Vanilla Pod

Special menu for this end year festive and a new year taste from Vanilla Pod

Feel free to email your order, request or question at irmashah@yahoo.com at any time for a quick reponse

Friday, December 01, 2006

Pelancaran Baby Box Dec-06

Tahniah kepada HappyCakes atas pelancaran produk baru Baby Box.
Hati senang dengan Happycakes Baby Box
Sila hubungi happycakes.my@gmail.com

Klik pada gambar untuk gambar yang besar

Tuesday, November 28, 2006

Oven tak berasap

Lama sangat dah tak buat apa-apa ni.
Eh.. berkursus, belajar dan memerhati tu dikatakan tak buat apa-apa ke?
Menung tengok oven yang dah lama tak berasap.
Bila lah dapat pindah kan kau dari situ...

Thursday, November 23, 2006

Kelas masakan Chef Farid

Kelas masakan Chef Farid pula boleh di tanyakan terus di blog http://cheffarid.blogspot.com

Kelas masakan Chef Li

Bagi sesiapa nak menjenguk kelas masakan Chef Li bolehlah mengunjungi laman web Institut Teknologi Kulinari Anjung Utara di http://itkau.edu.my

*Jangan terlalu mengharap kelas hands-on. Kalau terlalu ramai orang anda cuma dapat lihat demo saja. Pastikan dulu kelas tu hands-on atau demo. Telefon mereka terus untuk bertanya.

Monday, November 20, 2006

Pilih perniagaan yang sesuai

18hb November kelmarin saya menghadiri kelas membuat Aiskrim Colek anjuran Chef Li.
Setahun lalu saya teringin sangat nak belajar buat aiskrim ni. Saya perhatikan si penjual aiskrim membawa tong empatsegi di atas belakang motorsikal. Saya pernah interview si penjual aiskrim; dari mana dia dapat bekalan aiskrim tersebut. Buat sendiri ke? Tak lah, ambil dari kilang.

Buat sendiri.. Buat aiskrim sendiri, buat roti, keropok lekor, yong taufoo, mee kuning dan lain-lain semua buat sendiri. Itulah yang dianjurkan oleh Chef Li selama ini melalui tulisan buku-bukunya. Nampak senang lagi menyenangkan. Seolah-olah buat aiskrim ni boleh guna peralatan yang ada didapur sahaja. Namun harus diketahui juga untuk membuat Aiskrim Colek kita memerlukan mesin. Mesin khas untuk membuat aiskrim. Harganya RM1975.
Rata-rata yang datang kelmarin lebih kurang 40 orang, raut wajah mereka semacam pudar.. Blurr? "Ingatkan senang je buat aiskrim ni, guna blender ke, guna hand mixer ke. Rupa-rupanya kena beli mesin sampai dekat dua ribu ringgit." begitulah luahan yang didengari.

Sebenarnya boleh kalau nak buat aiskrim guna hand mixer, tapi resepi nya lain lah. Bahan pun dah tentu lain. Kos juga semestinya berbeza. Tekstur dan rasa pun lain juga. Ramai yang berkira-kira perihal melabur modal untuk membeli mesin, "Belum apa-apa ribu-ribu dah habis buat modal."
Beginilah abang-abang dan kakak-kakak. Kalau nak mengail jerung takkan cukup umpan cacing. Kalau cuma ada umpan cacing jangan lah diharap mendapat jerung. Gunakan cacing untuk mendapat selar, guna selar untuk mendapat tongkol, lepas tu barulah guna tongkol untuk mendapatkan jerung.

Ada satu cerita. Zahari diberhentikan kerja kerana syarikat tempatnya bekerja ditutup. Dia kini menganggur dah empat bulan. Dalam dia mencari-cari pekerjaan, dia membaca buku Menjejaki Jutawan Senyap tulisan Chef Li. Lantas jiwanya terbakar. Semangatnya membara untuk berniaga. Zahari sangat tertarik dengan Aiskrim Colek. Kisah Cikgu Salmah sangat-sangat mencabar semangatnya. Dia merasakan dia boleh pergi jauh dengan perniagaan aiskrim nanti. Zahari sangat yakin. Dia pun menggunakan sedikit wang simpanan RM195 sebagai yuran mengikuti kelas membuat Aiskrim Colek Chef Li. Malangnya bila pulang dia merasa sangat hampa, "Mana aku nak korek duit sampai dua ribu nak beli mesin aiskrim? Ni modal besar ni. Aku tak kerja mana aku nak cekau duit sebanyak tu!!" Sakit hati mula membenam di dadanya. Wajah isteri dan dua anaknya berputar-putar di fikiran Zahari. "Chef Li bohong!! Penipu!!"

Dalam keadaan sakit hati itu secara spontan Zahari mencapai motorsikal. Dia singgah di gerai buah-buahan. Terlihat pelbagai jenis pisang banyak disitu. Dia membeli setandan pisang nangka yang sedikit kekuningan warnanya. Setandan? ye setandan. Apa dah gila pula si Zahari ni?
Sampai di rumah dia menyuruh isterinya membancuh tepung untuk menggoreng pisang. Zahari memikul dapur dan tong gas satu persatu ke bawah rumah flat mereka. Entah macammana punya angin Zahari menjual pisang goreng pula petang itu. Dengan setandan pisang petang itu Zahari memperolehi RM130. Untung bersih Zahari kira-kira dapat RM80. Zahari sangat gembira. Dia mencongak kalau sehari setandan dapat bersih RM80 kalau dikumpulkan setiap hari maka dia akan mampu membeli mesin aiskrim dalam masa 25 hari lagi. Wow!! dari setandan pisang boleh menghasilkan sebuah mesin aiskrim!!
Bulan berikutnya Zahari mula menjual aiskrim dan isterinya menjual pisang goreng. Pendapatan mereka kini datang dari dua sumber perniagaan.
Masih penipu kah Chef Li itu?

Thursday, November 16, 2006

First thing first

Perusahaan roti dirumah sudah terhenti agak lama.
Tempoh bertenang kali ini adalah yang paling panjang sekali.
Bertenang... bertenang ok.
Setelah memikirkan keutamaan terhadap kepentingan anak-anak, maka saya dengan ini mengambil keputusan untuk memberhentikan perusahaan dirumah. Saya akan usahakan untuk mendapatkan satu ruang lain untuk meneruskan perusahaan ini tanpa mengganggu kepentingan anak-anak. (translation: memindahkan operasi)
Dalam masa yang sama saya juga diminta supaya tidak 'memberhentikan diri sendiri' dari kompeni yang saya bekerja sekarang, untuk 2 tahun lagi.

Nak gi jalan-jalan la. Sambil cari idea..

Friday, November 10, 2006

Jangan berhenti.!! tetapi bercutilah.

Saya ulang semula ingatan ini yang pernah saya post pada 28/12/2005 dan 10/7/2006. Perasaan itu kembali muncul, maka nasihat ini sekali lagi perlu timbul.
Cabaran dan dugaan dalam membina asas perniagaan secara 'part-time' pun datang secara part-time juga. Jadi usahlah terlalu bimbang ok. :)

Kata Chef Li, antara kemungkinan yang bakal dihadapi jika anda memilih untuk menjadi usahawan jalanan ialah:-
1-Perlu komitmen 100%, lupakan siapa anda atau personaliti anda sebelum ini.
2-Cemuhan daripada kawan, saudara, keluarga yang tidak memahami tindakan anda.
*3-Sesekali anda dilanda kekesalan.
4-Anda merasa tidak sabar, sensitif dan mudah jengkel.
*5-Apa yang dirancang tidak menjadi.
*6-Strategi yang diatur tidak mendatangkan hasil.
7-Semakin lama semakin kelam, kejayaan masih jauh seperti sebuah fatamorgana.
*8-Kejayaan dirasakan masih lambat dan terlalu jauh.
9-Merasa sangat letih dan tidak ada upaya lagi.
10-Anda mulai rasa benci kepada tempat berniaga dan barang-barang yang kena mengena dengan perniagaan anda.

Jika semua atau sebahagian dari fenomena ini berlaku, JANGAN BERHENTI tetapi bercutilah. Buat analisa atau 'review' ke atas bisnes anda. Kaji kelemahan dan kekurangan. Pergi berkursus, ceramah motivasi atau baca buku motivasi. Cari kawan-kawan yang positif, makanlah dengan berselera dan ceriakan hati anda. Mulakan kembali perniagaan insyaAllah kemungkinan yang seterusnya akan menggembirakan hati anda.

Monday, November 06, 2006

Kami akan berpindah

Sekarang ini saya menyewa sebuah rumah teres 2 bilik di Bandar Tun Razak. Pada Jun 2005 dulu saya merasakan rumah ini sesuai untuk memulakan usaha membuat roti. Rumah yang kecil dan panas, keselesaan jatuh nombor dua. Sekarang setelah satu setengah tahun, saya berfikiran 'upgrade' perlu dilakukan terhadap perusahaan ini. Sebuah rumah teres dua tingkat dengan 4 bilik sedang dalam perhatian untuk saya sewa sebagai tapak baru perusahaan ini. Rumahnya masih di jalan yang sama tetapi lebih hampir dengan Stesyen LRT.

*** petang semalam agent baru bagitau rumah tu dah diambil orang. Apa punya agent ni.. kata nak call balik confirm untuk bayar downpayment tapi lain pulak jadinya.
Terpaksa cari alternatif lain.

Friday, November 03, 2006

Kedai Kek & Roti

Baru-baru ini ada dua rakan saya menyatakan hasrat untuk membuka kedai kek & roti. Masing-masing sedang melakukan kajian dan menyediakan kertas kerja. Saya lah jadi tempat rujukan mereka. InsyaAllah dengan pengalaman tak seberapa ni yang mana dapat saya bantu akan saya bantu.

Walaubagaimanapun saya bukanlah professional dalam bidang ini. Kalau mampu, anda digalakkan mendapat khidmat profesional. Saya ni hanyalah membantu sebagai kawan saja. Tak perlu bayar consultation fee. Percuma saja. Cakap saya ni ada yang boleh pakai ada juga yang tak boleh pakai, terserah. Saya sendiri masih belajar-belajar. Namun apa saja maklumat dan pengalaman yang boleh dikongsi ada baiknya dikongsikan bersama supaya kesilapan dapat dielakkan.

Kadang-kadang terdetik dihati saya sedikit kebimbangan terhadap kawan-kawan yang sudah dan juga yang baru nak buka kedai ni. Kebanyakan mereka mempunyai kurang pengalaman, malah ada yang kurang pengetahuan dalam bidang ini. Namun itu bukan penghalang asalkan mereka adalah 'fast learner' dan sentiasa berani melangkah.

Sebenarnya saya juga tiada pengalaman membuka kedai dari kedai kosong. Kedai yang saya ada itu pun saya beli perniagaan sedia ada, lengkap dengan peralatan dan pekerja nya sekali. Jadi kos pembelajaran saya dapat dikurangkan. Saya melompat ke 'fast track'. Dalam bisnes 'kesilapan' adalah 'pelajaran'. Dan kesilapan dalam bisnes 'harga yuran' nya agak tinggi. Kalau kita boleh belajar dari kesilapan orang lain, maka kos pembelajaran dapat dijimatkan.

Yang sudah buka kedai pun senyap saja. Saya anggapkan kedainya tak ada masalah. Biasanya saya dihubungi semasa dalam proses nak merancang kedai dan sebelum beli peralatan. Lepas tu senyap saja. Saya mengharapkan satu komuniti bakeri yang rapat dan menjalinkan satu network yang baik yang boleh membantu sesama sendiri.
Di sinilah kita berkumpul. Di The Baker's Place

Tuesday, October 31, 2006

End Year Mood

Mood hujung tahun datang lagi, walaupun mood raya masih ada.
Produksi roti masih belum bermula. Berehat lagi sambil berusaha kepada beberapa perkara yang berpotensi; mempelajari produk tambahan untuk kreativiti produk, menambah kemahiran pengurusan kewangan, menambahkan sumber pendapatan melalui bisnes sampingan lain dan juga pelaburan. Penting untuk persiapan menghadapi tahun sukar. Belajar, belajar dan belajar.

2006 dah hampir ke penghujung. Spekulasi terbang merata-rata. Harga minyak? 2007 menjanjikan kenaikan serba serbi. Harga bahan masakan pun bakal naik juga lah, dan tak mungkin turun. Strategi pemasaran perlu lebih kreatif sebab masa tu orang akan lebih berhati-hati berbelanja. Kena cari sebab 'kenapa orang perlu beli roti saya'.

Wednesday, October 18, 2006

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Di kesempatan ini saya dan isteri mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada sahabat-sahabat serta semuuuuaaaa pengunjung Baker's Place. Sokongan anda semua menghidupkan lagi Baker's Place sehingga hari ini.

Kami memohon maaf andaikata telah menyinggung perasaan, tak puas hati dengan jawapan, tak jawap langsung, jawap "tak tau" dan sebagainya. Mohon ampun dan maaf hamba pacal yang hina ini.

Berhati-hati di jalan raya dan bergembiralah. Bercuti lama, berehat dan makanlah dengan gembira. Lepas raya kita kerja semula. ok.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.

Thursday, October 05, 2006

Tinjauan khas ke Miri

Bukan... saya belum lagi pergi ke Miri. Cuma menyimpan hasrat untuk berkunjung ke Miri. Sahabat lama, Jamal dan Azli menjemput saya berkunjung ke sana. Sahabat semasa saya berkhidmat di ADTEC dulu. Cerita lama...

Takkan nak pergi Miri pergi saja-saja je... Saya nak tinjau-tinjau ada kedai bahan ke kat Miri? Sesiapa boleh beri alamat dan nombor telefonnya?

Kalau tengok peta Miri tu macam dekat je dengan Bonai kan Kak Mon kan.. hehe

Friday, September 22, 2006

Marhaban Ya Ramadhan

Kepada semua pengunjung dan pelanggan Bakersplace, sahabat jauh dan dekat..

Selamat menyambut bulan Ramadhan.
Ampun dan maaf ingin ku pinta.
Segala dosa mohon di ampunkan
Mengharap barakah bulan yang mulia.

Kek Kastard Chiffon sedappp...

Ramai yang ternanti-nanti bagaimana rupa Kek Kastard Chiffon ni.. Nah ini fotonya ya.
Oven yang digunakan ialah oven murahan yang kecil ini yang berusia 11 tahun. Api atas dan bawah dilaraskan suhu 180 degree dengan tempoh 45 minit. Oven godang tu tolak tepi. Buat bazir gas aku jer, payah cari setting.

Dah masak begini, kemudian telangkupkan diatas board. Nah.. ini dia hasilnya. Nyaman sekali. (sejak bila tukar slanga nih hehehe)

Boleh dijadikan juadah istimewa untuk berbuka puasa. Rancangan nak jual kek ni di Stesen LRT terpaksa dibatalkan kerana saya tak yakin ada ke orang nak beli kek ni di tepi jalan dengan harga RM3.50 sepotong? Kalau jual dikedai tu lain cerita lah. Ada kawan adik ipar tempah, saya jual kek ini sebiji RM25. Ada orang kata mahal, ada yang kata murah sangat, ada juga kata ok la harga tu. Apa pendapat anda?

Monday, September 18, 2006

Kek Kastard Chiffon

Tahun lepas tuan rumah saya ada beri resepi ini. Minggu ni kebetulan isteriku terjumpa resepi serupa di dalam kotak Self Raising Flour jenama Blue-Key. Kalau nak resepi original belilah sekotak di pasaraya.

Lapisan Gula Hangus:
Gula (kasar/halus) 60g
dibakar dalam tin pembakar bulat 8inci x 3inci dengan api perlahan sehingga menjadi cair dan mendidih secukupnya. Biarkan ia sejuk dan keras.

Lapisan Kastard:
Gula 95g + Susu cair 220g + Tepung kastard 1tsp + kuning telur 3biji
Campurkan semua bahan ini dalam bekas lain dan rehatkan.

Lapisan Kek Chiffon:
Tepung naik sendiri 100g + gula 55g + minyak jagung 35g + kuning telur 2biji + vanila 1tsp + air 95g
Ayak tepung, campurkan bahan lain kedalam tepung. Gaul sebati.

Ingat telur tadi semua ada 5 biji kan? Ok, dalam bekas lain putih telur 5biji + serbuk Krim Tartar 1g diputar sehingga kembang. Lepas tu masukkan gula 55g sikit demi sedikit dan putar lagi hingga lembut dan pekat. Masukkan adunan ini ke dalam adunan tepung tadi. Gaulkan adunan perlahan-lahan hingga sama rata.


Nak mula masak dah ni. Tuang adunan lapisan Kastard tadi kedalam tin pembakar yang dah sedia dengan gula hangus tu. Lepas tu tuang adunan Chiffon perlahan-lahan keatas adunan Kastard. Letakkan tin pembakar ke dalam dulang yang berisi air setinggi lebih kurang setengah inci. Bakar dengan suhu 180 darjah C, selama 45 minit.

Wednesday, September 13, 2006

Fikir pasal gula sekejap....

Sekali imbas dengar berita harga gula halus juga dikawal dengan harga RM1.55 sekilo.
Mmmm.. jauh lebih murah dari harga sebelum ianya dikawal.
Apa yang akan berlaku seterusnya?
'Game' ini sedang memasuki satu fasa yang lebih tinggi.
No komen... Jangan buat spekulasi di sini ok hehe...

Wednesday, August 30, 2006

Program Gerak Usahawan 2006 Peringkat Nasional

Program Gerak Usahawan 2006 Peringkat Nasional akan diadakan pada 2 dan 3 September 2006 Jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

Maklumat lanjut sila layari laman web MeCD (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Friday, August 25, 2006

Rich Dad Poor Dad

Sekali-sekala tukar angin sikit cerita pasal buku. Rich Dad Poor Dad itulah judul bukunya.

Kata Robert,"Sebab utama orang menghadapi kesusahan kewangan kerana mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah, tetapi tidak belajar apa-apa tentang wang. Akibatnya, orang belajar bekerja untuk wang tetapi tidak pernah belajar supaya wang bekerja untuk mereka."
Katanya lagi,"Kebanyakan masalah besar kewangan adalah disebabkan orang terikut-ikut kebiasaan orang ramai dan cuba hidup melampaui keupayaan mereka."

Dan... Rich Dad kata,"Orang yang bijak menggaji orang yang lebih bijak daripada dirinya."

Dapatkan buku edisi bahasa Melayu. Harganya cuma RM35 sahaja.
Ronda-ronda mencari Rich Dad kat sini rich dad rich dad asia rich kid smart kid

Thursday, July 20, 2006

Dua resepi roti

Untuk perbandingan dua jenis resepi roti. Cuba dulu lepas tu beri pendapat anda. Selamat mencuba.

Tuesday, July 18, 2006

Cara buat Egg Tart

Ramai dok tanya camna nak buat Egg Tart. Suruh pergi kelas takde masa pulak katanya.
Okay lah ni saya tunjukkan cara nak buat pastry nya, free saja tau. Kalau tak paham juga maknanya kena jugak pergi kelas ok :)

Guna resepi anda sendiri pun boleh. Cari buku resepi atau cari di internet. (errr. sini pun internet gak la...)

Pastry: 500g tepung gandum biasa, 125g gula icing, 250g margerin, 2 biji telur gred-B, 1 tsp esen vanila. Cara sediakan pastry. Gaul rata gula icing dengan tepung. Masukkan margerin dan putar menggunakan K-hook. Kalau takde mesin uli gunakan saja jari-jemari anda untuk menggaulrata sehingga menjadi crumbs.

Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Putar atau gaul lagi sehingga terbentuknya satu doh pastry.

Sediakan acuan tart. Ambil segumpal pastry dan picitkan ke dalam acuan.

Pastu guna pisau ke apa saja untuk trim lebihan yang terkeluar tu, kasi cantek...

Pastu bakar kulit tart tu dengan suhu 170 ke 180 degree selama 15 minit hingga kekuningan. Kemudian isikan egg filling dan bakar semula selama 20 minit sehingga telurnya firm. Kalau telur mengelembung tu turunkan lah suhu oven. Resepinya tengok balik post archive Oktober 2005.

Monday, July 17, 2006

Lautan dalam jangan diduga.

Nasihat orang tua "Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga"
tapi nasihat Chef Li "Walau kail panjang sejengkal, mengail lah juga"

Hari ni saya masuk kerja lewat sikit (10am) sebab Korea public holiday.
Saya dah merancang untuk menduga di lubuk cetek pagi ini. Kata Chef Li mengail lah juga tapi tak perlulah menduga lautan dalam ye tak.
Saya bawa Cheese Stick, Sardine Bun dan Sausage Bun. Lokasinya seperti biasa yang paling dekat dengan rumah, stesen LRT Bdr Tun Razak. Lokasi yang sama saya menjaja dulu tapi cuma masanya berbeza. Dulu saya menjaja waktu petang tapi hari ini saya cuba pagi pula. Ini kali kedua saya mencuba disebelah pagi, cuma nak double confirm. Mula jam 7.15 hingga 8.45 pagi. 9 Cheese stick, 9 Sausage Bun dan 4 sardine Bun telah berjaya dijual dalam masa satu setengah jam itu. Alhamdulillah.

Monday, July 10, 2006

Jangan berhenti.!! tetapi bercutilah.

Saya ulang semula ingatan ini yang pernah saya post pada 28hb Disember 2005. Perasaan itu kembali muncul, maka nasihat ini sekali lagi perlu timbul.

Kata Chef Li, antara kemungkinan yang bakal dihadapi jika anda memilih untuk menjadi usahawan jalanan ialah:-
1-Perlu komitmen 100%, lupakan siapa anda atau personaliti anda sebelum ini.
2-Cemuhan daripada kawan, saudara, keluarga yang tidak memahami tindakan anda.
3-Sesekali anda dilanda kekesalan.
4-Anda merasa tidak sabar, sensitif dan mudah jengkel.
5-Apa yang dirancang tidak menjadi.
6-Strategi yang diatur tidak mendatangkan hasil.
7-Semakin lama semakin kelam, kejayaan masih jauh seperti sebuah fatamorgana.
8-Kejayaan dirasakan masih lambat dan terlalu jauh.
9-Merasa sangat letih dan tidak ada upaya lagi.
10-Anda mulai rasa benci kepada tempat berniaga dan barang-barang yang kena mengena dengan perniagaan anda.

Jika semua atau sebahagian dari fenomena ini berlaku, JANGAN BERHENTI tetapi bercutilah. Buat analisa atau 'review' ke atas bisnes anda. Kaji kelemahan dan kekurangan. Pergi berkursus, ceramah motivasi atau baca buku motivasi. Cari kawan-kawan yang positif, makanlah dengan berselera dan ceriakan hati anda. Mulakan kembali perniagaan insyaAllah kemungkinan yang seterusnya akan menggembirakan hati anda.

Wednesday, July 05, 2006

Exhibition: Food-Pack Malaysia 2006

17th Malaysia International Food Processing & Packaging Exhibition;
pameran ini akan diadakan pada 6 ~ 9hb Julai ini bertempat di PWTC.

Monday, July 03, 2006

Cheese Stick

Try buat Cheese Stick guna resepi asas Chef Anuar. Untuk catatan, Temperature setting ialah (U)160C - (L) 170C. Hasilnya seperti dalam gambar.

Wednesday, June 28, 2006

Butter Cream

Butter Cream boleh dibuat dengan pelbagai cara pelbagai teknik dan berbagai-bagai resepi. Ikut selera kita lah nak buat cammana asalkan ada butter. Dah nama pun Butter Cream kan. Ada juga yang campur dengan shortening dan juga creaming margerin.

Contoh Butter Cream asas ialah begini: Putarkan 500g butter hingga lembut, tambahkan 200g gula icing dan pukul hingga gebu dan ringan. Sedia digunakan.

Kaedah lain: Campurkan 2 biji telur gred-B dengan 120g gula halus. Kacau rata dengan menggunakan wire wisk dan renehkan diatas api kecil sambil mengacaunya sehingga menjadi sedikit pekat. Keluarkan dari api. Pukul dengan mixer atau hand mixer sehingga lembut. Biarkan sejuk sendiri. Putar 500g butter hingga gebu kemudian masukkan adunan telur tadi. Putar hingga sebati. Sedia digunakan.

Ada lagi satu kaedah air gula panas baru dimasak dicampurkan ke dalam telur yang diputar. Resepi nya saya tak simpan. Resepi ni ada di ajar di Bakeri Ria Academy. Kalau sesiapa masuk kelas Butter Cream Decoration di Bakeri Ria Academy dia tau lah resepi ni.

Ada juga resepi Butter Cream yang menggunakan tepung gandum. Ada pula yang gunakan tepung jagung. Contohnya resepi ini: 1/4 cawan tepung jagung campur 1 cawan susu di reneh diatas api kecil sambil mengacaunya sehingga menjadi sedikit pekat. Jaga-jaga ye jangan sampai jadi berketul-ketul pula. Keluarkan dari api dan biarkan sejuk sendiri. Putar 1 cawan butter dan 1 cawan gula halus hingga kembang dan ringan. Tambah 1 sudu esen vanila kalau suka. Masukkan sedikit demi sedikit adunan susu dan tepung jagung tadi. Putar sehingga rata. Sedia digunakan.

Jengok la sekejap ke blog Che Tam sana ada resepi buttercream Jai Kuantan. (saya tak kenal. saja je promo hehe)
Bahan:
350 gm marvelo/supertact/krimwell
250 gm butter
175 gm gula
110 gm putih telur
Cara menyediakannya:
1. Masak putih telur + gula secara double boiler, kacau selalu.
2. Pukul butter + krimwell hingga putih.
3. Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur yang dimasak tadi hingga menjadi meringue. Masukkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter. Pukul lagi pada speed sederhana hingga putih

Tuesday, June 27, 2006

Roti nan hangek mombaka selero






Bun Asas
Source : Chef Anuar

Bahan-bahan
2000 gm Tepung High Protein
60 gm Yeast Kering
5 gm bread improver (optional)
30 gm garam
5 biji telur gred B
240 gm gula castor
60 gm susu tepung
300 gm marjerin
950 ml air

Thursday, June 22, 2006

Resepi Fruit Cake

Malam tadi Cik Kulat hantar sms minta resepi fruit cake dari saya. Katanya nak resepi fruit cake yang tahan lama. Susah gak permintaan ni sebab saya ni tak pernah buat fruit cake.. hahaha. Yang sebenarnya saya ni bukanlah peminat fruit cake; tapi kalau ada terhidang atas meja saya ngap je la. Dalam buku resepi yang saya ada ni resepi dia macam complicated gak la. Pagi ni sampai opis tengok buku tu tercicir lak dalam box motosikal.

Macam ni lah Cik Kulat, disebabkan saya tak dapat post resepi fruit cake tu hari ni, apa kata Cik Kulat search 'kek buah' kat www.resipi.net Di resipi.net ada koleksi macam-macam resepi. Cik Kulat boleh pilih untuk buat fruit cake kukus ataupun bakar. Kalau ada kesempatan minggu depan saya postkan disini.
Esok saya cuti nak gi sekolah, amik report-card anak. Selamat mencuba.

Wednesday, June 21, 2006

Orang Melayu tak boleh buat roti?

Suatu hari di pinggir jalan, depan stesyen LRT.

orang tu, "Ntah mana kilang dia ambik tu, jual kat sini"
akak jual jagung, "Tak lah. Dia kata dia buat sendiri tu"
orang tu, "Mana boleh buat sendiri ni. Mesti kilang punya ni.."

Malam semalam akak jual jagung mengkabarkan.
"Takpe lah kak kalau orang dah tak percaya nak buat camana".

Monday, June 19, 2006

Puff Pastry vs Danish Pastry

Puff Pastry
500g tepung protein tinggi
60g margerin / mentega
260g air (suhu biasa)
1/2 tsp garam
260g pastry margerin

Danish Pastry
500g tepung protein tinggi
15g instant yeast
15g susu tepung
60g gula
1/2 tsp garam
1/2 tsp bread improver
1biji telur gred-B
200g air sejuk ais
50g margerin / mentega
260g pastry margerin

Nampak perbezaan resepi?
Danish pastry biasa digunakan untuk membuat Croissant, Custard Raisin Danish, Danish Loaf, Danish Pizza dsb.
Puff Pastry pula biasa digunakan untuk Portuguese Egg Tart, Strudel, Japanese Puff pelbagai jenis puff kreatif, boleh juga dibuat lapisan kek seperti Mille Fueille dan sebagainya.
Cara-cara melipat dan menggelek pastry ini susah untuk saya gambarkan dengan kata-kata. Selain merujuk kepada buku masakan, sebaik-baiknya untuk kali pertama belajar pergilah ke kelas membuat Puff Pastry atau Danish Pastry untuk mendapatkan kefahaman lebih jelas serta hands-on bagaimana ianya dilakukan.

Friday, June 16, 2006

Puff Pastry vs Danish Pastry

Nak tau apa perbezaan antara Puff Pastry dengan Danish Pastry?
Nak tau bagaimana membuatnya? Nak cuba buat Danish Pastry?
Nak tau? Sungguh nak tau? Kalau begitu esok Sabtu 17hb Jun, ada kelas Danish Pastry di Bakeri Ria Akademi. Datang jangan tak datang ye.
Jadual Kelas

Tuesday, June 13, 2006

Chef's tips: Inginkan roti yang lembut? Banting.

Tips dari Chef Farid.

kalau nak roti yg lembut buat proses bantingan 1st, biarkan dough naik, buat bantingan 2nd, biar dough naik, buat bantingan 3rd, biar dough naik, diikuti proses pembahagian dough & meckup. Roti akan menjadi seperti gabus.

Yeah.. banting jangan tak banting. Pastikan bunyi kelempang kelempong bantingan doh anda itu nanti tak mengejutkan jiran-jiran ye.

Monday, June 12, 2006

Simple Cheese Cake

Macam mana nak buat Cheese Cake yang mudah? Gunakan bahan-bahan yang mudah ini Sponge Cake Mix 500g, Telur gred-B 9 biji, Susu UHT 100ml, Cream Cheese 500g, minyak masak 100ml. Lawati blog Chef Farid

Mexican Bun Topping

Petang semalam saya mencuba satu resepi topping untuk Mexican Bun (roti yang orang panggil rotiboy tu). Resepi ini saya ambil dari recipezaar.com. Butter dirumah dah habis jadi saya gantikannya dengan margerin sahaja. Walau bagaimanapun saya puashati dengan hasilnya. mmmmm.... marveles hehe.

Ini apa yang telah saya buat:
200g margerin (original resepi guna butter)
160g gula icing (agak-agaknya boleh juga guna gula castor ni)
3biji telur gred-B
1tsp coffee emulco
1pinch cinnamon powder
200g tepung gandum biasa
Saya guna hand mixer untuk memutar margerin dan gula icing hingga kembang. Masukkan telur, putar lagi. Masukkan coffee emulco dan cinnamon powder, putar bagi rata. Akhir sekali masukkan tepung, putar perlahan supaya digaul dengan sempurna. Sedia digunakan. Boleh juga simpan dalam peti sejuk.

cheffarid: Bahtiar, kalau nak sedap lagi masukkan sedikit fresh cream 20 ml

Thursday, June 08, 2006

Scones

Resepi Scones Chef Farid

Bahan-A
240 gram Tepung(Low Protein Flour)
1 sudu Baking Powder
20 gram Milk Powder(susu anak pun boleh)
5 gram Cinnamon(serbuk kayu manis)
Sedikit garam
40 gram Gula halus

B. 45 gram Butter
C. 150 ml Fresh Cream
D. 90 gram Raisin

Proses Kerja:
a. Gaulkan dahulu bahagian A,
b. Masukkan A kedalam Mixer bersama Butter
menggunakan Low Speed, adun hingga sebati
c. Masukkan Fresh Cream, adun hingga sebati-Low Speed
d. Akhir sekali, masukkan raisin - Low Speed
e. Rehatkan dough selama 15 minit
f. Uli dough berbentuk selinder, potong
menggunakan pisau setebal 20mm
g. Sapukan dengan kuning telur, bakar
pada suhu 180 C, selama 15 mint pertama.

Sebarang pertanyaan tentang resepi ini boleh ditanyakan terus di blog Chef Farid

Wednesday, June 07, 2006

Balik ke pangkal jalan

Perjalanan saya tersangkut di tengah jalan, hampir sesat tersasar.
Saya perlu balik ke pangkal jalan, bermula semula dari langkah pertama.
Ini bukan lagi zon selesa. Buat kerana terpaksa. Kalau tak paksa tak jadi kerja.
Waktu rehat-rehat dah tak ada. Cerita hebat-hebat cuma gula-gula.
Roti dan kek terbaik jadi taruhan; dari pintu ke pintu dan juga di tepi jalan.

Thursday, June 01, 2006

Ulangtahun kedua

1hb Jun, genap dua tahun saya berkhidmat di syarikat ini, CSA MSC Sdn Bhd. Saya suka bekerja disini; jumpa 'job satisfaction' setelah bertukar tempat kerja sebanyak 5 kali sejak 1997. Namun saya lebih suka untuk berniaga sendiri dari makan gaji. Hanya menunggu masa yang sesuai; mencari tapak yang berbaloi.

Monday, May 29, 2006

Fresh Cream vs Butter cream

Di Akademi Bakeri Ria (bukan akademi fantasia), hari Sabtu saya belajar buat kek dengan hiasan menggunakan Fresh Cream. Hari Ahad pula saya belajar gunakan Butter Cream.
Fresh cream tidaklah berminyak-minyak macam butter cream tapi ianya tak tahan lama dan sentiasa perlu disimpan sejuk. Butter cream dari namanya saja dah tau dah mestilah berminyak kan. Tapi butter cream tahan lama, mudah dibuat hiasan kek dan.... murah. Kalau nak kurangkan rasa berminyak-minyak tu baik guna resepi butter cream yang jenis gunakan telur.

Hari ni saya mula mencari maklumat tentang Fresh Cream. Non-dairy Whipping Cream diputar dengan wire wisk sehingga kembang. Apa bahan-bahan yang terkandung didalamnya agaknya ye? Tahu tak?

Friday, May 26, 2006

Cerah pagi.

Bermula semalam saya mula bekerja dari jam 9.00 pagi; bukan lagi 7.00 pagi. Santai sekali menonton motivasi pagi di TV3, beli sarapan, makan sambil duduk bersembang kosong bersama isteri di luar rumah; menunggu masa untuk bertolak ketempat kerja.

Terasa satu perasaan yang berbeza bila keluar rumah dalam suasana cerah pagi. Saya betul-betul menikmati cerah pagi ini dalam 20 minit perjalanan ke tempat kerja dengan motorsikal. Tak perlu lagi memecut motorsikal di lorong khas Federal Highway yang gelap, cuma cukup sekadar mengikut laju arus trafik yang kadangkala perlahan.

Sesuatu yang berbeza baru saja bermula. Semacam susah juga untuk teruskan berniaga. Tak mengapa rehat dulu sambil menambah ilmu didada; cari idea. Semoga cerah pagi membawa khabar gembira.

Tuesday, May 23, 2006

Jom join saya belajar hias kek..!!

Hari Ahad 28hb Mei nanti saya akan mengikuti kelas 'Butter Cream Cake Decoration' di Akademi Bakeri Ria. Mula jam 10 pagi.


Siapa nak join?
Tengok Jadual

Monday, May 22, 2006

Jadual berubah

Sekarang saya bekerja dari jam 7.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Bermula pada 28hb Mei nanti jadual kerja saya akan berubah; 9.00 pagi hingga 7.00 petang.

Jadi, beberapa perkara juga turut akan menerima kesan perubahan, terutama sekali tak dapat lagi menjaja disebelah petang. Kebetulan baru awal bulan ni saya serahkan kedai roti Sri Sabah tu kepada kawan untuk diuruskan, jadi taklah terkilan sangat sebab alasannya bertambah kukuh. Hehehehe....

Macammana nak berniaga kalau waktu bekerja bermula dari jam 9.00 pagi? Sediakan sarapan? Apa menunya? Lokasi? Waktu berniaga?

Jom survey dua lokasi:
1. Stesen LRT Bandar Tun Razak (dekat rumah)
2. Stesen LRT Asia Jaya (dekat opis)

Sebarang cadangan dialu-alukan. Cadangan mengarut dan gila-gila juga amat dihargai.

Thursday, May 18, 2006

Kelas roti & kek Bakeri Ria

Hujung minggu ni Bakeri Ria ada buat kelas lagi untuk sesiapa yang nak belajar buat roti boleh pilih nak datang hari Sabtu atau Ahad. Siapa nak belajar menghias kek dengan butter cream saya syorkan join lah kelas Butter Cream Cake Decoration pada hari sabtu. Pelajarannya sangat berbaloi, anda tak akan sangka anda boleh membuat bunga-bunga hiasan kek dengan tangan anda sendiri.

20 Mei 2006 (Sabtu)
Room 1 - Pembuatan Roti, Pizza & Donut
Room 2 - Butter Cream Cake Decoration 1

21 Mei 2006 (Ahad)
Room 1 - Pembuatan Roti, Pizza & Donut
Room 2 - Chocolate Moist Cake, Cheese Cake & Chiffon Cake

Kelas bermula jam 10.00 pagi. Yuran ialah RM150 bagi satu kelas tetapi Chef Farid akan memberi diskaun istimewa KHAS UNTUK BLOGGERS.

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi Chef Farid 019-3824067 untuk pendaftaran.

Wednesday, May 17, 2006

Siri kongsi ilmu: Sourdough Bread

Atas permintaan Kak Mon maka sayapun menjelajah lah keseluruh pelusuk jaringan yang memaparkan tentang Sourdough. Banyak lah site yang bermaklumat, tapi saya ambil yang mana menarik perhatian saya saja lah ye.

Bahagian terpenting untuk membuat sourdough ialah Starter. Starter asas yang paling mudah ialah tepung gandum biasa dan air. Ada juga resepi yang ditambah sedikit yeast untuk mempercepatkan proses.

Resepi asas starter:
2 cups warm water
2 cups all-purpose white flour
Using a stone jar or crock, combine the water and flour. Place mixture in warm place for 3 to 4 days, until it is bubbly and smells sour; then refrigerate the starter.


Saya tertarik dengan Quick Sourdough Starter yang ditampilkan di forum
sini Ianya lebih cepat dan tak perlu tunggu 3 ke 4 hari.

Resepi sourdough starter:
3 cups warm water (110 degrees F)
1 1/2 tablespoons active dry yeast
1 teaspoon sugar
3 cups all-purpose flour
In a large bowl, combine the water, yeast, and sugar. Let sit until the yeast becomes foamy, about 5 minutes. (If the yeast does not foam, discard the mixture and begin again with a new yeast.)
Add the flour and stir vigorously to work air into the mixture. Cover with a towel let rest in a warm, draft-free place (an oven with its pilot light or light bulb turned on works well) for 8 to 12 hours. (The mixture should become very bubbly.) Use immediately or cover loosely with plastic wrap and store in the refrigerator.

Resepi roti nya pula begini: (ini kes malas translate la ni)
2 cups warm water (about 110 degrees F)
7-1/2 cups to 8 cups all-purpose Flour, unsifted
2 teaspoons plain or iodized salt
2 teaspoons granulated sugar
1 cup sourdough starter batter at room temperature
In a large mixing bowl, combine water, sourdough starter batter and 4 cups of the flour. Mix well and cover with clear plastic wrap and let stand in a warm place (85 degrees F) 8 to 12 hours.
Ini kaedah sponge dough la ni.
Stir in salt, sugar and enough remaining flour (about 4 cups) to form a very stiff dough. Knead until smooth. Cover and let rise in a warm place until doubled in size (2 to 2-1/2 hours).
Punch down and divide in half. Knead gently until smooth. Shape each half into loaf or round shape. Place onto the baking sheet. Cover the sourdough bread loaves lightly; let them rise in a warm place until puffy and almost doubled in size (1 to 1-1/2 hours). Lepas tu bakar le dalam oven dengan suhu 180 degree.

Thursday, May 11, 2006

Iklan: Cup Cake



Sejak kebelakangan ini ramai keluarga pengantin sangat berminat untuk menjadikan cup cake sebagai buahtangan untuk diberi kepada para tetamu. Anda juga berminat? Kami sedia menerima tempahan. Sila hubungi En. Ipin untuk tempahan. 019-3163854

Harga dari 50sen ke 65sen.

Tuesday, May 09, 2006

Siri kongsi ilmu: 3 jenis doh

Kaedah menyediakan doh roti yang saya dah belajar setakat ini ada 3 cara:

1. Straigh Dough - cara paling mudah, gaulkan semua bahan kering, masukkan air, telur dan bahan margerin, uli hingga kenyal.

2. Sponge Dough - bancuh doh sponge berasingan dari doh utama, rehat doh sponge lama (2jam ke 5jam atau mungkin lebih mengikut resepi) kemudian baru masukkan dalam bancuhan doh utama, uli hingga kenyal.

3. Cook Dough - atau nama lain porridge dough. Bahan sebahagiannya dimasak sedikit sehingga jadi macam bubur, kemudian campurkan ke dalam bancuhan doh utama, uli hingga kenyal.

Ada lagi nak tambah yang saya tak sebutkan?

Monday, May 08, 2006

Yakin 100% vs Komitmen 100%

Saya kembali sibuk macam dulu, membuat roti di rumah dan menjaja di depan stesen LRT dan tersenyum gembira menyusun gambar YDP Agong setiap kali habis menjaja. Ya cara ini sesuai bagi saya yang cuma aktif secara part time saja.

Kedai roti perlukan seratus peratus komitmen. Itulah sebabnya saya gagal mengendalikan kedai roti. Saya tak perlu malu mengisytiharkan bahawa saya telah gagal, supaya orang lain boleh belajar dan tak buat kesilapan serupa. Pelajarannya, kalau nak buka kedai kena bagi komitmen 100% bukannya bergantung kepada keyakinan 100% sahaja.

Tapi sanggup ke saya berhenti kerja? Belum lagi...

Tuesday, May 02, 2006

Ganti Kelas Roti 7hb Mei 2006

Sebagai ganti Kelas Roti The Baker's Place yang dibatalkan, saya menganjurkan satu Kelas Roti Hands-on Bakeri Ria. Pada tarikh yang sama tetapi di lokasi yang lain dan pengajar yang bertauliah serta suasana belajar yang lebih selesa.

Tarikh: 7 hb. Mei 2006 ( Ahad )
Jam: 10.00 pagi
Yuran selepas diskaun khas: RM100 sahaja!! (sebelum diskaun=RM150)

Lokasi: Bakeri Ria Akademi. No.33, Jln Bandar 3, Taman Melawati, 53100 KL. Dekat Zoo Negara, Hulu Kelang. Lihat peta:

Setakat ni Zamani, EP dan Melor dah confirm nak join, kalau ada sesiapa lagi nak join boleh datang terus ke Bakeri Ria Akademi pada 7hb May, atau telefon Bakeri Ria 03-4107 8917, 03-4107 6057.

Kelas Roti The Baker's Place DIBATALKAN

Dukacita dimaklumkan bahawa kelas roti yang dijadualkan pada 7/5/06 terpaksa dibatalkan.

Mohon maaf kepada Melor, Zamani dan Abang EP.

Walaubagaimana pun setelah saya berbincang dengan tokey Bakeri Ria Akademi di Taman Melawati Hulu Kelang, dia sanggup menerima peserta kelas roti pada 7hb. Mei 2006 melalui blog ini dengan kadar bayaran diskaun istimewa. Yuran biasa ialah RM150 seorang; tetapi KHAS untuk rakan blog BAKERSPLACE kadar istimewa ialah hanya RM100 sahaja seorang. Dan, satu kelas boleh disertai oleh 8 peserta. Bagaimana? Anda setuju?

Kedai Roti & Kek Bergabung

Bermula dari 1hb Mei 2006 saya tidak lagi menguruskan Kedai Roti dan Kek Sri Sabah lagi. Kedai tersebut akan diuruskan oleh Abang Ipin, pengurus Bakeri Ria cawangan Bdr Sri Permaisuri. Sekarang Abang Ipin akan mengurus kedua-dua cawangan tersebut dan saya akan menyokong dari segi promosi.

Bakeri Ria Akademi akan jadi Training Center yang punyai kelengkapan latihan yang sesuai dan kelas masakan tidak lagi dijalankan di kedai-kedai cawangan.

Tuesday, April 25, 2006

Resepi Egg Tart (ulangan)

Saya terima satu panggilan telefon dari Teluk Intan (orang kampung saya ni.. hehe) Beliau bertanyakan tentang Egg Tart. Maaf bang saya belum rancang untuk buka kelas Egg Tart. Walaubagaimana pun saya tampilkan semula resepinya disini yang pernah disiarkan pada bulan puasa tahun lepas.

pastri:
500g Tepung gandum
125g Gula icing
250g Butter (tips: butter sejuk dari petisejuk)
2 biji telur gred B
1 tsp Esen Vanila
Ayak tepung, campurkan gula icing. Masukkan butter dan gaul hingga jadi crumbs. Masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan hingga rata. Bentukkan jadi sebiji bola. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan.

filling:
250g Air
125g Gula
5 biji Telur gred B
100g Susu cair (Evaporated milk)
Larutkan gula kedalam air. (buat air gula) Kalau guna air suam, biarkan sejuk dulu sebelum masukkan telur dan susu cair. Pukul semua 4 bahan hingga sebati kemudian tapiskan dan sedia untuk digunakan.

cara:
Isikan atau bentukkan pastry kedalam acuan. Bakar pada suhu 160 ke 180 C selama 15 minit atau sehingga kelihatan kering atau sedikit kekuningan. Keluarkan dari oven.
Tuangkan filling tadi kemudian masukkan semula ke dalam oven. Bakar lagi pada suhu 180 C selama 15 minit atau sehingga telurnya masak. (tak cair)

Monday, April 24, 2006

5 jam hands on atau 3 jam demo?

Semalam, Ahad. Kali ketiga saya mengajar di kedai. Dua orang juga. Mengambil masa 5 jam juga. Wanita juga.

Jelas di wajah Rebecca kelihatannya letih mengharungi kelas 5 jam tanpa henti, namun nampaknya dia sungguh bersemangat.

Wan, nampaknya sangat gembira nak menunjuk-nunjuk roti buatannya kepada keluarga. Anak-anak pasti suka.

Bagi dua orang peserta saya bancuh 3 kilo doh termasuk 1 kilo untuk demonstrasi uli dengan tangan. Bermakna akan terhasil 108 bun untuk dibawa pulang. Kenduri roti dibuatnya.

5 jam. Saya mula memikirkannya semula. 5 jam tanpa henti bagi saya ianya berbaloi untuk memulakan sesuatu, tetapi kalau saya letakkan diri saya ditempat surirumah yang cuma belajar kerana 'ingin tahu' maka 5 jam itu terlalu memenatkan. Ini membuatkan saya berfikir semula untuk tujuan 'ingin tahu' sangatlah sesuai kalau saya ajar secara demonstrasi, cuma mengambil masa dalam 3 jam sahaja. Yuran pun boleh lah murah, RM10 ke RM30 gitu. 3 jam tu dah kira masa ekspres untuk buat roti, takleh cepat lagi dah.

Ada pandangan lain?

Friday, April 21, 2006

Kelas Roti The Baker's Place - 3

Sila confirm sebelum Jumaat 12.00 tengahari; kalau tak confirm akan dianggap kensel dan sesiapa yang berminat, nampak ada tempat kosong sila hubungi saya.

Booking untuk 23hb April:
1. Rebecca - confirmed
2. Wan - confirmed
3. -kosong-

Kedai kek Bandar Tun Razak

Di Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak akan ada satu kedai kek; di aras 3.
Tokeynya seorang ahli persatuan ibu tunggal. Baguslah, sekurang-kurangnya saya ada kawan bisnes dalam kawasan Bandar Tun Razak ni. Tak tau yang mana satu orangnya. Saya cuma terjumpa seorang kawan ahli persatuannya yang datang beli roti di kedai saya. Itu pun kalau orang boleh anggap saya sebagai kawan. Kalau orang anggap saya sebagai pesaing terpulanglah. Setakat berniaga kecil-kecilan saja nak bersaing apa kebendanya. KL ni luas. Masih banyak lubuk wang yang belum diteroka.

Saya menjaja di stesen LRT tu pun ramai juga yang jeling-jeling, renung-renung dari jauh. Tak tau lah apa yang diorang fikirkan. Tak kisah lah. Yang saya tau setiap kali saya buka meja saya mulakan dengan Bismillah dan selawat serta doa tawakkal; tutup meja dengan Alhamdulillah. Pelaris? Pelaris ada di mulut, senyum dan manis bahasa. Itu saja. Mudah-mudahan takde orang nak dengki.

Saya dengar akak tu dah masukkan peralatan ke kedainya, tapi kenapa belum mula lagi? Bukan senang nak buka kedai kek ni. Tentu akak tu tengah buat persediaan rapi tu. Lebih-lebih lagi aras 3 tu kira macam tempat 'bisnes mati', takde pelanggan naik sampai aras 3. Banyak kedai tak buka. Pelanggan seorang dua saja. Begitulah nasib pusat penjaja yang dibina begitu indah oleh DBKL. Jangan sampai jadi macam nasib Pusat Penjaja Taman Maluri dan Pasar Jalan Wirawati Kg Pandan sudah la.

Thursday, April 20, 2006

Sakit tekak dan pening kepala

Sakit tekak ni dah tiga hari. Batuk-batuk. Minum ubat batuk, lalok dan tidoq..

Pening kepala ni dah seminggu. Jualan susut. Mood merosot.

Petang semalam isteri sediakan Egg Tart yang digemari ramai tu.
Ramai dah rindu. Egg Tart yang macam hari tu tu...
Jual di stesen LRT. 90 sen satu, 2 ringgit 50 sen tiga.
Satu tray habis satu setengah jam saja.

Mood kembali terjaga. Bila tokey kembali menjaja.
Tapi sakit tekak pening kepala masih belum reda.

Wednesday, April 19, 2006

Kelas roti Bakeri Ria

Okey ni saya nak iklankan kelas roti sifu Bakeri Ria.
Belajar kat Bakeri Ria lagi best. Mesin uli sorang satu. Belajar dalam kelas ber aircond, tempat luas dan selesa. Hj. Azmi kata kalau sesiapa nak belajar roti ke kek ke, telefon saja dia boleh arrange.
Tel Hj. Azmi: 03-41076057 / 019-2793613

Jadual:
Sabtu 22hb. April 2006
Jam: 10.00 pagi
Lokasi: Bakeri Ria Academy, Taman Melawati Hulu Kelang
(berhampiran Balai Polis Taman Melawati)
Yuran: RM150.00 sahaja

Ahad 23hb. April 2006
Jam: 10.00 pagi
Lokasi: Bakeri Ria Academy, Taman Melawati Hulu Kelang
(berhampiran Balai Polis Taman Melawati)
Yuran: RM150.00 sahaja

Thursday, April 13, 2006

Projek batal - elak implikasi tersembunyi

Ini bukan cerita projek jambatan.
Ini berkenaan rancangan projek kiosk di stesyen LRT BTR.
Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira suara dan sentimen ahli keluarga keseluruhannya terutama berkenaan bekalan simpanan dana yang semakin berkurangan.

Apa nak buat sekarang? Menjaja dari pintu ke pintu le apa lagi.
Sementara tu kedai akan di'pulih rupa'kan serba sikit. Nak tukar warna. Nak bagi kedai sama warna macam blog ni. Pastu pasang lampu yang lebih terang. Amacam?

Wednesday, April 12, 2006

LRT oh LRT

Isnin lalu semasa rehat tengahari (saya rehat 11pagi hingga 12tengahari) saya merayau hingga ke stesyen LRT Asia Jaya, tak jauh dari opis. Ternampak satu gerai berwarna oren dengan satu payung empatsegi terpacak ditengahnya. Kedudukan gerai tu betul-betul di muka tangga stesyen LRT. Gerai menjual buah-buah yang dipotong, air, dan makanan ringan.

Saya beli sebungkus buah mangga. Umpan je untuk bersembang dengan si penjaja. Sembang punya sembang si penjaja kata gerai tu disewa dari RapidKL dengan deposit lima ribu ringgit dan sewa bulanan tujuh ratus ringgit. Gila mahal!!.
"Saya suda anam taun meniaga sini juga. Turun naik turun naik sama MPPJ, sama RapidKL, saya tada hirau terus meniaga. At last diorang tak boleh tahan terus kasi saya sewa ini macam."

Boleh untung ke si penjaja tu kalau sewa RM700 sebulan? Kalau tak untung takkan dia boleh bertahan. Betul juga tu.
Sudahnya anney tu pulak yang offer, "Abang taruk la itu roti jual sini...."

Monday, April 10, 2006

Kelas Roti The Baker's Place - 2

Kelas kali kedua ini akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 16hb April 2006 (Ahad)
Masa: 10.00am ~ 3.00pm (anggaran masa sampai roti siap la ye)
Tempat: Kedai roti & kek Sri Sabah
No. 60-00-05, Rumah Pangsa Sri Sabah, Jalan Ikan Ayu, Cheras, 56100 Kuala Lumpur
(berhampiran Courts Mammoth Cheras dan Stadium Badminton Cheras)
Peta Sri Sabah:
Kapasiti peserta: 3 orang sahaja
Yuran: (sistem yuran diskaun mengikut bilangan peserta)
RM100 seorang x seorang peserta
RM80 seorang x dua orang peserta
RM70 seorang x tiga orang peserta
Empat orang tak boleh lah, dapur sempit.

Apa yang akan dipelajari?
1. Mengenal peralatan
2. Mengenal bahan untuk buat roti
3. Resepi roti
4. Kaedah menguli dengan mesin
5. Kaedah menguli dengan tangan
6. Kaedah mengendalikan oven
7. Hands on bikin roti: Cheese Bun, Garlic Bun, Red Bean Bun, Rotiboy, Sardine Bun, Coconut Butter Bun, Kaya Bun, Mini Pizza, Sausage Rolls, Donut.

Apa yang perlu dibawa?
1. Bawa diri sendiri saja (anak-anak bagi suami jaga)
2. Bawa alat tulis dan buku nota
3. Kalau rasa nak bawa pakaian sepersalinan yang sesuai dengan kerja dapur pun boleh.
4. Nak bawa telekung pun boleh. Ruang untuk solat ada dalam kedai.

*Senarai peserta 16hb:
1. Fara - confirmed
2. Nurul adik mcnas - confirmed
3. Apid - confirmed

*Senarai peserta 23hb:
1. Kosong
2. Kosong
3. Kosong

Friday, April 07, 2006

Kek

Kelmarin saya berbincang dengan pekerja berkenaan dengan proses membuat kek. Saya mengambil keputusan untuk memberhentikan pengambilan kek dari cawangan Bakeri Ria di Bdr Sri Permaisuri. Kami akan menghasilkan kek sendiri.

Sebelum ni kami tak buat kek sebab antara tiga orang pekerja tu, dua darinya langsung tak tau buat roti mahupun kek. Tempoh latihan roti selama sebulan dah tamat. Kedua-duanya dah cekap buat roti. Senior baker dah boleh lepaskan tugas roti dan beri tumpuan untuk buat kek.

Tokey cari jalan macammana nak jual kek.

Wednesday, April 05, 2006

Kenapa tiba-tiba cakap pasal buku?

Saya mula buat roti adalah gara-gara sebuah buku; Menjejaki Jutawan Senyap-Chef Li.
Lepas baca buku tu; dengan cerita-cerita kejayaan 'orang biasa' yang luar biasa, semangat saya meluap-luap untuk mulakan bisnes. Saya pun belajar tentang roti, dan mula membiasakan diri membeli buku-buku resepi.

Mungkin sebab saya pernah gagal teruk dalam bisnes beberapa tahun lalu, maka kali ini saya lebih berhati-hati dan lebih bersedia. Itu pun belum menjamin bisnes kali ini tidak akan gagal.

Macammana pula kalau anda baru kali pertama nak bisnes? Teruja dengan cerita-cerita kejayaan, cakap-cakap gebu manis hasil bisnes maka anda nak jugalah buat bisnes. Saya cadangkan selepas anda mendengar cerita atau baca buku motivasi yang menceritakan manis-manis kejayaan, sekarang baca pula cerita pahit-pahit kejatuhan dalam bisnes melalui buku Pn.Ainon Mohd - Memulakan Bisnes Sendiri. Kita kata nak belajar dari kesilapan, tapi kalau boleh tak perlulah belajar dari kesilapan sendiri. Belajar saja dari kesilapan orang lain, jimat masa dan jimat duit.

Apa saya nak cakap ni? Cuma nak kata beli dan bacalah buku tu dulu. Lepas baca buku tu kalau anda merasa gerun dan takut maka tak payahlah bisnes; kalau rasa semangat tu semakin membara dan semakin rasa yakin, silakan.
*dalam buku tu ada cerita pasal bisnes roti ler.. hahaha.

Tuesday, April 04, 2006

Buku: Memulakan Bisnes Sendiri

Hari terakhir pesta buku di PWTC, Ahad lepas saya sempat juga bawa isteri dan anak-anak kesana. Tertarik dengan beberapa buku dari gerai buku PTS, saya beli buku yang dikarang sendiri oleh tokey PTS Pn. Ainon Mohd berjudul Memulakan Bisnes Sendiri. Pn. Ainon juga adablog yang menarik...

Saya tertarik dengan kata-kata dari pengarang di mukasurat tak bernombor:
Kebanyakan orang yang mengambil kursus pengurusan perniagaan tidak membuka bisnes sendiri. Kebanyakan orang yang berniaga tidak membaca buku-buku panduan perniagaan. Namun buku ini ditulis juga, dengan andaian akan ada kekecualian dikalangan mereka yang hendak membaca buku seperti ini, sebelum memasuki dunia perniagaan. Jikalau saudara ke kedai buku bagi mencari panduan memulakan bisnes sendiri, ada tiga kategori buku yang dapat saudara beli dan baca:
1. Buku panduan memulakan bisnes yang ditulis oleh ahli-ahli akedemik, yakni pensyarah universiti yang mengajarkan subjek itu.
2. Buku biografi dan autobiografi berkenaan tokoh-tokoh usahawan yang amat berjaya.
3. Buku motivasi keusahawanan yang ditulis oleh pakar-pakar motivasi.

Buku-buku motivasi keusahawanan ditulis dan diterbitkan supaya laku dalam pasaran, oleh sebab itu buku-buku motivasi bisnes hanya menyiarkan cerita-cerita positif berkenaan individu-individu yang sudah berjaya dalam bisnes mereka. Tidak ada buku motivasi yang menyiarkan cerita-cerita usahawan muflis, tergadai harta, ditarik ke mahkamah, menanggung hutang, kena tipu, hilang kawan, bergaduh dengan adik-beradik, bercerai-berai ataupun gagal dan terpaksa menutup bisnes dengan menanggung rugi dan malu yang besar, malah ada yang bunuh diri.

Monday, April 03, 2006

Hasil tangan

Inilah sebahagian daripada hasil tangan mereka.
Hasil tangan Azue ______________ Hasil tangan Jojoe

Wednesday, March 29, 2006

Kelas Roti The Baker's Place

Ada kawan-kawan yang minta saya buat kelas mengajar roti. Maka dengan ini saya akan memulakan kelas roti buat pertama kali nya. Kelas roti saja tau., kelas kek takde lagi. Kita fokus dengan roti dulu. Tu pun bukan saya yang ajar. Baker saya yang ajar. Saya datang untuk jaga kedai je. Mula saya nak set hari Ahad tapi pekerja saya tu kata dia ada hal pulak hari Ahad tu. Jadi takde pilihan lain kena buat hari Sabtu petang saja. Kalau tidak, kena tunggu Ahad minggu depan.

Kelas ini akan dijalankan seperti berikut:
Tarikh: 1hb April 2006 (Sabtu)
Masa: 2.00pm ~ 6.00pm (anggaran masa sampai roti siap la ye)
Tempat: Kedai roti & kek Sri Sabah
No. 60-00-05
Rumah Pangsa Sri Sabah
Jalan Ikan Ayu, Cheras
56100 Kuala Lumpur
(berhampiran Courts Mammoth Cheras dan Stadium Badminton Cheras)
Peta Sri Sabah:
Kapasiti peserta: 3 orang sahaja
Yuran: (sistem yuran diskaun mengikut bilangan peserta)
RM100 seorang x seorang peserta
RM80 seorang x dua orang peserta
RM70 seorang x tiga orang peserta

Empat orang tak boleh lah, dapur sempit. Lagipun ramai-ramai nanti belajar tak fokus.
Pembelajaran ni diadakan dalam ruang sebenar dimana baker buat kerja. Takde kelas berkerusi dan takde aircond. Dan juga takde sijil ye.

Apa yang akan dipelajari?
1. Mengenal peralatan
2. Mengenal bahan untuk buat roti
3. Resepi roti
4. Kaedah menguli dengan mesin
5. Kaedah menguli dengan tangan
6. Kaedah mengendalikan oven
7. Hands on bikin roti: Cheese Stick, Cheese Bun, Garlic Bun, Red Bean Bun, Mexican Bun, Tuna Bun, Sardine Bun, Coconut Butter Bun, Kaya Bun, Chocolate Bun, Mini Pizza, Sausage Rolls, Sausage Roll Goreng, Donut Coklat, Donut Pintal.
8. Resepi fillings: Garlic Spread, Coconut Butter Fillings, Tuna Fillings.

Apa yang perlu dibawa?
1. Bawa diri sendiri saja (anak-anak bagi suami jaga)
2. Bawa alat tulis dan buku nota
3. Kalau rasa nak bawa pakaian sepersalinan yang sesuai dengan kerja dapur pun boleh.
4. Nak bawa telekung pun boleh. Ruang untuk solat ada dalam kedai.

*Dalam senarai peserta yang berminat: (berminat tapi belum tentu lagi confirm dapat datang. Sila confirmkan dulu ye)
1. Azue - confirmed
2. Jojoe - confirmed
3.

*siapa yang nak confirm sila confirm kat dalam comments tetamu atau terus call saya sebelum Jumaat tengahari ini. Masih ada 1 kekosongan.

Tuesday, March 28, 2006

yahoo!! gaji dah masuk

huyaa!! dah masa untuk masukkan gaji...
Ini kali kedua saya keluarkan gaji semenjak pengambil alihan kedai.
Performance para pekerja sangat bagus. Saya rasa tak perlulah saya teruskan lagi probation period. Ambil je terus mereka ke jawatan tetap. Harap pekerja-pekerja akan setia susah-senang bersama saya membina empayar ini.

Bakers... You are all hired!!

Monday, March 27, 2006

Kebersihan

Tahap kebersihan di kedai semakin baik berbanding dulu.

Dulu tray pembakar tak pernah dicuci; berkerak, berminyak, comot.
Sekarang dibersih setiap hari selepas diguna, berkilat macam baru.
Dulu habuk dimana-mana dalam kedai.
Sekarang habuk dilap setiap hari.
Dulu mop lantai pun dengan air yang dah kotor dan busuk.
Sekarang kalau nak mop lantai kena bancuh cecair pencuci.
Dulu tokey jarang datang kedai.
Sekarang tokey hari-hari datang kedai.
Tambah pulak tokey jenis cerewet.
Tambah lagi bini tokey pun ada sekali.

Isteri saya kata,"Kita berniaga nak bagi orang makan kenalah bersih; bukannya nak bagi Gengis Khan makan"
hahaha... awak kenal ke Gengis Khan?

Thursday, March 23, 2006

Demand vs Supply

Suatu petang semasa saya menjaja di tepi jalan depan stesen LRT, datang seorang perempuan.

perempuan,"Saya ada cafe kat Putrajaya. Awak nak tak letak roti kat cafe saya?"
saya,"Saya tak buat untuk supply. Lagipun Putrajaya jauh tu. Saya tak dapat nak hantar sebab saya masih bekerja, bukan full time buat roti ni" saya cuba berterus terang.
perempuan,"Rumah kat mana?"
saya,"kat Jalan Ikhlas ni je"
perempuan,"oooo dekat je... takpe saya boleh ambil kat rumah awak je la. On the way ke Putrajaya tu saya singgah la ambil roti kat rumah awak" nampaknya dia ni sungguh-sungguh.

Maka perbincangan ditepi jalan tu berlangsunglah diselang seli dengan pelanggan yang datang membeli roti.

perempuan,"Okey kita bincang harga pulak. Yang ni macammana?" sambil menunjukkan roti di dalam tray.
saya,"yang ni, yang ni di kedai saya jual RM1.20 tapi kat sini saya jual RM1.00 saja. Kalau saya supply pun harga tetap RM1.00" perempuan tu dah buat muka terkejut.
perempuan,"tak dapat murah lagi ke?"
saya,"itu harga promosi dah tu, kat kedai saya jual RM1.20. Kat Putrajaya awak rasa-rasa boleh jual berapa harga?"
perempuan,"RM1.50 boleh lagi ni..."
saya,"so awak dah boleh untung 50sen, okey dah tu. Saya pun untung sikit je. Kalau awak rasa boleh jual RM1.60 ke terpulanglah tapi kita kira cash la. Kalau ambil consignment saya tetapkan harga RM1.20" dia nampak macam blurr.
parempuan,"laaa... apa lak nak cash. Saya jamin kat sana boleh jual punya."
saya,"okey lah tu kalau awak jamin boleh jual ambil je lah cash. Kalau ambil consignment, tak habis jual baki roti tu dipulang kat saya takpelah saya tanggung ruginya tapi harga kena ikut harga sayalah. Kalau ikut harga awak pastu roti tak laku, takkan nak pulangkan balik roti kat saya."

saya,"susah tu nak supply.... Putrajaya jauh. apa kata awak buat je roti sendiri. sesuai tu tempat gitu. Mesin mixer pun awak dah ada kan"
perempuan,"saya tak tau buat roti"
saya,"kalau tak tau boleh belajar. awak boleh belajar kat kedai saya. pekerja saya boleh ajarkan. awak bayar je RM100 kat dia. Semua jenis roti yang ada kat kedai tu dia boleh ajarkan" saya cuba nak membantu lah konon.

Bincang-punya bincang akhirnya...
perempuan,"takpelah kalau awak tak mau, saya cuma nak tolong awak je"
saya,"okeylah terima kasih"
Loh.. siapa yang nak tolong siapa ni sebenarnya? Bila masa saya mintak tolong ni?

Sebenarnya saya tak pernah pergi kepada sesiapa untuk minta supply roti kepada diorang; tapi diorang yang datang tanya kalau saya boleh supply. Itu sebenarnya satu petanda baik; tapi petanda yang kurang baik ialah diorang ni banyak yang jenis tak mahu tanggung risiko. Tambah lagi jenis nak murah. Ada pernah juga Pizza Bun orang nak saya supply dengan harga 60sen. Ini harga nak bunuh perniagaan saya la ni. Langsung saya tak ada untung la kalau gitu. Pastu kalau tak habis pulang balik kat saya.

Kalau nak kata saya sombong tak mau supply pun takpe lah. Saya ni masih bekerja makan gaji, tak layak buat kerja-kerja supply ni. Masalah delivery pula nanti. Asalkan saya mampu kendalikan kedai sendiri pun dah memadai buat masa ni; tapi direct selling to customer door-to-door, menjaja tepi jalan, tetap menjadi kegemaran saya sebab dengan cara begitulah saya bermula.

Tuesday, March 21, 2006

Cash Sale vs Consignment

Menjawab pertanyaan labu, labu: en baktiar..kalu kita nak supply makanan kita kat cafe ke kantin ke...macam mana caranya kita nak bertanya dengan tuan cafe/kantin tu yer?
mmmm... nampak gaya macam orang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes makanan ni. (eja nama saya pun salah tu. Suka hati kau lah labuuuu... hehe)

Kalau labu setakat nak tanya senang je. Contoh begini "Bang saya dari kedai roti ABC, saya berminat nak jual roti kat kantin ni. Boleh kita berbincang?" Hah kalau dia kata boleh. Kau bincang la. Kalau dia kata boleh blah, jangan melawan. Ucap je terima kasih.
*********************************************************************************

Masalahnya dalam perbincangan tu nanti tokey kantin akan fokus kepada berapa sen dia akan dapat, betul? dan tokey roti akan fokus kepada berapa banyak dia akan dapat supply, betul? Tokey roti percaya lagi banyak dia supply lagi banyak lah dia akan untung. konon..

Biasanya dalam senario begini kita gunakan kaedah consignment, dimana kuantiti dan harga jualan ditetapkan oleh supplier dan komisyen diberi kepada kantin berdasarkan kuantiti jualan ataupun peratus dari hasil jualan. Contohnya: roti dijual dengan harga 1 ringgit. 10 sen komisyen untuk kantin dan 90 sen dipulangkan kepada supplier.
Bermakna komisyen 10%.

Kita kena paham ye cara consignment ini ada syaratnya. SUPPLIER TETAPKAN HARGA JUALAN. kerana kalau roti tak habis dijual maka supplier akan tanggung kerugiannya dan akan ambil balik baki roti yang tak habis tu. Kantin tak boleh jual dengan harga sesuka hati. Kalau kantin letak harga dan roti tu tak laku sebab harga tak menarik, takkan supplier nak tanggung rugi?. Kena paham ye. Jangan jadi supplier yang terperangkap dengan pengusaha kantin yang cuba nak untung sebelah pihak. Selalunya diorang ni suka tekan harga. Normal la tu.

Kalau kantin ni nak jugak jual dengan harga dia, maka supplier kenalah TEGAS diulang TEGAS memberi pilihan kepada kantin untuk memilih Cash Sale atau Consignment; dan perbincangan Cash Sale boleh diteruskan. Disini supplier boleh (atau mesti) tetapkan MOQ (minimum order quantity).

Cash sale tu maknanya bayar cash la ye takde hutang-hutang. Letak barang terus collect duit. Jangan biarkan kantin berhutang dengan kita. Kita beli tepung, gula, yeast semua bayar cash, jadi kita tak layak bagi hutang kat orang lain.

Satu lagi pesan saya; kalau nak jadi supplier, jangan jadi pengemis, lemah dan tak berdaya sampaikan diperlakukan macam lembu dicucuk hidung oleh pengusaha kantin. Roti 1 ringgit kau jual kat dia 50 sen, dia jual kat budak sekolah RM1.20 untung 70 sen, kau penat buat roti untung 5 sen. Lama-lama kau balik cari kerja makan gaji. Jual mesin jual oven lelong separuh harga. Supplier mesti kuat, bertenaga, tegas dan kontrol macho!! Kau kata 1 ringgit maka satu ringgit lah roti tu.

Kesimpulannya, saya lebih suka jual sendiri.

Monday, March 20, 2006

Friday, March 17, 2006

Komitmen 100%

Saya rasa kelemahan terbesar saya dalam bisnes bakeri ini ialah saya tak mampu bagi 100% komitmen terhadap kedai. Saya masih lagi bekerja di Petaling Jaya.

-Isnin hingga Jumaat; masuk kerja jam 7 pagi, keluar jam 4 petang
-Sampai rumah jam 4.20 jenguk sekejap ke Sri Kota, tengok gerai yang dijaga adik ipar. Ambil tray yang dah kosong untuk dibawa pulang ke kedai.
-Balik rumah sekejap
-Lepas solat Asar 4.50 petang hantar anak ke kelas Iqra, kemudian terus ke kedai.
-Memantau jualan dan operasi di kedai, check stok, bincang dengan baker tentang rancangan hari ini dan esok.
-6.15 petang balik ambil anak dari kelas Iqra
-Terus balik rumah kalau tak ada bahan untuk dibeli. Dinner 6.30 petang. Kalau ada benda nak beli, turunkan anak depan rumah dan terus ke Makro.
-7.15 ke kedai sekali lagi, solat Maghrib di kedai saja. Bergilir jaga kedai dengan pekerja. Dinner? makan je roti.
-lepas Maghrib, mula membungkus roti-roti yang ada untuk dibawa ke Sri Kota.
-closing kedai jam 9 malam; terus bawa roti-roti yang siap dibungkus tadi ke Sri Kota.
-Jam 10 ke 10.30 malam baru sampai rumah. Update buku kira-kira jualan dan buku perbelanjaan. Kalau belum dinner, makan nasi dulu sebelum solat Isya. Biasanya tidur jam 11.30 ke 12 malam.

Sabtu tak kerja.
-buka kedai jam 8 pagi
-bantu / belajar / mengajar baker di dapur
-keluar beli bahan kalau perlu.
-tengahari balik rumah, rehat....
-7.15 pergi ke kedai semula, bungkus roti, closing, hantar roti ke Sri Kota.
-10.30 malam sampai rumah, update kira-kira, rehat....

Ahad tak kerja, tapi pekerja juga tak kerja.
-buka kedai jam 8 pagi
-kalau roti tak cukup, bancuh dan buat sikit roti.
-biasanya hari Ahad semua kedai kat Sri Sabah ni tutup. Kedai runcit ke apa ke semua tutup. Tinggal kedai roti saya je yang buka. Pagi ada la orang datang beli roti untuk sarapan. Tengahari dah lengang dah. Jadi kedai tutup jam 1 ke 2 petang.
-balik rumah... rehat.
-kalau tak rehat, gi jenguk jualan kat Sri Kota. (takde maknanya rehat..)

Bermakna sehari saya cuma peruntukkan 4 jam sahaja untuk kedai; kecuali Sabtu dan Ahad. Ini juga menyukarkan saya merealisasikan beberapa idea. Contohnya Supply ke kantin, cafe dsb. Market untuk supply dah terbuka luas, jalan dah terang cuma peluang je nak disambut; tapi kemampuan belum ada.

Kesimpulannya, komitmen saya terhadap kedai belum cukup 100%.
Berhenti kerja? oh tidak... keuntungan jualan di kedai sekarang ni tak sampai pun separuh dari gaji saya. Takde lain backup source.

-fikir lagi dan lagi-

Wednesday, March 15, 2006

Cabaran-cabaran

Terima kasih bang zino yang sudi bagi idea cabaran-cabaran ni:

(1)- cabaran nya bagaimana nak matching kan pelanggan dengan roti.. sama ada pelanggan datang ke roti atau roti datang ke pelanggan
*mmm.. kenalpasti selera dan kehendak pelanggan? Untuk roti datang ke pelanggan tu mungkin boleh dibuat semacam cara yang saya buat dulu kat Sri Kota. Mungkin saya juga boleh upah budak untuk naik ke flet Sri Sabah. direct sale?

(2)- cabaran kedua bagaimana menambah pelanggan.. sama ada pelanggan berulang atau pelanggan baru..
*mmm.. edarkan pamplet..?

(3)- cabaran ketiga bagaimana nak menjadikan roti bahtiar menjadi bualan ramai... menjadi idaman muda mudi.. menjadi pilihan pertama pelanggan..
*bualan ramai? Sale hour, paket-paket, jual kat luar kedai? idaman muda mudi? pilihan pertama? MiniBoy ??

(4)- cabaran ke empat.. bagaimana mengkategorikan pelanggan.. yg ni agak rumit tapi bukan mustahil.. bila kita kenal dan tau kehendak pelanggan, baru le boleh kita sediakan apa yg patut..
*kategori pelanggan.... mmmmm. kena banyak bertanya gak ni kan.

(5)- cabaran kelima.. bagaimana menceria dan memeriahkan kedai roti.. ini juga satu daya penarik... tapi memerlukan sedikit modal..
*tu ler.. poket dah jemm.. haha.

(6)- cabaran ke enam.. mengekalkan semangat yg tinggi..tokei kedai.. yg ni rasanya bahtiar lebih tau.. bercakap berbincang dengan org yg berkecimpung dalam business yg sama atau sebarang business..
*masih ada semangat lagi ni bang.. lebih-lebih lagi kalau ada orang bagi semangat. hehe.

Ribut Otak - Otak Ribut

1. Supply roti - kawasan sekitar, grocery shop, restoran, kantin, kindergarden dsb.
2. Jual berpaket
3. Sale hour - 2 jam sebelum tutup kedai
4. Edarkan pamplet
5. Buat rotiboy
6. Penghantaran dari rumah ke rumah
7. Order untuk konvo, hari kantin, dsb
8. Jual kat ruang luar kedai
9. Direct sale
10. Recycle
11. Combo box lunch pack -siap dengan soup, garlic bread
12. 100% komitmen
13. Pelbagaikan jenis roti
14. Buat kek / Kek sebagai menu tambahan
15. Promosi, paparan iklan
16. Penjenamaan semula
17. Deal dengan syarikat catering - kenduri kawin

*otak tengah ribut ni, nak pikir sekejap. Kalau ada idea lagi boleh lah tambah ye.

Friday, March 10, 2006

Jualan merosot

Apa yang perlu dilakukan sekiranya jualan di kedai merosot?
Brainstorming...?
atau berehat seketika..?
nak berehat sekejap sambil brainstorming....

*untuk memendekkan posting saya ringkaskan point di posting seterusnya.